Saturday, October 30, 2010
Kursus Lagi...
Diam tak diam.. angin takda ribut pun tak ada..tetiba kena join kursus di KL lah pulak.. Tapi tak ramai dalam 20 orang katanya..addduuuuh. Tak ramai tu yang kurang minat tu.. nerves hehe.
Ada sebab tak suka kalau kursus tapi tak ramai peserta..
1) Senang nak kena soal..
2) Penceramah boleh ingat nama-nama kita ni..
3) Presentation of course kena buat individually..
dan lagi dan lagi hehehe
Yang sebenarnya itu semua bagus untuk upgrade skill2 yang kita ada.. tapi itu yang selalu bikin nervous. Jantung berdegup2 tak berenti. Yang paling xbest..time ngantuk. Kena pulak penceramah yang boleh ganti ubat tidor.. memang jadi. Jadi tido hehe...
Thursday, October 28, 2010
Kita Berkongsi
1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang mmbuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu.. kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Aku tersentuh.. terharu.. sayu !
Tuesday, October 26, 2010
~ Sesuatu ~

Dulu pernah hadir di sudut terpencil hati aku
Walau pelbagai keperitan & kepayahan aku lalui
Masih aku simpan dia di situ
Dia..pemilik cinta aku..
Sehingga kini..
Suara yang dulu pernah menghilangkan gundah hati
Masih tetap seperti dulu
Keikhlasannya tetap sama
Seakan tiada bezanya walau bertahun berlalu..
Gelak tawa kita seolah2 sama..
Cerita kita seolah2 baru saja melaluinya..
Getaran suara itu sama.. tak ada yang berubah
Debaran hati aku sama.. seperti waktu itu!
Kenapa saat ini seolah2 aku baru tersedar dari tidur panjang?
Hati aku mati bila berbicara tentang cinta
Siapa kah yang aku cinta?
Apakah yang aku cari dalam hidup?
Linangan air mata aku bukan disengajakan..
Biarkan ia berlalu..
Mampukah aku menyembunyikan perasaan aku?
Mampukan aku berpijak di bumi nyata?
Mengingati siapakah aku sekarang..
Menghormati siapa dia..
Mampu kah aku?
Sunday, October 24, 2010
Soalnya Hati
Moralnya kena pilih situasi yang mana perlu ikut kata hati dan situasi yang mana tak perlu ikut kata hati.. Banyaknya perkataan hati hahaha... faham tak ni? heheheh... Ada benda yang terbuku dalam hati yang sue rasa perlu diluahkan..tapi rasanya tak sesuai untuk dikongsikan untuk tatapan umum (Tag 18SG hehehe).
Mengenangkan liku2 hidup yang telah dilalui, ada satu ketika.. kita rasa kita nak berubah ke arah yang lebih baik.. Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya. Menjauhkan diri dari segala larangan Nya. Meninggalkan yang haram.. menghampiri yang wajib. Bersungguh2 bertaubat atas apa jua kesalahan dan kekhilafan yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita.

Mampu atau tidak untuk kita melakukan semua itu..?
Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.. Maha Mendengar.. Maha Mengampun.. Maha Pengasih & Penyayang ke atas semua hamba-hamba nya yang lalai seperti aku..
Thursday, October 14, 2010
Rugi Besar !
Sue ni kan geram betul lah... Habis hasil tanaman tak dapat dituai. Berhempas pulas mengerjakan tanaman sayuran & padi..biarlah tak sampai 30petak pun tapi bila hasil tak dapat..rugi laaa..huhu. Betul tak?
Dah tumpul jari menekan butang F5 di keyboard. Pastu Reload again and again tapi hasilnya tetap hampess jugak. Ini lah penangan Facebook Farm Ville. Dulu tak suka sangat..tapi bila dah try mm..macam penyakit berjangkit menular jer..hehehe. Dah tekan F5, reload 355 kali pun..separuh page ni jer keluar. Rasa cam nak buang lappy jeh.. eh takleh ni opis punya hehee. Haru laa...tensyen plak rasa. Ingatkan petang2 ni nak kutip tanaman semua..hampa...

Wednesday, October 13, 2010
Projek Awal Pagi
Pagi ni xtau nak buat breakfast apa. Nampak kerang dalam peti ais... terbayang nasi lemak kerang..hmm yum yum. Korek-korek peti jumpa tempe pulak. Haaa,pe lagi..bermula lah projek awal pagi. Baby siap oder telur rebus untuk dia sorang jer hehe. Layan foto kat bawah yea..nak soruu dulu :)
Tuesday, October 12, 2010
KPLI Ambilan Januari 2011
Bukan nak ceta pasal KPLI ni sebenarnya. Semalam..2nd time mak buat dialysis..mm mak macam penat sikit. Sue dok umah jaga anak & masak. Mak sempat amik gambar masa tengah buat dialysis..hmm.. We always pray for u mak!!

Tuesday, October 5, 2010
Gathering
Aku Kembali
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum semua.. Wow..pasar besar Tumpat dah pindah. Dulu dalam bandar Tumpat, agak padat bila bangunannya di tengah-tengah bandar Tu...
-
Wahai jiwa yang luka..kembali lah kepada Dia. Wahai jiwa yang berduka..mengadu lah kepada Dia. Sesungguhnya Dia tak akan pernah memberi sesu...