Monday, January 29, 2018

Memori

Hari ini 29/1/2018, aku kembali bercerita memori usang sekitar tahun 2003-2007. Waahh..tak sangka semuanya macam video bermain diruang mata.

Satu persatu cerita terbuka, satu per satu rahsia ternyata.. Biarlah, sebab dia juga ummi ku setelah aku kehilangan emak pada April,2014.

Bodohnya aku ketika itu, menelan segala kepayahan yang kau berikan. Satu..satu..hadiah kenangan pahit dalam sejarah hidup aku bermula dari kisah kita. Kau namakan 'kita' tapi kau cipta kisah kau-aku. Tapi, aku masih mengharap kau berubah kerana rasa 'kita' masih wujud dalam diri aku.

Sayang kau kata, tapi kau ubah cerita jadi duka. Cinta kau kata, tapi kau ubah ia jadi dusta. Kehidupan kau kata, tapi entah yang kau cuba bina.

Lantaran duka, sengsara, kepedihan, kesakitan yang semakin berulang demi hari, berganti bulan, berganti tahun..buatkan aku mampu keluar dari kebodohan aku. Aku ingin perbetulkan kehidupan aku. Lorong jalan hidup ciptaan 'kita' itu terlalu asing buat aku! Aku perlu pandu arah lorong yang cerah, bukannya menanti sendiri dalam kegelapan.

2007 tahun aku mula melangkah jauh dari 'kita'. Aku keluar dari hidup yang asing itu, aku keluar dari kebodohan aku, aku terbang jauh dari sengsara itu.

Ya, aku mampu berubah. Aku tekad, kuatkan hati dan semangat berjuang sendirian. Hingga aku mampu berdiri seperti aku sekarang. Aku mampu bangga dengan apa yang aku miliki walaupun hanya kecil dari pandangan mata orang, tapi itulah kejayaan terbesar aku. Aku yakin Allah masih sayangkan aku dan mahu aku berubah demi masa depan aku dan anak.

Kau? aku dah maafkan. Kau jalanlah terus dengan kehidupan, binalah impian kau bersama dia. Dia yang pernah hadir antara 'kita' dulu kan? Ada yang ingin aku khabarkan pada kau, aku tak pernah menyesal menjadi sebahagian hidup kau, aku mampu menjadi apa yang aku ada sekarang kerana semangat dan hati aku yang keras, sebagaimana setelah 'kita' berubah menjadi kau-aku. Aku bahagia menjadi aku.

2 comments:

  1. BERSABAR LAAAAA... DUGAAN MAHA HEBAT NI, BERTIMPA -TIMPA. SABAR YA

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..InsyaAllah, kekuatan itulah menjadikan siapa kita sekarang.
    -lotsoflove

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...