Assalamualaikum..Januari 22,2018. Anak dah balik dari Hospital KB..alhamdulillah. Hampir 2 hari di wad,akhirnya boleh balik. Terasa badan letih sangat, memang dah plan nak tido awal. Jadi, pukul 9.30mlm terus masuk bilik dengan anak..on aircond..bawak beetenang dan kroh..kroohh.. dengkuran itu memang sinonim dengan aku.
Dalam pukul 10.30mlm, ternampak bayang orang masuk ke bilik tergesa-gesa sambil bagitau, 'kak, abah eksiden..ada motor lain langgar. Kaki luka..lengan luka'.
Allahuakbar..automatik badan ringan bangkit melayang terus ke pintu depan, mata melilau cari abah..takda. Dalam kelam kabut boleh kau xnampak abah yang tgh basuh kaki, yang penuh darah.
Ok,satu luka di betis nampak agak dalam dan berlubang..entah kena apa tak sempat nak fikir. Sisi jari ibu kaki pun ada jugak luka besar dan di lengan kesan geser ke jalan tar..kesiannya abah..sarat mata menakung air ok..😢
Paksa abah..'jom g hospital'. Tak tunggu abah jawab ya pun..terus salin baju..sauk tudung ntah hapa-hapa..pakai jaket..capai kunci kereta. Terus p angkat tangan abah..g kat kereta. Tak mau dengar alasan ok..itu sebab tangan cepat jalan.
Sampai di KECEMASAN, depa cuci luka..balik..tapi kesian abah. Alhamdulillah cuti lulus 3hari utk jaga semua pesakit di rumah..abah dan kakak. Tapi kakak dah sihat banyak alhamdulillah.
Cuma abah lukanya kena cuci setiap hari. So far Klinik Muhaimin kat Tumpat tu memang terbaik. Doktor memang teliti masa cuci luka ok..semua dia korek dan hiris buang kalau ada sel kulit mati. Dia cucuk bius, dia lap darah..basuh dengan iodin dan banyak lagi dia buat.
Aku? aku memang tengok dengan teliti jugak apa doktor buat dan aku pun cuba tenangkan abah. Masalahnya bila lama2, rasanya perut aku ada kumbang dok terbang2 pastu langgar dinding perut..lepas tu muka jadi panas..makin lama makin naik nak sampai ujung rambut. Ok,aku minta diri nak duduk di kerusi tepi katil abah, takut terpitam huwaaaa. Apa jenis manusia la ni..itu sebab lah tak dilahirkan sebagai seorang doktor barangkali.
Cepat baik hendaknya luka Abah. Ya Allah sembuhkanlah Abah..abah yang selalu ada sebagai sokongan disaat aku jatuh atau bangun sekarang ni selepas pemergian mak. Pincang aku sebenarnya tanpa abah..tapi aku cuba.
No comments:
Post a Comment