Sunday, April 11, 2010

Gambaran Kehidupan 'Dia'

Assalamualaikum..
Dah kol 11.30malam..dari jam 9 lagi aku dok bersms ngan along tentang 'dia'. Along sememangnya seorang wanita berjaya yang punya karisma sendiri. Aku cemburu dengan kebahagiaan & kejayaan Along. Perbincangankami berkisar tentang 'dia'..

Aku sendiri tertanya2 kenapalah 'dia' tak nak berubah? Taknak ke 'dia' hidup berkeluarga macam orang lain? Ada rumah untuk di diami walaupun menyewa.. didik anak2 dengan baik.. pelihara isteri dengan sempurna.. rapatkan hubungan keluarga dia dengan mak & ayah 'dia'.. cari rezeki untuk memberi makan anak isteri dengan rezeki yang halal? Kenapa dia rasa sempurna dengan kehidupan dia yang sebegitu? Tidak kah ada rasa kerisauan dalam diri dia tentang kehidupan anak & isteri sekiranya dia di jemput Allah nanti?

Aku keliru & tak tahu apa yang dia cari dalam hidup 'dia'. Atas sebahagian dari sebab2 itu jugaklah, aku keluar dari hidup 'dia' bersama zuriat 'dia' sendiri. Aku tahu aku mampu berdiri perlahan2 melangkah dan mungkin berlari suatu hari nanti walaupun tanpa dia..seperti sekarang.

Adakala..aku kagum dengan keberanian yang ada dalam diri aku yang di anugerahkan Allah. Aku mampu melupakan kisah silam yang sungguh pahit itu dan bangun melangkah dengan yakin. Walaupun aku pernah ditindas.. ketinggalaan di belakang, aku mampu bangkit demi zuriat yang 'dia' tinggalkan untuk aku. Aku berhempas pulas untuk zuriat itu.. membesarkan.. berkongsi sayang.. memenuhi keperluan.. Alhamdulillah aku mampu menjaga & memelihara zuriat itu sehingga saat ini mencecah 3tahun.

Ya Allah..sesungguhnya pada malam ini, aku bersedia untuk memaafkan segala kekhilafan yang pernah 'dia' lakukan ke atas diri aku. Kau ampunilah segala dosa 'dia' Ya Allah. Berikanlah 'dia' cahayaMu & bimbinglah 'dia' ke jalan Mu. Sesungguhnya, saat & ketika ini aku buangkan segala dendamku pada dirinya. Bersihkan aku juga dari dosa & dendam itu. Peliharalah kami semua ini Ya Allah..umatMu yang sentiasa melakukan kekhilafan.

Amin.

