Tuesday, January 19, 2010

Baby 3rd Bday..!







Jeng..jeng jeng..seperti yang aku dah janji..ada special event pada 18/1/2010..ini lah dia. Buat BdayParty untuk baby..

Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Kek chocolate moist sedap hingga menjilat jari.. Then yg paling penting cup cake cubaan kali ke 2 turut menjadi. Dengan design yang aku rasa cukup menarik la... Jangan la bandingkan dengan orang yang lebih pro, tapi itu je la talent aku setakat hari tu. InsyaAllah..aku tengah belajar, tengok cara & design yang orang lain buat dalam blog2 lain, maybe lepas ni hasil nya akan bertambah okay. Boleh la terima tempahan pulak buat side income.. Kalau ada rezeki & masa, aku nak buat lagi satu blog untuk cup cake, kek dan biskut raya. Raya tahun 2009, Alhamdulillah rezeki anak agaknya.. Aku berjaya siapkan tempahan biskut raya, hasilnya boleh tahan la... Mak & abah pun ada tolong gak, adik aku si Umie tu apa lagi..kena dera ngan aku haha..syian dia. Tapi aku bagi duit raya kat semua orang..

Apa pun..penat tu belakang kira, yang penting hasilnya..aku puas hati. Aku harap guest yang hadir bday party ni pun balik dengan suka hati..ya la bak kata pepatah 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' hehehe.. Baby dah tentu suuuka sangat sebab dari pagi sampai petang dia tak tido.. Tepat jam 8malam..dia minta susu pastu terus lena,pergh penat & ngantuk gila la tu. Lepas tu follow by Mummy nya yang terus pengsan dek penangan kek yang jumlahnya mencecah 38 biji.. cup cake jer..

Terima kasih pada special guest yg hadir..Cla, Muni, Fahmi dan Kirin. Lain kali nanti kita buat makan2 lagi yea.. Happy Bday Sayang !!!!


Saturday, January 16, 2010

Happy Birthday Sayang!!!




Hari ni 16hb Januari 2010..genap usia baby 3tahun..Happy Birthday sayang..!!
Bila dia bangun jer pagi tadi..aku ngan adik Umie nyanyikan dia lagu Happy Birthday..suka jer dia. Ada cup cake yang aku try buat tu saja aku letak kan candle bagi dia tiup..ngan muka tak mandi & baju tido dia hihi. Belum sempat nak snap photo lagi, dia dah tiup haha...

Aku plan nak celebrate birthday dia this coming 18th Jan & hajatnya nak bersedekah jugak utk anak2 kecik.. nak panggil jiran ngan kawan2 adik & kawan2 aku sekali. Biarlah..aku buat makan2 sikit, niat sedekah. Bukannya apa..aku sedar pahala pun tak berapa nak banyak, jadi sekali sekala tambah la pahala ikut saluran lain plak (sedar diri lagi..hihi).

Walau apa pun..aku tak nak dia rasa kekurangan. Samada dari segala segi terutama sekali dr segi kasih sayang.. Aku nak dia tahu yang aku sayang dia.. Dia lah sorang2 nya insan yg aku ada utk aku harapkan bila aku dah tua nanti. Aku harap dia akan menghargai kasih sayang & pengorbanan aku untuk dia bila dia dah besar nanti.
"Mummy doakan semoga Allah sentiasa merahmati & melindungi dirimu.. menjadikan dirimu seorang anak yang berguna suatu hari nanti. Biar kasih sayang itu sentiasa mekar di antara kita.."
Note: Tunggukan photo2 menarik for this coming 18th Jan event yea!!!

Monday, January 11, 2010

Coretan Perjalanan III_11-01-2010

Baba..
Tiada kata untuk aku menggambarkan,
Betapa aku berterima kasih
Kerana sudi memberikan secebis kasih
dan sayang yang ada di hati mu.

Aku tahu kau berusaha memenangi hati ini,
Aku tahu segalanya seakan tidak pasti untuk kau dan aku,
Aku tahu hatimu terlalu berat untuk melepaskan aku,
Walau halangan di depan pasti menanti.

Aku tahu kau sedaya upaya memenuhi & melengkapi,
Dua hati itu biar dekat di hati mu,
Aku tahu kau tak mampu,
Untuk membuang salah satu dari hati itu,
Nyata kau cuba untuk menyatukan dua hati itu.

Biarlah masa menentukannya,
Adakah dua hati itu bisa bersatu,
Mencintai hatimu yang ikhlas satu.

Coretan Perjalanan II_10-01-2010

Mengenali dirimu
Hidup ku kembali berwarna

Kau limpahi kasih sayang mu
Yang tak pernah aku rasai
Kau beri aku harapan
Untuk kembali beraksi di pentas cinta
Yang penuh noda dan kepuraan

Saat indah gelak ketawa
Saat air mata bila tiada jalan nokhtah
Kau bahagiakan aku
Kau bias kan aku dengan rasa itu
Walau kau mencuba dengan kepayahan

Adakah aku hanya teman berhibur?
Adakah aku cuma tempat persinggahan?
Jawapan itu ada di hatimu
Sehingga ku ketemu jawapan itu..
Benarkan aku menumpang kasih
dan sayang yang ada di hatimu..

~Sue

Catatan Perjalanan I_09-01-2010

Celik mata pagi tadi, tetiba aku teringat sangat pada seseorang yang pertama hadir dalam hidup aku 10 tahun dulu. Cukup aku bagitau nama dia Ali..

Nak rasanya aku bersua ngan dia..bertanya kabar..berkongsi cerita..tengok dia.. Adakah dia sama macam dulu? berapa orang dah anak dia? sihat ke dia? Kadang-kadang aku rasa macam nak cari dia, bukan nak ungkit cerita lama atau nak susahkan hidup dia. Niat aku cuma nak minta maaf sangat ngan dia atas semua kesilapan aku.

Bagi aku, dia seorang insan yang amat baik untuk aku. Sepanjang perhubungan aku ngan dia, tak pernah sekali pun dia mengasari aku atau menyusahkan hidup aku. Aku tau dia menyayangi aku sepenuh hati, sikit pun hati dia tak pernah berubah untuk menyayangi dan mencintai aku waktu itu. Errr..cuma aku, aku yang bersalah membiarkan hati aku lalai dengan pujukan insan lain lantas melupakan dia. Aku tau walau menitik air mata darah pun aku tak akan dapat memiliki hati dia lagi..tak dapat aku tahan air mata daripada mengalir bila mengenangkan bahagianya aku waktu bersama dia.

Kalaulah aku berpeluang jumpa dia, nak aku salam dan cium tangan dia mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau pun dia tak maafkan aku..aku redha. Walau apa pun aku tahu Allah telah menetapkan bahawa dia bukan jodoh aku dan aku selalu doakan dia berjumpa dengan insan yang jauh lebih baik dari aku yang hina ni. Aku doakan dia berbahagia hingga ke anak cucu dan sentiasa di bawah lindungan Allah selalu.
Amin....

Tuesday, January 5, 2010

KFC

Ini lah si baby ngan cheezy wedges nya..hehe. Suka sangat, ntah apa yang sedap ngan benda ni mummy nya pun tak tahu.. Yang penting, bila tengok dia makan tu nampak cam sedap sangat jer. Tapi kalau time dia tak nak tu, letak la depan muka dia 2-3 bekas pun dia buat dunno jer.

Tak Sihat

Salam..
Ni aku kat office ni..tapi aku tak sedap badan la.. Semalam cuti pun tido jer kat umah. Tido mati dari kul 1.30tgh sampai 4.45ptg, rasa macam badan lenguh-lenguh, kepala sakit..berpinar. Tak leh nak concentrate apa nak buat. Adik aku la jadi mangsa kena sapu minyak kat badan la, pastu si baby sibuk gak 'urut mumy' katanya. Hmm..tak tau la kenapa.

Bila sampai jer office pagi ni, perkara pertama aku buat..main game..hihi. Ingatkan nak release kepala ni jap.. Rasa kepala ni macam komputer yang dah save ngan pelbagai benda pastu banyak virus..jadi lembab hihi. Tak tahu la nape?? Nak kata banyak berfikir, banyak jugak..tiap-tiap hari pun banyak tapi tak jadi pun camni. Nak kata penat, tak ada buat apa2 kerja yg memenatkan pun.. Dah test blood pressure, ok jer. Dah test kandungan gula dalam darah, ok gak. Hmm, takpa lah. Janji Tuhan masih bagi aku nyawa untuk aku meneruskan hidup hari ni..Alhamdulillah. Keep goin babe!!!

Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah kesihatan kepada aku agar aku dapat menyempurnakan segala suruhanMu, agar dapat aku berbakti kepada ibu bapaku, agar aku dapat menjaga anugerah yang telah Kau berikan kepada aku dengan sempurna. InsyaAllah.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...