Thursday, July 14, 2016

Ayah - Ae Man

Permintaan dari anak-anak RAYSA, katanya nak share lagu ni ---> AYAH dari Ae Man
Latar belakang kita semuanya berbeza..mungkin lirik lagu ini sedikit sebanyak menyentuh hati salah seorang dari mereka, kita pun tak tahu kan. Apa pun yang terjadi, mereka sangat positif meneruskan kehidupan dengan panduan dan landasan agama yang diterapkan kukuh di dalam diri masing-masing. Doakan mereka agar menemui jalan yang lurus dan semoga Allah permudahkan jalan hidup mereka sehingga berkerjaya, berumahtangga dan meneruskan kehidupan dengan bahagia ke akhir hayat nereka..amin. Meh kita layannn lagu Ayah ni...






Kelas Blog Kedua Bersama Anak-Anak RAYSA

Assalamualaikum..

Hari ni hari raya ke 9..dah mula masuk office. Apa yang best? hari ni ada kelas pertama selepas Ramadhan dan selepas raya..dan yang paling best lagi bersama anak-anak RAYSA (Rumah Anak Yatim Siti Aminah), Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Seronoknya bila kami dah pernah belajar bersama-sama dalam 10-12 sesi kelas terdahulu sebelum ini. Telah wujud Silaturrahim ececehhh..... Jom layan gambar je lah..tulis banyak-banyak bukan korang nak baca kannnn...

Majlis raya bersama






Kelas Blog Sesi II bermula..






Semoga hubungan bersama anak-anak ini berkekalan ke akhir hayat..amin.

Monday, June 27, 2016

Hati Mati

bila hati mati
segala rasa turut pergi
segala rindu terbang tinggi
segala cinta tiada lagi

jangan pernah salahkan aku
bila kedegilan aku terlalu
kerana kau mengajar aku
hingga diri celaru keliru

bila hati mati
tiada tangis lagi
yang ada cuma mimpi.


...
27/6/2016;12:28tgh

Tuesday, June 21, 2016

Tart Nenas..Tart Blueberry

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua sahabat maya. Eh ada ke yang mengikuti blog sue haha..perasan ja.

Takpalah..yang penting harini nak cerita..cerita penat yang memang penat. Rasanya kalau dulu, setakat buat biskut raya sikit-sikit macam ni takda masalah. Tapi kalini lain macam penatnya. Pinggang sakit..betis sakit..

Rasanya ni kes meneran kulit tart ni.. Addoiii..memang sangat terasa. Mungkinkah kerana faktor usia? ? Woohoo...makin meningkat usia..makin menjadi-jadi penat hehe.

Yang penting..tart-tart memang mabeles dari segi rupa alhamdulillah. Rasa..bukak puasa karang kita try. Jom skodeng rupa tart..

Kepada rakan..sahabat yang nakbbuat tart lepas ni..selamat mengetart ya hehe :)

Friday, June 3, 2016

Pulut Durian

Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah..

Ni nak bgtau..pulut tu kalau nak tanak, boh je dalam rice cooker. Air kena 1 ruas jari atas beras pulut ya..elok ja pulut masak..cantik. .tak lembik..tak pula kurang masak. Kalau masak atas dapur..kerak banyak benau.. Kalau kukus takda problem..memang mabeles.. Jom makan..tak leh tenung lama-lama..bismillahirrahmanirrahim..

Tuesday, May 10, 2016

Monolog Cinta Kuantan

Assalamualaikum..
Seronoknya bila dapat berkumpul bersama rakan sahabat especially dari fasa II tu pun sebab konvoi sebab kami ada kursus di Vistana Hotel, Kuantan. Kali ni 4 buah kereta..kereta adi, saufik dan abg am..kereta pok shad,nusi, mael, mahani dan dilla..kereta mus, din, kirin dan jai..lastly my dear 'bigboss'..me, cla, fauzan dan husnu.

Seronoknya berkonvoi bersama sebab sikap dan rasa tanggungjawab yang tebal dalam diri kami semua. Kalau satu kereta tercicir, yang lain tunggu..kalau ada kereta yg bermasalah, yang lain turut membantu tanpa buat muka..itu yg paling best setakat ni. Sebab my 'bigboss' pun pernah kantoi battery kong tahun lepas masa nak balik dari Kuantan..haha drag masa 3jam kat sana sebelum konvoi gerak..minta maaf ya kawan2...tq memahami dan membantu! Yeah..great team with a great members!

Masuk Hiway

Bukan nak berluma-lumba di hiway tapi memikirkan perjalanan masih jauh, masing2 memecut dengan jayanya. Harap xda dapat surat layang dari abang polis nanti..insya Allah. Eerr..tapi lebih 110km selalunya..pejam mata! Kirin snap me in action ekeke..

Alhamdulillah..kami sampai awal..11.30pagi. Lunch sekejap dan terus masuk kursus di Vistana Hoyel Kuantan. Pandangan dari Vistana Hotel Kuantan Room 635.

Learning time..hangkut sebanyak mana ilmu sehabis boleh. Fokus!

Swimming pool yang memang lawa dan menggoda ngehee..tapi xdapat nak buat apa. Tengok je lah..sambil telan air liur haha..

Ada diajar sesi fotografi asas menggunakan HP..jadi manfaatkan. Shoot selagi mampu haha..





Insya Allah..akan ada Monolog Cinta Kuantan II. Harini dapat off sehari..rest sekejap. Pastu kena kemas rumah yang macam kapal karam. Semoga dipermudahkan..amiin

Monday, May 2, 2016

Kenangan & Pengalaman

Assalamualaikum..

Bercadang drive ke KL melawat nenek saudara yang confirm kanser..tengah melalui kimo..subhanallah. Semoga nyai terus kuat dan tabah menempuhi nya dengan sabar. Kami hanya mampu memandang..tidak merasa keperitan dan segala kepayahan. Semoga Allah permudahkan urusan nyai.

Bertolak dari Kelantan jam 8.30pagi..mulai masuk ke Karak dalam 3ptg..alhamdulillah. Perjalanan sangat smooth..xsempat berhenti makan. Masing2 excited kot haha.. Sampai je makan kat rumah uda..alhamdulillah.

Esoknya..melawat nyai di Klang.

Pernah ada cerita disini. Pernah ada suka duka disini. Segalanya disimpan menjadi kenangan dan pengalaman. Biarlah rahsia..satu masa tetap akan terbuka.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...