Mtest KPLI VS Exam Gred 41

Salam...
Sekadar nak berkongsi cerita ngan kengkawan. Pembukaan tahun 2010 ni penuh dengan exam..yang tentu-tentunya menyerabutkan kepala hotak yang memang sedia serabut ni keh keh.. Mula-mula dapat panggilan pergi exam Mtest bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ini dah kali ke-4 aku amik exam ni. Susah betul nak jadi cikgi rupanya. Adik aku sendiri pun dah masuk kali ke 7 baru dapat jadi cikgi..sekarang dah posting dah pun kat Shah Alam Selangor.
Mengingatkan detik2 Mtest ni..maaak aii naik juling biji mata aku menghitamkan borang OMR yang meriah banyaknya. Soalan yang paling aku suka adalah Soalan Analitikal kah kah..memang buat kepala hotak aku terbalik. Apa taknya..bagi akula soalan tu betul2 mencabar minda aku yang lembab ni huhu :(. Yang bagusnya semuanya objektif..jadi andaikata kata tak tahu jawapan pun..soalan akan terjawab haha.
Bila bercakap tang Peperiksaan untuk Gred 41 tu..laagi parah. Soalan beratus2..bukan setakat mata julingtengok OMR..berair biji mata aku dibuatnya. Ditambah plak ngan Essei Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang mencabar minda..keh keh. Aku memang tabik la sapa yang lulus exam2 ni..sebab bagi aku, aku rasa macam susah sangat or maybe sebab aku tak prepare kooott..kah kah.
Essei Bahasa Melayu tu boleh la goreng bak kata student kan..tang pendahuluan boleh melencong sana sini sikit2..isi dan penutup. Bila masuk Essei Bahasa Inggeris tu..blue my black eyes kekekeh.... Dah kena tukar resepi..goreng menggoreng dah tak jadi...goreng dah hangus. Tukar masak stim atau rebus jer..haha. Pergh..nak kuar satu2 ayat dalam kepala hotak tu cukup susah. Sebelum buat esei tu aku terpaksa g baca bahan2 bacaan sikit dlm Bahasa Inggeris supaya otak aku dapat tukar version hahaha. Kronik sunggoh.. Itu stail aku yang lembab ni la..orang lin yang terrer tu rasanya xyah la susah payah cam aku ni kot.
Keseluruhannya ok lah..
Untuk Mtest tu aku ada gak baca buku2 rujukan, itu pun pinjam dari member..makasih Lala.
Untuk Exam Gred 41 tu aku baca gak la surat khabar walaupun sikit jerk haha..itu pun malam sebelum peksa tuh.
Aku berserah jer pada Allah..at least aku dah cuba & usaha.. Dapat atau tak dapat tu dah urusan & rezeki Allah taala. Yang mana baik aku terima jer.. Andaikata takda rezeki..aku cuba lagi lenkali yer dak? Apa lagi nak di kata? hehehe


Wednesday, April 7, 2010

Doa Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepada aku sepanjang hidup aku.. Aku terima apa segala cubaan dan dugaan yang telah Kau berikan kepada aku.

Segala pemberian Mu tak dapat aku balas dengan sempurna. Sesungguhnya akulah hamba Mu yang lemah. Lalai mengejar keduniaan hingga selalu melupakan Mu. Ya Allah..janganlah Kau pesongkan hati aku. Terimalah taubat aku, ampunilah segala kesalahan aku insan yang hina ni. Peliharalah kedua ibubapa ku.. peliharalah mereka dari api neraka Mu Ya Allah. Mereka sesungguhnya insan yang amat bermakna untuk aku Ya Allah.. Merekalah yang membesarkan dan membimbing aku dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah..jika laluan yang telah Kau berikan ini adalah terbaik untuk aku & anakku, maka Kau benarkan kami melaluinya dengan tenang. Tapi jika laluan ini adalah dugaan kepada kami, maka Kau bantulah aku melalui nya dengan tabah. Sesunggunya Engkaulah tempat aku bergantung dan mengadu Ya Allah.

Kau jadikanlah anakku sebagai anak yang solehah yang bisa mendoakan aku ibunya. Anak yang taat kepada perintah Mu Ya Allah, anak yang tahu adab & sentiasa mengingati Mu. Pelihara lah dia Ya Allah.. sesungguhnya dia sesuci kain putih bersih tak ternoda. Panjangkanlah usianya Ya Allah..berikanlah dia kebahagiaan dunia & akhirat agar dia tidak pernah merasa kekurangan. Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah.

Hanya kepada Mu lah tempat aku mengadu & bermohon Ya Allah.
Amin..amin Ya Rabbal A'lamin.....

Sepi Tak Berpenghuni

Salam..

Entah kenapa la..tetiba aku rasa macam tak best. Tunggu call..xda sapa call. Bila aku yang call..masuk voice mail..masuk message. Hmm..entah la apa nak jadi ngan aku. Rasa dunia macam kosong jer... Macam aku sorang jer penghuninya...


