Tuesday, October 26, 2010

~ Sesuatu ~

Salam..
Dua..tiga hari ni tak dapat tidur lena macam biasa. Selalunya asal letak kepala..terus pengsan. Mimpi pun pelik2 je 2-3 hari ni. Sampai boleh terkejut dan terus bangun dari tidur. Bukannya mimpi menakutkan..cuma selalu terkejut dalam mimpi tu.

Mungkin sebab ada yang istimewa harini. Atau sesuatu berlaku.. atau apa sahaja bakal terjadi.. dengan bermulanya hari ini 26hb Oktober 2010. Kadang2 kita tak mampu mencari apa jawapannya.. cuma benarkan aku menulis, biarkanlah aku berbicara...

Sekian lama aku cuba mencari dia
Dulu pernah hadir di sudut terpencil hati aku
Walau pelbagai keperitan & kepayahan aku lalui
Masih aku simpan dia di situ
Dia..pemilik cinta aku..
Sehingga kini..

Suara yang dulu pernah menghilangkan gundah hati
Masih tetap seperti dulu
Keikhlasannya tetap sama
Seakan tiada bezanya walau bertahun berlalu..

Gelak tawa kita seolah2 sama..
Cerita kita seolah2 baru saja melaluinya..
Getaran suara itu sama.. tak ada yang berubah
Debaran hati aku sama.. seperti waktu itu!
Kenapa saat ini seolah2 aku baru tersedar dari tidur panjang?

Hati aku mati bila berbicara tentang cinta
Siapa kah yang aku cinta?
Apakah yang aku cari dalam hidup?
Linangan air mata aku bukan disengajakan..
Biarkan ia berlalu..

Mampukah aku menyembunyikan perasaan aku?
Mampukan aku berpijak di bumi nyata?
Mengingati siapakah aku sekarang..
Menghormati siapa dia..

Mampu kah aku?

2 comments:

  1. mungkin badan tu letih sangat tu pasal dalam tidur pun tak leh nak rehat..
    mungkin juga sue terlalu memikirkan sesuatu dengan serius..
    mimpi tak sama dengan realiti..
    realiti hidup tak semudah untuk kita tempohi macam sebuah mimpi..
    harap awak kuat untuk memilih jalan yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sofya...Banyak fikirkan sesuatu yang serius mungkin..

    Akhir2 ni..banyak perkara mengganggu..berat terasa menanggungnya. Luahkan disini agar segalanya terungkai..

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...