Thursday, July 1, 2010

Malam Jumaat Pertama !!

Salam...
Malam Jumaat atau malam pertama? Mana satu pilihan hati? sensored ni tau ..untuk orang2 yang dah berkahwin jer..hehe. Ish ish..aku pun dah berjangkit ngan kawan2 bloggerz nak menulis topik2 hangat sebab nak up traffic waaaaa. Memandai jer nak bagi tips tak hangat hehe. Tpis ni pun dapat dari blog kawan2 lain..makasih ya.

Takda lah.. ni aku nak ceta sikit ni. Aku ni kan, melalui malam pertama.. hmmm malam pertama bekerja pada waktu malam laaa. Korang ni kan..suspen jer hehe. ini lah 'First Nite' aku bekerja waktu malam kat sini.. Ini sebagai percubaan je, kalau dapat sambutan di kalangan anak2 tempatan, aku akan teruskan. Tapi kalau sambutan tak berapa menggalakkan, kenalah kuburkan niat ni..hehe.
Inilah batch pertama yang ada bersama
pada 1hb Julai 2010


Dah lama sebenarnya plan nak bukak Pusat Jalur Lebar Komuniti pada waktu malam.. tapi atas sebab-sebab keselamatan, kami tangguhkan dulu. Ini pun atas sebab-sebab permintaan daripada ahli terpaksa lah kami cuba dulu.

Ini lah juga First Night aku menulis entry di office pada jam 8.30 malam.. Waaa,dah berapa kali First Night dah nih. Okay lah..taknak entry panjang2..aku nak blogwalking jap..jom follow!

Tuesday, June 29, 2010

Puteri Impian

Salam...
hehe..kawan-kawan ingat lagi tak dulu2 ada satu cerita namanya Puteri Impian? Alaaaa..yang Amy Mastura berlakon ngan anaknya Uji Rashid tu la..apa namanya Chiko? kalau aku salah eja nanti bgtau ya.. Tak semena2 dia boleh merasa jadi seorang puteri dek kerana berani dia memasang angan2 setinggi tu hehe. Bertuah badan...

Aku nak bagitau ni, bukannya aku nak jadi puteri jugak.. Tapi kalau dah takat2 umur aku ni dah tak layak jadi puteri..dah kena jadi permaisuri dah..kah kah (berlagak tak ingat). Korang senyum kenapa??? aku sedar diri aku ni dah tua hehe... Aku nak bercakap pasal "IMPIAN". Dulu aku selalu impikan nak sebuah keluarga yang bahagia..tapi aku dah luputkan impian tu. Dah masukkan dalam mesin pengisar pastu blend hehe. Pastu aku nak ada sebuah kereta yang agak2 sporty macam Satria.. Aku dah pernah ada, dulu la... Bila aku dah xsehaluan ngan x-husb semua aku lepaskan dengan rela hati. Takpalah.. aku redha.

Lepas tu aku setkan impian baru aku sehaluan dengan keadaan semasa aku. Aku nak ada kereta sendiri.. taknak lah selalu dok guna kereta abah. Aku tau adik beradik aku tak akan mengata macam-macam tapi aku ada impian aku sendiri nak sesuatu dari hasil titik peluh aku..untuk aku dan baby. Alhamdulillah, aku dah dapat apa yang aku nak.

27hb Jun 2010 yang lepas aku dah terima sesuatu yang menjadi tanggungjawab aku untuk menjaganya. Sebelum ni pun aku bertanggungjawab jugak jaga SAGA abah hehe.. makasih abah...tapi ini lain. Aku nak anak aku happy dan aku nampak muka happy dia bila dia dok dalam kereta tu. Tak kesah walau kereta tu 2nd hand ke 3rd hand.. yang penting itu hak kami SueSephia.

This is our SueSephia

Sekalung penghargaan...
Terima kasih kat adik aku sebab sudi memberi kepercayaan kepada aku untuk menggalas tanggungjawab ni. Terima kasih pada abah yang selama ni bagi aku guna SAGA kesayangan dia.. pastu abah & mak tolong ambik plak SueSephia tu di KL.

Terus terang aku cakap bila aku 1st time drive, air mata aku mengalir. Aku tak tau kenapa.. jadi aku xleh nak share kat sini. Aku menulis bukan untuk menunjuk2 tapi aku nak bagi semangat pada orang2 yang merasa kepayahan dan kesusahan seperti aku , bahawasanya kita mampu bangun dan berlari seperti orang2 lain jugak. Jangan pernah merasa diri kerdil kerana kita adalah manusia ciptaan Allah yang paling indah. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Saturday, June 26, 2010

Love Frame

Salam kawan2..
Kan aku dah kata aku rajin kan kan.. Tak sampai 30 minit aku post entry, rasa macam nak post lagi satu hahaha. Aku dah sengal dah...

Takda apa lah..aku nak share aku punya frame baru yang aku namakan Love Frame wah wah wahhhh. Bukannya apa frame aku aku letakkan koleksi foto2 aku dan baby... alaa bukannya banyak pun dalam 6 keping je..hehe. Frame ni uncle aku yang belikan masa sama-sama g jalan ngan dia..makasih Uncle Jass.

