Saturday, March 6, 2010

Bila Ajal Sampai...

Salam...
Terkilan aku petang semalam.. Aku baru balik keje, relax jap baca surat kabar. Tetiba..adik bongsu aku tu lari masuk dalam rumah pastu menangis teresak2.. Memang teruk & kuat jugak la dia nangis. Aku tanya nape? tapi dia tak cakap..tersedu2 dia. Pastu mak masuk ngan baby.. mak cakap ngan aku slow2 kata Neng dah tak da..dah mati. Laaaa...terkejut aku. Bukannya apa,aku baru je update gambar dia ngan anak2 dia kat sini nak kongsi ngan semua.

Beriya2 la adik aku nangis..kesian plak aku tengok. Bila aku tengok dia macam tu, baru aku tahu hati dia. Rupanya hati dia lembut sangat.. kekadang aku geram gak ngan dia bila cakap aku dia taknak dengar kan.. pastu aku pesan apa2, dia tak ingat. Aku pun sedih gak sebenarnya.. cuma aku tak tunjuk rr.. segan heheh. Aku keluar gak g tengok Neng, xda darah pun kuar dari badan dia..tersentuh gak aku. Sebab aku ni kategori suka dan sayang kucing..dari kecik lagi.

Lepas sembahyang Maghrib, aku ajak Baby ngan Adik aku kuar jap. Aku nak beli makanan kucing. Aku tengok budak 4ekor tu macam sasau je, mayb lapar kot. Sebab selama ni dia menyusu je..blum makan lagi. Nasib baik la jumpa makanan..harganya baru RM7.90. Aku beli la.. sian bebudak tu. Balik tu, aku rendamkan ngan air, pastu panggil bebudak tu makan. Aku siapkan satu kotak untuk dia suma.. Malam bawak masuk dlm umah la kotak tu, takut gak depa diserang bapak kucing kan..selama ni ibu dia ada xpa rr.


Nanti lah aku update gambar bebudak 4ekor tu dalam kotak dia. Aku dah amik gambar tapi aku tetinggal cam kat umah. Tengok lah kalau rajin..aku upload petang ni..

Sebenarnya.. aku pun sedih gak.. sob..sob..

Friday, March 5, 2010

Layan Je La...

Alahai...
Tadi aku saja cari2 pic yg menarik nak upload dalam blog.. ada gak yang aku simpan untuk guna len kali. Tetiba aku tertengok pic ni.. dengan ayat yg macam ni.. membuatkan air mata aku rasa macam nak terkeluar jek...
"I never stop loving you.. I just stopped showing it.. I love you so much.
If loving you is wrong.. I never want to be right again..."

Aku dah penah rasa..so aku sendiri tau betapa siksa nya rasa tu.. Sebab tu bila org lain bercakap soal soal macam ni, aku tak berani nak bagi pendapat. Sebab aku tahu, macamana atau apa juga pendapat atau nasihat dari sesiapa.. hanya orang yg merasa tu je yang tahu apa yang dia rasa.
Susah untuk dia menerimanya...

Neng & Family..

Assalamualaikum..
Jeng..jeng..jeng... Aku memang suka kucing. Dari dulu sampai sekarang. Cuma bila dah ada anak kecik ni, kureng sikit la sebab kes bulu..takut masuk idung si baby.

Tapi kan...mana tak tumpah nya kuah kalau tak ke lapik meja kan..hehe. Si baby memang xleh tengok kucing. Tak kira lah kucing tu ada kurap ke, berkudis ke smua dia nak g pegang..itu yang buat aku hangin satu badan tu...

Alkesahnya, satu hari dia g main kat taman ngan mak tok dia. Pastu bila tengok seko kucing ni terus nak amik bawak balik sampai nangis2 kat sana. Disebabkan warnanya kuning jadi namanya pun jadilah Neng.. Neng pun dah kawen..bunting la.. beranak la 4 ekor.
Haaa..ni lah dia ropenya... tengok2..!
Si Neng ni macam tau2 jer aku nak amik gambar dia sekeluarga..
dia posing baek punya untuk aku..haha
Tengok tu..kasih sayang sorang ibu..walaupun cuma ibu kucing..
Neng tetap 'IBU'..
Tengok tu..sebok nak tenggok camera aku. Tengah nen pun nak bangun tengok orang.
heeiii budak putih nih..

Thursday, March 4, 2010

PJK KgTerbok

Salam semua..
Aku rasa kepala otak aku free sikit petang ni sebelum aku mula buat kelas. Aku dah plan ngan assistant aku nak buat kelas Pengenalan Asas Komputer & Internet petang ni kol 3. Ni baru pukul 2.30ptg..berkat lepas sembahyang Zuhor kot hehe...

Intro
Ini lah dia Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Terbok atau singkatannya PJK Kg Terbok. Signboardnya terus aku letak..karang senang nak cari hehe. Kalau ada kawan2 yg dok kat area sini.. time balik kampung tu singgah la sini. Ianya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Intelligence dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat.
Jemput la masuk..aku dah tolong buka kan pintu..hehe. Dengan pendaftaran ahli cuma RM5 seumur hidup..korang akan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang ada kat sini..termasuklah penggunaan komputer untuk melayari internet & bengkel pembelajaran yang di adakan kat sini.

Tersedia 10 buah komputer untuk ahli melayari internet. Ditambah dengan ruang dan fasiliti yg memang selesa. Klau dok dalam ni 2jam pun tak rasa..rasa macam baru masuk je...hehe
dilengkapi gak ngan kemudahan fotostat Kalo datang lewat..pastu PC plak penuh haaa tpaksalah menunggu turn kan. Takleh nak main terjah jer... Jadi kami dah sediakan Ruang Menunggu..ceewah! Ko dok la kat sofa tu..cuma air je aku tak sempat nak buat..bibik aku cuti heheh...

