Thursday, June 23, 2011

Rasa Itu

As salam..

Indahnya kita sebagai manusia ciptaan Nya. Kita yang penuh dengan rasa.. Kita punya rasa suka.. duka.. gembira.. tenang.. tegang.. marah.. sunyi.. cinta.. sayang.. senaraikanlah rasa yang kita ada..ajaibnya ciptaan Dia yang mana pastinya setiap satu rasa itu memberikan seribu makna buat kita.

Bayangkan berapa banyak rasa kita sepanjang hidup.. dan cuba hitung berapa peristiwa atau kenangan bagi setiap rasa itu untuk kita.. tak terhitung banyaknya. Congak hitung betapa kita mampu mengingati setiap kenangan dan rasa itu..

Bagaikan filem.. berputar menari di depan mata, saat kita bermuhasabah diri. Menilai kekhilafan kita.. mengingati keebahagiaan kita.. meratapi kesedihan cerita kita.. yang kita sendiri tak tahu bagaimana kesudahan dan pengakhirannya.

Semoga Allah mengekalkan kehadiran 'rasa' itu dalam diri kita supaya kita mampu mewarnai hidup seindah pelangi walaupun selepas hujan yang lebat.

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...