Inilah dia rupanya frame tu..comey dak?
Kalau korang kata tak comey pun aku tetap kata comey hehehe.

Aku sebenarnya dah habis office hour..tapi kan anak aku tertidur kat bawah meja tepi kerusi aku..hehe. Malas nak kejutkan dia..biar dia tidur puas2 dulu, karang bila bangun takda lah dia melalak. Baru lepas ngumpat dia..dia dah celik. Aku nak layan dia dulu sebelum dia melalak.. adios.

meow..meow

Salam kawan2...
Weehu..sukanya tengok kulit baru belog hehe. Nampak cam lawa je..tapi kekadang nampak macam serabut plak. Tapi takpa..dengan barunya kulit belog, aku jadi semakin rajin meng'update' belog hehe.

Entry terbaru ni nak ceta pasal kucing2 aku. Alaaa..kalau korang ingat entry yg dulu tu Family Neng..tapi Neng dah mati eksiden. Pastu tinggalkan anak-anak dia untuk kami besarkan.. 2 daripadanya dah mati jugak (rindu ngan mak dia kot)..tinggallah 2 ekor. Aku ngan adik aku namakan 'Olang' ngan 'Owen'.. macam nama pemain bola plak ya. Tapi korang kena pronouncekan betul2 sebab 'Owen' tu adalah sebutan pelat bagi oren hehe. Ni ha rupa budak 2eko tu..

Si baby kalau dapat main ngan Olang..
huh gamatnya tak ingat dunia dah..


Ini lah si Owen..

Hmm..release tensyen jugak kalau dapat tengok gelagat budak 2ekor ni. Tak da rasa penat nak berehat..main je kerjanya. Ok lah..kalau aku rajin nanti aku meng'update' lagi ya... bye !

Friday, June 25, 2010

Cinta Terakhir

Salam..
Pagi tadi aku berjalan2 ke You Tube.. pastu tetiba terjumpa lagu yang sungguh menyayat hati (untuk aku lah..untuk orang aku tak tau..hehe). Meh kita dengar lagu nih..tangkap leleh wooo..



Ada betulnya lirik lagu ni bila kita menghayati.. Iya lah kan..
~walau macamana sayang kita pada seseorang tu,
~walau setinggi manapun cinta kita pada dia
~walau sebesarmana pun kita berkorban untuk dia
tapi kalau ditakdirkan Allah dia bukan milik kita.. dia tetap bukan milik kita..

Waaa... pedih nya rasa hati nih..huhu.
Layan lirik lagu ni ya..

Cinta Terakhir~Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Wednesday, June 23, 2010

Rebus..Bakar & Makan...Zalim !

Salam...
Hehe..zalim dan jahat je bunyi tajuk entry tu kan. Apa pun berjaya jugak aku menge'post' entry baru hari ni.. Pagi tadi ada lawatan dari pihak2 atasan ke office..waaaa teruja betul. Dah settle melayan lawatan tu barulah sempat nak berblog.. Taknak tulis entry banyak2 rini, nak biarkan kawan2 bloggerz teruja dengan makanan ala ala thai ni plak hehe yang namanya 'chim chum'. Ntah apa maknanya jangan lah tanya aku hehe. Dah lama nak bawa mak & abah datang sini tapi depa asyik menolak jer... malas nak makan luar kot. Nak tau apa rebus..Bakar dan makan.. hah baca lagi..

Sebenarnya aku plan nak g beli sumthing tapi tetiba rasa nak makan kat sini ... apa lagi tuju je lah. Ini lah hasilnya.. Kata taknak cakap banyak tapi banyak jugak ni hahaha.. Ok lah, tengok lah foto2 gedik kami menghabiskan makanan yang namanya 'chim chum' nih.
baby yang nak start sibuk bila nampak makanan atas meja


bahan mentah yang belum di masak (rebus/bakar)
sebelah tu sos~pedas & manis


Dah start mendera - rebus & bakar! zalim...


Ready..get set... GO! makan... Bismillah..


Perut dah kenyang...balik time !!

Dah lama xkuar malam2..best pulak rasanya hehe.

Pemalas

Salam...
2-3 hari ni aku rasa aku ni pemalas betul. Ada banyak benda nak dikongsi sebenarnya tapi malas nak mengupdate blog hehe.

Baru2 ni aku ada buat cuppies untuk kawan pun belum update... pastu ada satu hari tu aku bawa baby g jalan-jalan cari makan waktu malam pun belum upload gambarnya.. banyak jugak lah. Dah kena tag pun lom jawab lagi. Maaf lah ya member yang mengetag, nanti saya mencuba sedaya upaya untuk menjawabnya :) peace tau..hihi

TQ Uncle Google !

InsyaAllah hari ni akan keluar jugak entry JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) bukan edisi Maria Tengku Sabri ataupun Serena Ridzuan tapi edisi kami yang makan tak ingat dunia keh keh. Ni pun dah pukul 6.30pagi.. nak g tolong mak buat air & sarapan dulu, aku ngan adik puasa rini.. bubuyyeeeee..

OOppss..Chumel tak plaq JJCM..naaah!

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...