Bilik Latihan

Pergh..ini jangan nak komplen.. Kemudahan memang tip top.. Bilik training dilengkapi ngan 10 buah komputer.. buleh online gak. Pastu siap ngan Slide Projector untuk mengajar. White Board pun ada..pendek kata memang mewujudkan suasana pembelajaran yang xklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, dewasa, ibu bapa malah warga emas jugak.
Note:
InsyaAllah..aku akan cuba berusaha untuk memajukan PJK ni macam office aku sendiri. Manfaatkan kemudahan ini untuk insan-insan yang memerlukan.
Bukannya apa..melihat mata anak-anak yang penuh harapan.. Aku boleh nampak dari mata budak2 tu mengatakan mereka mahukan sesuatu dari PJK ni. Bak kata kawan aku..buat sesuatu kerja..kena ikhlas, jangan nak mengeluh (makasih Fahmi).


InsyaAllah, niat aku ikhlas. Mungkin dengan adanya sokongan dari org2 di belakang aku.. aku cuba sampaikan kemudahan ini untuk semua warga KgTerbok dan juga insan-insan yang memerlukan. Nak jugak aku buat pahala.. Alhamdulillah...

Wednesday, March 3, 2010

Tiba2 terjaga jam 3pagi..

Eeish..tgh syok2 tido. Tiba2 tersentap tgk jam 3pagi. Alahai frustnya...dah la tu xleh nak sambung tdo plak dah. Hmm..kuar dari bilik aku on pc la..lalalala. Aku upload gambar g KL yg aku janji tu..hehe. Time ni dah kol 5.10am..pagi kol 9 keje, lantak la kalu ngantuk.. ada haku kesah? hahaha..

Aku nak share masa aku bawa baby g jalan satu ptg ni..kat Restoran Terapung kat pantai. Keje aku ngan baby masa ni..tengok orang jer. Adik aku yang akui..sebab dia yg snap gambar ngan hp aku. Aku xperasan poon...haha.

Baby yang amik gambar ni..bole tahan hehe !

Ronda2..ke Jalan TAR

Nama kata nak g merendek sorang2 ke Jalan TAR memang xdapat...apa lagi aku angkut la adik aku ni..hehe. Baby? xkan nak bawa..patah pinggang aku kena dokong dia bila time nak bjalan sana sini kat Jalan TAR nu..eeeiii xsanggup mumy. Atoknya dah bagitau siang2..anak xyah bawak..hurrreeeyyyy!! hehe bole blagak macam bukan mak budak huhu..

Dalam komuter pun nak bgambar..macam jakun..hihi.

Huh..adik aku kalu dah dpt makanan..McD lagi, lagi xingat dunia..melantak jer la..haha. Biarkan jer, cuti sekolahkan..honeymoon laa. Ni makan kat KL Sentral sebelum naik LRT ke Masjid Jamek
aku tumpang 2 kaki..hehe

Masa kat Jalan TAR, korang tau kan P.A.N.A.S ?? so aku xhingin nak petik camera. Mata dah menerawang ke sana sini, tengok itu..tengok ini.. Eish macam byk jer brg yg menarik..tapi kena jimat..xleh la gatei nak beli semua.

Time to go home.. Ramai sangat orang dlm LRT & komuter. Tapi akhirnya dapat duduk..merasa jugakla bdiri skejap..nak kejang dah kaki. Almaklum..dah lama xguna public transport ni..huhu. Apapun..memang best dpt jln2.. Kalau ikut kebiasaan aku, mestinak jalan lagi. Tapi adik aku dah buat muka 5sen,penat kaki katanya.. Kesian gak...hmm balik laaa...

aduhai...KL

Salam..sowey la sesangat. Kata nak update foto g KL..hampeh xbuat. Tapi dah upload kat FB dulu..dah basi hahaha. Aku luangkan masa sikit siapkan beberapa program untuk office dulu..karang tak capai KPI sapa nak jawab..hehe.

Hmm..seronok gak lama dah tak g KL ngan family smua.. tu pun bukannya ada g mana, saja lepak umah adik & abang kat sana. Baby la org paling seronok dapat naik train.. Kami pegi naik ketapi, pastu balik konvoi 2 kereta ngan abang. Korang mesti pelik macamana plak balik drive kan...abang aku nak jual keta Saga dia, so aku tlg bawa balik Kelantan laa..hehe. Dia? dah beli keta Honda.. huh belagak :)

Mana best entry xda gamba kan..
Tengok Baby konker satu katil..Mumy duduk sana sikit,baby nak tido katanya. Hampess..tpaksala aku tido sambil duduk, pastu pandai plak kesiankan aku ajak tido balik hihi.. nak marah pun, nama lagi budak kannn.... grrrrrr
Ini anak abang aku..Haizad namanya. Nak unggu dia dok diam..tunggu dia tido. Kalau dia bangun memang mulut dia xberenti bcakap pastu disertai ngan kaki tangan jugak..lari sana sini non stop. Hebat tul..sampai baby pun dah terikut2 masa kat sana.. huh xdapek mummy nak nolong..lantak korang lah..asal jangan melalak sudah..hihi
Ini lah 2 tawanan Ikhmal(anak adik aku)... Masa ni dia menawan 2gergasi..keje dia menembak,pastu yg gergasi 2 orang ni pura2 mati..si Ikhmal terkekek2 gelak..hahaha Aku yang menengok macam nak pengsan..
Asal petang jer..dah boring dok umah. Apa lagi..budak2 ni nak turun main kat taman laa. Dah penat semua nak meneguk air..berebut tunggu turn. Tengok si baby ngan skirt pendeknya tu..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...