Tersentap perasaan pagi Jumaat indah ini..bila Allah mencetuskan satu perasaan hiba di hati. Memori silam..mengharung kehidupan silih berganti ditayang depan mata..seolah2 satu filem berkisar dari satu babak ke satu babak rahsia hidupku.
Aku cuma insan biasa. Tangisan dan kesedihan adalah teman hidupku dari berzaman lalu..seolah2 satu takdir tersurat untuk ku. Tak perlu aku lari jauh..xperlu aku hindari..kerana tiap apa istimewa yg berlaku dalam hidupku akan disulami kepedihan dan keperitan. Membunuh perasaan sendiri yang tumbuh dalam diri adalah sangat perit. Menafikan kesedihan dan air mata adalah sangat menyiksakan.
Sudah terbiasa dengan kepedihan dan kesedihan, aku bagaikan patung bernyawa. Melangkah dengan tiada perasaan menjalani kehidupan seperti tiada apa berlaku.
Kamu menyaksikan kegembiraan..
Kamu menyaksikan senyuman..
Kamu menyaksikan kesempurnaan
Sedangkan aku menyimpan semuanya di dalam..
Membawa semuanya bersama aku seumur hidupku.
Aku tak akan menyerah.. Aku akan berusaha selagi terdaya..mencari kekuatan untuk terus bejalan menyusuri kehidupan mendatang. Aku akan tetap menjadi patung bernyawa yang sentiasa membahagiakan insan lain..percayalah aku mampu dengan izin Nya.
Blogwalking here .. Hi, moga you tabah mengharungi perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan ni. Sentiasa berfikiran +ve ye.. jaga diri =)
ReplyDeletethanks Aziey..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete