Sunday, October 24, 2010

Soalnya Hati

Salam..
Lama tak berbicara soal hati ni. Bukannya apa..ada ketika kita takut nak mengikut kata hati..takut tersilap langkah. Adakala..kata hati kita tu betul kan.. pernah tak hadapi situasi macam ni? Sue dah banyak kali rasa benda-benda macam ni.. Macam nak je semua ikut kata hati.. tapi resultnya kadang2 sangat tidak puas hati haha..

Moralnya kena pilih situasi yang mana perlu ikut kata hati dan situasi yang mana tak perlu ikut kata hati.. Banyaknya perkataan hati hahaha... faham tak ni? heheheh... Ada benda yang terbuku dalam hati yang sue rasa perlu diluahkan..tapi rasanya tak sesuai untuk dikongsikan untuk tatapan umum (Tag 18SG hehehe).

Mengenangkan liku2 hidup yang telah dilalui, ada satu ketika.. kita rasa kita nak berubah ke arah yang lebih baik.. Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya. Menjauhkan diri dari segala larangan Nya. Meninggalkan yang haram.. menghampiri yang wajib. Bersungguh2 bertaubat atas apa jua kesalahan dan kekhilafan yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita.
(gambar dr en google)

Mampu atau tidak untuk kita melakukan semua itu..?
Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.. Maha Mendengar.. Maha Mengampun.. Maha Pengasih & Penyayang ke atas semua hamba-hamba nya yang lalai seperti aku..

2 comments:

  1. Insyaallah cekalkan hati kuatkan semangat.. mudah2an diberi pentunjuk olehNya

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking