Saturday, October 29, 2011

Sakit Rohani

Nak share tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salam shbt FB yg d kasihi. Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah:
1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yg tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan org n mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid
7. Berkwn dgn org2 +ve 8.
Sedekah kpd yg memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru org ke arah kebaikan
17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat. Wassalam

Monday, October 3, 2011

Penghujung Cinta 5

As salam...

Setiap manusia Allah bekalkan dengan akal & tubuh badan serta kekuatan tersendiri. Terpulang kepada manusia itu untuk melihat dan mencari dimana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut. Manusia juga mempunyai kelemahan, namun kita juga punya kelebihan dan kekuatan. Jika kita asyik fokus kepada kelemahan, maka kita akan lupa mencari kekuatan & keistimewaan sendiri.

Bahagia bukan pada harta benda dan apa yang kita ada. Bahagia itu adalah daripada hati dan cara kita melihatnya. Bahagia juga adalah pilihan kita... jika kita memilih untuk menjadi bahagia, kita kan bahagia walaupun kemewahan. Jika kita pilih untuk merasa tidak bahagia, kita akan berasa malang walaupun banyak nikmat disekeliling.

Jadi.. kita kena cuba cari kelebihan diri dan guna sebaik mungkin. Senyum dan sentiasa syukur nikmat Allah adalah kunci kebahagiaan.


Rasulullah berpesan bahawa ;
Hidup orang Islam bertuah dan bahagia apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur
dan apabila dia mendapat ujian, dia bersabar..

(Sumber : Majalah Wanita)

Saturday, October 1, 2011

Penghujung Cinta 4

1hb Oktober 2011

~ Pelik tapi benar, hairan tapi itulah hakikat. Mustahil tapi itulah keajaiban ganjil tapi kebenaran ! Cubaan datang dalam pelbagai rupa tapi atas dasar kesabaran ianya diredah jua tanpa peduli apa yang mendatang. Tiada keraguan, tiada penyesalan dan penuh keinsafan. Akhirnya kita di temukan atas dasar keihklasan & redha.

Persahabatan yang sekian lama terpendam kini terluah. Semangat restu ayahbonda di penghujung Syawal ini membuahkan keindahan buat dua insan.. dua insan yang dulunya hampir lemas dalam pencarian erti kasih sayang. Kini semakin mekar dalam kalimat yang dinamakan C.I.N.T.A. Inilah kebesaran Allah. Ungkapan 'kalau dah jodoh tak kemana'...seteleh kesabaran 4 tahun berlalu jauh..

Penghujung Cinta 3

25hb Sep 2011 (Ahad)
Semoga hari ini menjadi permulaan jalan yang diredhai Allah.. redha Allah adalah melalui redha kedua ibu bapa. Insya Allah..

Kenangan ini akan tetap tersimpan rapi didalam ingatan. Ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku maka dekatkanlah dia padaku.. peliharalah kami. Permudahkanlah segala urusan kami. Tapi jika sekiranya dia bukan jodohku, maka temukan aku dengan seseorang yang telah Engkau tetapkan untukku..

Dua hari menjadikan rasa itu semakin dalam dan sukar.

~ Keindahan - walau dicari, dikejar, dicuri atau apa sekalipun tidak akan berdamping dengan kita. Tapi jika dilakukan dengan tulus, suci & jujur ianya akan hadir tanpa diundang. Keindahan hari berlalu.. walaupun cepat masa meninggalkan kita tapi keindahannya terasa hingga ke hari. ini. Bahagianya rasa walau sedetik.. seronoknya rasa walau sekejap. Apakah esok masih ada untuk disayangi & dicintai ?

Selagi kasih mu disitu.. selagi itu aku tetap menyayangi dirimu..

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking