Thursday, March 4, 2010

PJK KgTerbok

Salam semua..
Aku rasa kepala otak aku free sikit petang ni sebelum aku mula buat kelas. Aku dah plan ngan assistant aku nak buat kelas Pengenalan Asas Komputer & Internet petang ni kol 3. Ni baru pukul 2.30ptg..berkat lepas sembahyang Zuhor kot hehe...

Intro
Ini lah dia Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Terbok atau singkatannya PJK Kg Terbok. Signboardnya terus aku letak..karang senang nak cari hehe. Kalau ada kawan2 yg dok kat area sini.. time balik kampung tu singgah la sini. Ianya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Intelligence dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat.
Jemput la masuk..aku dah tolong buka kan pintu..hehe. Dengan pendaftaran ahli cuma RM5 seumur hidup..korang akan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang ada kat sini..termasuklah penggunaan komputer untuk melayari internet & bengkel pembelajaran yang di adakan kat sini.

Tersedia 10 buah komputer untuk ahli melayari internet. Ditambah dengan ruang dan fasiliti yg memang selesa. Klau dok dalam ni 2jam pun tak rasa..rasa macam baru masuk je...hehe
dilengkapi gak ngan kemudahan fotostat Kalo datang lewat..pastu PC plak penuh haaa tpaksalah menunggu turn kan. Takleh nak main terjah jer... Jadi kami dah sediakan Ruang Menunggu..ceewah! Ko dok la kat sofa tu..cuma air je aku tak sempat nak buat..bibik aku cuti heheh...

Bilik Latihan

Pergh..ini jangan nak komplen.. Kemudahan memang tip top.. Bilik training dilengkapi ngan 10 buah komputer.. buleh online gak. Pastu siap ngan Slide Projector untuk mengajar. White Board pun ada..pendek kata memang mewujudkan suasana pembelajaran yang xklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, dewasa, ibu bapa malah warga emas jugak.
Note:
InsyaAllah..aku akan cuba berusaha untuk memajukan PJK ni macam office aku sendiri. Manfaatkan kemudahan ini untuk insan-insan yang memerlukan.
Bukannya apa..melihat mata anak-anak yang penuh harapan.. Aku boleh nampak dari mata budak2 tu mengatakan mereka mahukan sesuatu dari PJK ni. Bak kata kawan aku..buat sesuatu kerja..kena ikhlas, jangan nak mengeluh (makasih Fahmi).


InsyaAllah, niat aku ikhlas. Mungkin dengan adanya sokongan dari org2 di belakang aku.. aku cuba sampaikan kemudahan ini untuk semua warga KgTerbok dan juga insan-insan yang memerlukan. Nak jugak aku buat pahala.. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...