Nasib baik..pagi tadi bila aku post sumthing kat fb..ada la kengkawan yg bagi feedback. Terasa gak macam ada kawan & sahabat di sana. Tak pa lah.. kalau dia ada, adalah. Kalau dia tak da..takda lah. Apa hak aku nak kata apa2.. apa hak aku nak buat apa2.. Apa yang aku boleh buat..hanya tunggu dan lihat saja..

Saturday, April 3, 2010

Saya nak g school mummy !!!

Salam...
Hehe rasanya semua dah tau kan..
si baby tu nak g school jika sekiranya berteman sebagaimana entry aku dolu tu.
jadi la aku & mak tok dia pelajar dewasa di tadika selama 2minggu.
Tetiba 21/3/2010 ritu dia buat stunt. Baby cakap kat Mak Tok dia.. "saya belajar kat dalam..mak tok tunggu dlm keta kat luar". Waaha..melompat mak tok dia dengar..
Keh..keh tapi bukannya leh pecaya sangat dak baby nih.
Tapi...she did it !!! Waaa..mummy pun tekejut lah sangat...happening betul.

Hmm apa lagi si mummy pun plan nak bagi sesuatu la kat anak kesayangan sebagai imbuhan. Tercari2 apa barang yg sesuai..akhirnya dapat. Cantik tak ???
Sebagai ganjaran dia dah rajin ke sekolah..

Ini lah dia anak kesayangan mummy yang dah makin membesar...
dah rajin belajar.. makin nakal.. & suka dera mak tok, atok & mak su dia..
Mummy wish u all the best Sufea...



Thursday, April 1, 2010

BBQ bersama kawan2..

Salam..Kesahnya, kami plan nak buat perjumpaan bersama & makan..bbq dan aku bayangkan memang best la. Lala susah payah menjayakan program ni. Makasih Lala bagi idea & kita sama2 menjayakan program ni. Lepas ni kota boleh buat utk group yg lagi besar..hehe.

eh ni aku masa dah nak balik..dah bawa bag pack..

ni di antara menu2 utama..Ayam bakaq..udang bakaq..ikan bakaq..
yang paling best..buah2 tuuu. Tak tau nak ceta...tapi memang best sangat2. Korang tengoklah foto2 yang aku upload dari FB..makasih Muni. Jadilah camerawoman yb baerjaya suatu hari nanti..hehe.



Aku & Holiday...

Salam...

Weeehuuu..haha. Aku memang dah penat, penat sangat. Tapi aku gagah gak nak g BBQ ngan family plak haha. Semalam 30/3 BBQ ngan kengkawan (nanti aku uploadkan gambar ngan sikit story line ceewah)..rini setengah hari ngan family plak.. Mak tu teringin nak BBQ sebab tengok aku g ngan kwn2 haha..apalagi. Pagi tu siap2 masak..zasss terus kan planning. Ini lah hasilnya..

Si baby ni sengeh nya melebih2..dah la gigi takda haha. Berendam dah tak reti2 nak naik. Bila soh naik dia katanya dia nak berenang jap. Suka sangat dia tu..hehe tengok la muka dia. Adik aku pun sama la dah jadi 'boya' dalam tu kejap tenggelam..jap timbul hehe. Aku? tukang bakaq ayam huhu..dah nasib badan. Walau apa pun..sempat gak aku menyeludup masuk main air haha...
Ayam bakar aku hangit hehe... dapor kecik ni baranya dekat sangat jadi ayam aku macam hangit jerk. Salahkan dapor plak haha.

Abah ikut gak, tapi dia ada port yg best punya untuk dia sendiri..jeles kami2 ni. Nak tau mana port dia tengok kat celah pokok tu haaa... Dia bantai tidoq berayun kat dalam pukat gantung tu ngan angin sepoi2 bahasa..xtau plak aku bahasa apa..hehe. Pergh...lena jap.
Apa yg best lagik...bila balik jer semua pengsan buat kesekian kalinya.. Pe lagi membuta la..lalalala..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...