Friday, September 28, 2012

Sihat..Cergas (Macam iklan milo pulak :)

Assalamualaikum...

Salam untuk semua..
Sue dalam progress nak turunkan berat badan sikit demi sikit..
Doakan berhasil ya..
Janganlah jadi angan2 mat jenin pulak huuwaaa tensi betul..

Dalam menghadapi kehidupan..Kita mesti nakkan badan kita sihat.. cergas.. Tak mo ada penyakit yang melarat..dulu pernah kena ditect ada darah tinggi.. Now on dah beransur okay tapiii..berat nak kena jaga jugak.. So, kena mula dari akar umbi..jaga berat badan dulu untuk elakkan semua penyakit2 tu..insya Allah.

To my soul mate..
I will write to you every day..i will..insya Allah...
Whether you read it, reply it or forgot to read it..
I will write to you..

If let say..
One day u haven't receive any email from me..
That's mean..i'm not here anymore.





Tuesday, September 25, 2012

1825 hari


25hb September 2012

Dengan nama Allah lagi maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Benarkan aku berbicara..
Agar bisa hati ini reda..dan redha..

Sepotong demi sepotong..
Kisah demi kisah..
1825 hari meniti..
Menyusur halus ke ruang sanubari
Umpama belati yang menghiris hati..

1825 hari yang lalu..
Betapa zalimnya aku,
Mengakhirinya.. tanpa lambaian
Menoktahkan segalanya..tanpa tanda
Menidakkan..segala kebenaran
Menguncikan cinta yang lama terpendam..
Air mata menitis lagi..

1825 hari yang kau lalui.. 
Betapa kau hanyut..dalam kesengsaraan
Mengharapkan cinta yang padamu mungkin padam
Cuba membenci diriku.. mungkin
Kerana membuatkan dirimu punah
Dalam terang cahaya kehidupan..
Alam  menyaksikan hilangnya satu pedoman

Aku sedar..tapi aku berdiam

Maafkan aku..
Aku perlukan masa..
Untuk bangkit bertatih ..dari rebah
Rebah yang terlalu parah
Sehingga kekadang aku tak mampu menghadapinya
Hanya berserah kepada Dia yang Esa..
Berjalan selagi terdaya..
Meniti 1825 hari mendatang..tanpamu!
Bukan tidak mahu berpaling..
Tapi hati ini batu!

Dalam mengharungi 1825 hari tanpa mu..
Ada tangan yang menghulur..
Ada cinta yang bertabur..
Tapi aku kaku...beku !
Kerana kehebatan kasih sayang mu..
Kerana tiada yang mampu menandingi dirimu..
Yang pernah ku rasa seketika dulu..
Yang mampu melihat kepedihan aku
Yang mampu merasa ketulusan aku
Yang pernah melihat hati ini hancur
Yang mampu mendengar hati ini berbisik..
Walau tanpa suara..


Dalam mengharungi 1825hari keperihan tanpa aku..
Rupa-rupanya..
Ada cahaya di satu sudut untukmu..
Ada tali yang menarik dirimu
Ada tangan yang menghulur kasih

Ada hati yang diberikan kepadamu
Ada rindu yang bersambut...
Ada kepedihan terubat..
Ada luka berbalut
Hadirnya sebagai pelengkap kehidupanmu..

Maafkan aku..
Jemari ini bergetar..
Jantung ini seakan berhenti berdegup..
Nafas aku bagai tercungap..
Kerdipan mata ini terhenti..


Seandainya cahaya itu mampu menerangi hidupmu..
Seandainya tali itu mampu menarikmu dari kelesuan
Seandainya tangan itu mampu menghulurkan telus kasih untukmu
Seandainya hati itu akan mampu menenangkan dirimu
Seandainya rindu itu mampu mengubati lelahmu..
Seandainya pedih dan luka itu bakal sembuh..
...Lupakan lah aku
...Aku yang pernah hadir 1825hari yang lalu
...Bukan mudah untuk dikenang
...Aku akan cuba bangkit kembali
...Bersama cintamu
...Bersama kisah cinta ini

Aku sujud syukur kehadrat Mu Ya Allah..
Hadirnya dia untuk mu
Kerana kegagalan aku...
Kerana kelewatanku..
Hadir disaat dirimu memerlukan aku..

Aku...
Mengukirkan segalanya disini..

Dikala mata melahirkan rasa..
Melalui titis mutiara..
Agar keredhaan tersemat di hati...
Maafkanlah aku ~

Wednesday, September 19, 2012

Bahagia dicari..menanti.

Salam..hmm bahagia je rasa dgn kehidupan sekarang..alhamdulillah.

Kakak
Wow..she was 5th already..dah cerdik.. Banyak improvement dari segi pembelajaran kat school dan juga kat rumah. Improvement kat school bagus sangat..tapi kat rumah adduhai laaa. Merajuk nombor satu..remote astro dia aja yang empunya..selalu berebut dgn maktok..kalau time baik bole je tukar2 channel bila iklan tapi time angin..abaikan je la hasrat nak tukar channel tu. Manja yg amat dengan atok takleh nak kata huhu..

Hubby
Alhamdulillah..so far so good. Relation dgn family ok..dengan anak pun ok. Full of respect and love..and reaponsibilty. Always put both of us as his first priority..but he is quite busy with his career when he was in KL. Yet still contact me every day

However...i did realize that should be both of them ni..anak & hubby macam tak cukup kasih sayang pun ada. Masing2 nak perhatian lebih dari mamy yang sorang ni. Kakak seems not in good mood when mamy with abah...addooi. She will create something to attract my attention.
Hubby pulak like tak cukup masa selalu..because we did spend our precious time only in the week end.

To both my little kakak and my dear hubby..
How hard it be..
How difficult to solve it..
How hot it is..
How scared to face it..
I will try my level best to be...
  a loving mummy to my little kakak..
  & a good wife to my hubby..
May Allah bless us..amin.

Terima kasih Allah..pemberian dari Mu yang tak ternilai untuk ku menyemai sisa kasih sayang yg ada di hati ini.

Monday, September 17, 2012

Sejarah Biarlah Rahsia

Salam..lama rasanya xmenulis.
Sepanjang last post..banyak perkara atau kejadian yg tak diingini berlaku.. Alhamdulillah segalanya berjaya ditempuh..walau kepahitannya masih terasa. Terima kasih Allah..tidak putus2 rahmat dah perhatian yg Kau berikan padaku..alhamdulillah...

Sejarah hidup kita..ada madu..ada jua hempedu. Biar apa pun..ia tetap sejarah. Biarlah ia disimpan rapi..jauh disudut hati.

Tak banyak utk diceritakan..
Tak elok untuk diperkatakan..
Yang tahu..tolonglah rapikan..
Yang tak tahu..usah dipersoalkan..
Biarlah rahsia...


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking