Sunday, April 11, 2010

Mtest KPLI VS Exam Gred 41

Salam...
Sekadar nak berkongsi cerita ngan kengkawan. Pembukaan tahun 2010 ni penuh dengan exam..yang tentu-tentunya menyerabutkan kepala hotak yang memang sedia serabut ni keh keh.. Mula-mula dapat panggilan pergi exam Mtest bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ini dah kali ke-4 aku amik exam ni. Susah betul nak jadi cikgi rupanya. Adik aku sendiri pun dah masuk kali ke 7 baru dapat jadi cikgi..sekarang dah posting dah pun kat Shah Alam Selangor.
Mengingatkan detik2 Mtest ni..maaak aii naik juling biji mata aku menghitamkan borang OMR yang meriah banyaknya. Soalan yang paling aku suka adalah Soalan Analitikal kah kah..memang buat kepala hotak aku terbalik. Apa taknya..bagi akula soalan tu betul2 mencabar minda aku yang lembab ni huhu :(. Yang bagusnya semuanya objektif..jadi andaikata kata tak tahu jawapan pun..soalan akan terjawab haha.
Bila bercakap tang Peperiksaan untuk Gred 41 tu..laagi parah. Soalan beratus2..bukan setakat mata julingtengok OMR..berair biji mata aku dibuatnya. Ditambah plak ngan Essei Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang mencabar minda..keh keh. Aku memang tabik la sapa yang lulus exam2 ni..sebab bagi aku, aku rasa macam susah sangat or maybe sebab aku tak prepare kooott..kah kah.
Essei Bahasa Melayu tu boleh la goreng bak kata student kan..tang pendahuluan boleh melencong sana sini sikit2..isi dan penutup. Bila masuk Essei Bahasa Inggeris tu..blue my black eyes kekekeh.... Dah kena tukar resepi..goreng menggoreng dah tak jadi...goreng dah hangus. Tukar masak stim atau rebus jer..haha. Pergh..nak kuar satu2 ayat dalam kepala hotak tu cukup susah. Sebelum buat esei tu aku terpaksa g baca bahan2 bacaan sikit dlm Bahasa Inggeris supaya otak aku dapat tukar version hahaha. Kronik sunggoh.. Itu stail aku yang lembab ni la..orang lin yang terrer tu rasanya xyah la susah payah cam aku ni kot.
Keseluruhannya ok lah..
Untuk Mtest tu aku ada gak baca buku2 rujukan, itu pun pinjam dari member..makasih Lala.
Untuk Exam Gred 41 tu aku baca gak la surat khabar walaupun sikit jerk haha..itu pun malam sebelum peksa tuh.
Aku berserah jer pada Allah..at least aku dah cuba & usaha.. Dapat atau tak dapat tu dah urusan & rezeki Allah taala. Yang mana baik aku terima jer.. Andaikata takda rezeki..aku cuba lagi lenkali yer dak? Apa lagi nak di kata? hehehe


3 comments:

  1. tahniah dapat ke dua2 exam tu.. insya'allah jika itu mmg rezeki saudari, mesti dapat punya.. sya pn dapt gak exam gred 41 tu, 2 jawatan lgi... tpi tak dapat pergi sbb ada final exam kt UPSI.. exam gred 41 tu kt kota bharu.. huhuhu.. xper la, mgkin xder rezeki kt c2 kan..

    ReplyDelete
  2. Makasih Haida.. Sue pun exam Gred 41 kat KB jugak. InsyaAllah..rezeki tu kan ada kat mana2, yangoenting kita kena usaha. Sue wish Haida best of luck too..!

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...