Sesungguhnya..bila tonton episod cerita ni..teringat pada 'dia'..
Dahulunya...dia seorang pelindung..setiap kali ada masalah, dialah tempat mengadu. Dia akan muncul memberi cahaya..dimana saja saat aku terhenti tersadung langkah. Dia sangat penyayang..setiap bait kata2 yg penuh kasih sayang, setiap perbuatannya menunjukkan kasih sayang. Dia tidak pernah mengalah..setiap tindak tanduknya berasaskan akal dan perasaan yang belas dan jelas. Dia sentiasa kemas dan bersedia..berani. Setiap apa tingkahnya, berasaskan akal yang waras dan kesempurnaan seorang lelaki untuk aku. Menanti jawapan aku tanpa jemu..mendengar keluhan aku dengan sabar..melayan kerenahku dengan matang..itu lah dia..
Kini jasadnya seakan hilang.. Yang tinggal cuma bayang-bayang. Sentiasa ada di belakangku mungkin tanpa sedar. Apa keadaannya..bagaimana kehidupannya..hilang tapi ada. Ada dihati tapi tidak dimata. Ada dijiwa mungkin semakin melupa.. Kerana aku masih mahu hidup.. Berjalan merentasi masa..walau tanpa rasa cinta nyata. Mata berkaca usah kau teka mengapa..kerana aku juga punya jiwa. Ingin bercinta dan dicinta dia.
Apa yang aku tahu..dia bukan dia yang dulu.. Dia yang..semakin menjauh dari aku. Dia yang cuba menghilang dari radar hatiku. Itu lah dia..
#Descendantsofthesun
#captainyusijin
#bigboss
#koreanlovedrama
No comments:
Post a Comment