Friday, March 5, 2021

Bahagia Aku

Selama mana masa telah berlalu?
Selama mana tanpa apa-apa..
Jauh perhatian dan tanggungjawab?

Apa sudah lupa diri ini juga manusia?
Apakah kau lupa diri ini juga punya hati?
Apakah kau lupa diri ini juga punya impian?
Sudah pasti diri ini cuba cari kehidupan yg sempurna
Salah kah mahu mencipta bahagia ku sendiri?

Siapa kau untuk menghalang aku mencipta bahagia aku sendiri?

Friday, February 12, 2021

Rasa Itu

Tiap kita ada punya satu rasa
Yang kadang kita tak mampu ucapkan sebagaimana rasa itu
Apa yg kita tahu..kita dapat merasakan rasa itu

Rasa itu yang adakala menghimpit diri
Rasa itu yang pastinya tak mampu dimengerti
Rasa itu yang hadirnya entah dari mana
Rasa itu yang lamanya jadi sebati

Terima kasih utk merasakan rasa itu
Walau itu hanya membantu memberi senyuman
Senyuman yang pasti inginkan impian.
Entah apa bermain difikiran
Biarlah ia sebegini selama mana ianya sebegitu
Hanya aku yang tahu rasa itu

Saturday, February 6, 2021

Bahagia Aku

Selama mana masa telah berlalu?
Selama mana tanpa apa-apa?

Apakah kau sudah lupa atau hilang ingatan?
Apa kau sudah lupa aku juga manusia?
Apakah kau lupa aku juga ada hati?
Apakah kau lupa aku juga punya impian?

Sudah pasti aku cuba cari kehidupan yg sempurna
Salah kah mahu mencipta bahagia aku sendiri?

Siapa kau untuk menghalang aku mencipta bahagia aku sendiri?



Thursday, December 17, 2020

Miskin-Kaya

Sekali lagi kau silap
Aku bukan memandang harta
Aku tak pernah kaya
Dari dulu aku cuma orang biasa
Yang tak pernah kaya raya
Yang bangkit tiap pagi mohon doa
Moga dilancarkan semua urusan kerja
Bekerja setiap masa
Mencari rezeki untuk keperluan aku dan dia

Bukan kerana kekayaan
Yang bisa melahirkan bahagia
Yang bisa membuat hati gembira

Kau selalu lupa
Bahawa aku yg tak pernah meminta
Apa saja yang ada
Tiap kali aku terima seadanya
Tanpa mengharap apa 




Monday, November 9, 2020

Buta

Ya..aku buta. 
Aku buta kerana cinta.

Ya..kerana kita semua pernah buta 
Buta kerana cinta
Kita tak nampak mana silapnya
Kita hilang marahnya
Kita kurang warasnya
Kita kurang fikirnya
Kita cuma melihat bahagia
Kita cuma merasa senangnya

Sunday, August 30, 2020

24 OGOS 2020

Tanggal 24 Ogos hadir lagi untuk kesekian kali pada tahun 2020. Alhamdulillah aku masih lagi diberi nyawa oleh Dia untuk meneruskan sisa-sisa hidup, diberi kesihatan untuk mencari rezeki aku dan anak. 

Alhamdulillah. 
Diberi perasaan untuk merasa perihnya kembali berdiri sendiri walau goyah, diberi kesembuhan dari luka hati yg  parah, diberi rasa berdosa yang penuh dijiwa kerana gelodak jiwa amarah, biarlah aku pasrah.

Tak perlu mengingati tarikh hari lahir ku sebagaimana masa-masa lalu, kerana aku bukan lagi aku yg dulu..dan kerana aku bukan lagi dengan perasaan aku yang dulu. 

Tiap manusia mahu berubah. Aku juga mahu berubah namun aku juga punya salah. Cuma aku tak mampu lagi mengalah dan terus mengalah membiarkan keadaan memijak aku. 

Aku keluar dari situ atas kehandak aku. Moga Allah ampunkan dosa² ku, yg sentiasa lalai dalam tidurku, kealpaan dunia terus menerus disisiku, ampunkan aku. Aku hamba hina hanya mampuengadu pada Mu.

DEC 2012


Hari ini, aku menulis lagi..
Hari ini, aku bangkit lagi..
Dengan penuh pengharapan..
Dengan penuh kesabaran..

Melihat kegembiranmu..tanpa aku
Mendengarkan keceriaanmu..tanpa aku
Semoga semua keindahan itu milik mu..
Selamanya..itu doa ku.
  
   Tersuratnya...
   Senyuman terukir diwajahku
   Cuba lari dari kenyataan
   Mencuba untuk tidak merasa beban
   Mencuba untuk bangkit tanpa sakit
   Agar segalanya nampak sempurna
   Di mata yang menilai..

   Tersiratnya..
   Hati ini luluh..terkilan..
   Bilamana tidak tahu dimana aku..
   Kaku.. Kosong.. Sepi.. tanpamu..
   Hanya Dia yang tahu..
  
Terkadang aku tertanya..
Tertelankah semua kepahitan..
Mampukah sayang kita berpanjangan..
Inikah harapan yang dicari..
Inikah bahagia aku?


DEC 2012-SUESEPHIA

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...