Saturday, March 31, 2012

Darah Tinggi

Alhamdulillah..
Diberi kelapangan dan masa kembali lagi berkongsi disini catatan hari ini untuk kenangan dan renungan hari esok..Insya Allah.

Waktu encik hubby balik baru2 ni..sibuk dia ngajak g klinik nak check kenapa period sangat lewat sedangkan bila buat PT hasilnya negatif. Hmm..malasnya nak pergi Tuhan saja yang tahu tapi ikut je la permintaan dia sebab sekali sekala je dia balik..eh ok ke gitu ahaha.

Terus ke Klinik An-Nisa.. Doktor Pakar melawat patient kat ward so nak kena tunggu lah..en hubby kata ok..kita tunggu. Sementara nak tunggu tu..gattai la pulak nak p dok atas kerusi urut yang disediakan di hujung tempat menunggu.. Hubby kata 'Hmm..pergilah nak dok atas kerusi urut tu..kakak tu bgtau Dr lambat lagi. Sempat abang nak g toilet ehehe..'. Baru ku tahu motif dia hik hik. Dengan jayanya masukkan duit RM1..dok atas tu..best !

Google gambar semata nak tunjuk..bestnya kena urut !..hampess


Tengah dok syok2 diurut oleh cik kerusi tu..tetiba ternampak seorang perempuan..nampak macam Doktor. Of coz dia doktor sebab dia pakai baju putih..alamak!! hati aku dah gundah gulana.. Mana taknya..betis aku dah le kena kepit ngan cik kerusi urut tu..macamana nak keluar..errk !! En hubby pulak lamanya berteloq dalam tandas addoooiii.. Time tu geram.. nak ketawa pun ada.. malu pun ada huk huk! nak tak nak..tarik kaki sendiri kuat2 sebab nak bangun masuk bilik Doktor kah kah..haddooiii..dasyat !

Borak2 cerita2 dengan doktor.. Doktor pun ambik BP..tet tet tet. Tetiba muka doktor tu berubah ! "Darah puan tinggi sangat ni..180/100! Saya kena tahan puan kat wad dulu..rehat. Lepas ambil ubat..rehat dalam wad dulu." Errkkk..aku terkedu..macamana BP naik tinggi sebegitu sekali..aiishh. Yang encik hubby pulak tak sampai2 lagi. Bila hubby masuk..dia pun terkujat2 dan terkulat2 bila doktor bagitau kena rest kat ward dulu. Redha je la..kata hubby !!

Apa lagi..kami berjalan berdua2 an ditemani adik nurse ke wad..ececeh ayat tak bole blah..sebab sangat terkujat ! Hasilnya..dapat la dok dalam ward tu dari pukul 5ptg sampai 8.30mlm.

Ni lah rupanya !

Setengah jam sekali..Nurse datang ambil BP..okay tak ??..hm pitam..

Hamekk kau.. Hubby takde kerja..memetik HP ambik gambar. Siap buat lawak pulak tu ngan cik nurse..katanya 'nak upload kat FB'. Hangin satu badan jek mendengarnya..huh ! So..kena makan ubat then datang balik appointment 2/4/2012.

Aku kena berubah..untuk en hubby dan my little kakak !!

Adik Lelaki Yang Putih

Alhamdulillah..syukur di atas segala rahmat dan pemberian Allah.

Teringat permintaan si anak..walaupun baru 5tahun tapi buleh buat mummynya terkujat2 macam tertelan biji durian hihi.. Kalau boleh memang mummy bagi terus tapi masalahnya belum rezeki lagi sayang kakak....

Kakak : Mummy, saya nak adik..hmm adik lelaki tau..hmm yang putih...
Mummy : Hmm..Allah belum bagi kita adik lagi kakak.. Kena banyakkan doa dan ingat Allah selalu. Tu la kakak kena selalu sembahyang..minta doa dengan Allah.
Kakak : Ooo..gitu. saya dah mintak dah..tak bagi pun !
Mummy : Ramai lagi orang lain yang mintak dulu dengan Allah..jadi Allah beri satu satu..kita punya belum lagi..bukan Allah tak bagi..
Kakak : Ok..saya nak ikut mummy sembahyang ya..nak doa banyak2
Mummy : Hmm..good anak mummy..jom ! (dalam hati..nsb baik dia bule terima jawapan mummy..huhu).

Sejak dari hari tu.. kalau ada masa terluang kakak selalu ikut mummy sembahyang.... Alhamdulillah. Terjumpa pulak dalam camera maksu nya..ntah bila la si Umie petik gambar kami tengah solat. Tq umie :)


Mummy jumpa doa yang boleh kita baca sama2 kakak..
Doa zuriat yang soleh dari Surah Ali-Imran ayat 38 :

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.



Lalalala..seronok !

Alhamdulillahhh...

Teruja sangat rasanya bila dah dapat transferkan gambar2 dari HP ke lappy walllaaa hik hik..err terlebih sudahh. Bukan apa..rasa nak update blog tu membuak2..jiwa rasa geloraaaa (macam lagu Saloma tuu) ahaha..suka sungguh nih ! Banyak benda nak tulis..nak share..nak simpan dalam blog nih. Rasa gatal je jari jemari tu nak menaip..nak edit gambar ish macam2 lah.. Untuk permulaan nak cerita sikit pasal hari rajin tak menentu harini..

Bangun je tidur..my name change to English name..just call me Sue ! What menu shall i prepare for breakfast today for my family?..guess what..spaghetti taddaaaaaa...


Ahaksss..just because of the spaghetti..i did woke up early and prepare it for my little 'kakak'. She did enjoy it. Breakfast spaghetti punya pasal..terus speaking lintang pukang ahaha.. sekian !

Banyak lagi post menunggu untuk di publish ececehh...sila tungguuuu :)

Saturday, March 24, 2012

Gigi Biru

Sreeettt.....meleretkan jari ke hujung muka blog. Makkk aiiii...berhabuk, bersawang bagai. Labah2 pun dah siap bina kondo idaman..pastu berkampung siap huhu. Punya lah lama tak update blog ku huhu..

Bukan apa..nak update tapi frust betul bila gambar yg dalam HP xbuleh di bluetooth ke lappy tu yg buat mood ilang tuh. Taim snap gambar tu..banyak je yang dikarang dalam kepala. Tapi bila nak bluetooth tak buleh..terus ilang mood. Insya Allah..esok nak try p bawak ke kedai komputer tengok2 apa masalah cik lappy LENOVO yang abang sayang bagi ni ehehe :).

Semoga lepas ni senang nak ber'gigi biru' pastu nafsu untuk berblogging kembali lagi hik hik..

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking