Celik mata pagi tadi, tetiba aku teringat sangat pada seseorang yang pertama hadir dalam hidup aku 10 tahun dulu. Cukup aku bagitau nama dia Ali..
Nak rasanya aku bersua ngan dia..bertanya kabar..berkongsi cerita..tengok dia.. Adakah dia sama macam dulu? berapa orang dah anak dia? sihat ke dia? Kadang-kadang aku rasa macam nak cari dia, bukan nak ungkit cerita lama atau nak susahkan hidup dia. Niat aku cuma nak minta maaf sangat ngan dia atas semua kesilapan aku.
Bagi aku, dia seorang insan yang amat baik untuk aku. Sepanjang perhubungan aku ngan dia, tak pernah sekali pun dia mengasari aku atau menyusahkan hidup aku. Aku tau dia menyayangi aku sepenuh hati, sikit pun hati dia tak pernah berubah untuk menyayangi dan mencintai aku waktu itu. Errr..cuma aku, aku yang bersalah membiarkan hati aku lalai dengan pujukan insan lain lantas melupakan dia. Aku tau walau menitik air mata darah pun aku tak akan dapat memiliki hati dia lagi..tak dapat aku tahan air mata daripada mengalir bila mengenangkan bahagianya aku waktu bersama dia.
Kalaulah aku berpeluang jumpa dia, nak aku salam dan cium tangan dia mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau pun dia tak maafkan aku..aku redha. Walau apa pun aku tahu Allah telah menetapkan bahawa dia bukan jodoh aku dan aku selalu doakan dia berjumpa dengan insan yang jauh lebih baik dari aku yang hina ni. Aku doakan dia berbahagia hingga ke anak cucu dan sentiasa di bawah lindungan Allah selalu.
Amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku Kembali
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum semua.. Wow..pasar besar Tumpat dah pindah. Dulu dalam bandar Tumpat, agak padat bila bangunannya di tengah-tengah bandar Tu...
-
Assalamualaikum.. Sesungguhnya..bila tonton episod cerita ni..teringat pada 'dia'.. Dahulunya...dia seorang pelindung..setiap kali...
suke tengok k ida n abg ali...tapi apa kan daya..
ReplyDeletebiarlah dia menjadi satu2 nya memori indah di ingatan..
ReplyDelete