Wednesday, October 19, 2016

Takdir..Redha

Assalamualaikum.. Adakalanya kita pernah merasa takut dalam menerima takdir Allah. Takut menghadapi hari mendatang..adakah aku sakit atau sihat? Adakah aku akan menyusahkan insan-insan kesayangan disekelilingku..? Adakah aku merasa bahagia atau derita menghambatku sentiasa..? Apakah itu..apakah ini..banyak bersarang dalam fikiran..

  Jika berbalik kepada redha dengan takdir..menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka dan pemberian dari Dia pasti disusuli dengan sebab yang telah tersedia..maka terima lah...terima lah segala ketentuanNya. Kalau pahit, telanlah..jika manis, hiruplah. Asalkan adanya rasa redha dan terima, berterima kasih dengan pemberianNya..mohonlah Allah peluk kita dengan kasih sayang Nya yang amat besar. Amin..

Saya Suri Hati Siapa?





Adodododoooooiiiiii...
Selepas drama korea Decsendant Of The Sun lakonan Song Jong Ki (Captain Yoo Si Jin) dan Song Hye Ko (Dr.Kang) berjaya mencuit hati dengan kisah-kisah cinta seorang askar dan doktor, akhirnya terjebak pulak dengan Suri Hati Mr.Pilot..haha..pleaseeeee lah. 

Lakonan Neelofa dan Fattah Amin yang bersahaja..nampak natural..nampak sweet sangatnya.. Keep it up Warda dan Ejas, love both of you !

Wednesday, August 24, 2016

24 Ogos 2016

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum..

Ya Allah,
Terima kasih di atas segala kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada aku, untuk aku rasai kemanisannya. Terima kasih juga di atas kedukaan dan kelukaan yang Kau hadiahkan kepadaku, agar aku dapat merasakan jauh atau dekat aku dengan Mu. 

Hari ini, usia meningkat lagi setahun..adakah aku mampu menjadi hamba Mu yang baik? Aku yang selalu leka dan lalai dengan kisah dunia, tentang perasaan cinta, kasih sayang sesama manusia..hingga terkadang aku lupa kasih sayang aku pada Mu..ampunkan aku Ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang tak pernah merasa cukup dengan pemberian Mu, sentiasa mahukan lebih dari Mu..sedangkan aku tidak pernah melebihkan Mu..ampunkan aku Ya Allah..  

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunkan lah segala kesilapanku, aku tahu tak terhitung dosaku sepanjang hidupku Ya Allah.. walau dalam sedar mahupun tidak. Maafkanlah aku hamba yang hina yang selalu berdosa. Peliharalah aku dalam pelukan dan kasih sayangmu Ya Allah, jauhkan lah aku dari bala bencana dunia dan azab api nerakaMu Ya Allah. Tiupkanlah semangat dan tegurlah aku bilamana aku tersasar dari jalanMu... bimbinglah aku ke jalan syurgaMu biar aku sentiasa dekat denganMu. Janganlah lalaikan aku dengan hal keduniaan semata-mata, cuitlah aku andai aku terlena. KepadaMu aku berserah, amin..amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, August 19, 2016

Bila Pernah Ada cinta

Setiap dari kita punya rahsia hidup kita tersendiri dan sudah tentu segala rahsia kita semua berbeza. Perasaaan kita juga berbeza-beza dalam kbita menghadapi apa saja situasi mendatang. Melihat sesuatu perkara atau kejadian, pastinya mengingatkan kita akan kisah hidup kita sendiri.

Harini ini, aku melihat seorang kekasih yang akhirnya bertemu kembali kekasih lamanya. Dia yang telah mempunyai isteri dan anak-anak, secara kebetulan menemui  bekas kekasihnya yang juga telah berkeluarga. Susah untuk diungkap perasaan apa yang bersarang di kepala mereka berdua. 

Mungkin ada cerita yang masih tergantung, mungkin ada rindu yang pernah terbiar, mungkin ada sayang yang pernah wujud di hati-hati mereka atau..mungkinkah segalanya telah berubah hingga telah menutupi segala cerita mereka dulu? Tidak siapa pun yang tahu kecuali hati-hati itu sendiri. Bukan tidak memberi sepenuhnya cinta dan sayang kepada insan yang telah mereka kahwini, tetapi mungkin ada memori lama yang masih belum dipadamkan dari minda yang dicipta Nya selagi kita bernyawa. 

Walau apa pun, teruskanlah kehidupanmu sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang suami dengan penuh tanggungjawab terhadap pasanganmu masing-masing. Mungkin dialah jodoh yang telah ditakdirkan, jalanilah kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Semoga bahagiamu hingga ke syurga bersama, amin.


Monday, July 25, 2016

Coretan Rindu

Kerinduan itu
Memaksa aku menjadi..
buta mata..buta hati..
buta mata melihat
buta hati merasa
Tersedar di alam nyata
Hanya mimpi dalam hiba
Yang ditunggu tak tiba
Hingga mata ini berkelip lagi
dengan izin Ilahi. Suesephia 27/7/16; 3.45pm

Tuesday, July 19, 2016

Panggilan Pulau

Assalamualaikum..
Nak dijadikan cerita, last week Pakngah balik kampung bersama isterinya. Dah lama pakngah tak sempat balik..last sekali masa aruah mak takda haritu..means dalam 2tahun lepas.

>Maka..petang Jumaat tu kami plan nak p Aeon KB. Ngong ngeng..ting tong..dalam pukul 8.30mlm baru boleh bersiap semua orang. So..xbanyak tempat boleh round..cuma masuk H&M dan Polo ja. Depa belanja sakan..kami dua beranak window shopping dulu. Takda benda yg really catch my eyes..gitteww. Disebabkan masa xmengizinkan..kami plan mai lagi esoknya Sabtu and we make it happen hahaa. Memang mai sungguh lepas kerja..join pakngah and da geng. Alhamdulillah..kakak berjaya pau mamy 2 tshirt Padini..murah ja RM29..sib baik nakkk..haha.

So..ahad tu flight pakngah pukul 6.25pagi..maksudnya depa nak kena ada di airport dalam 5.25pg gitu lah sebab nak solat Subuh kat sana lagi. Maka, jam 4.35 pg tu kami dah keluar rumah okeh. Me..driver as usual keh keh. Sampai airport 5.20pg gitu..angkat barang..then bye peluk cium..

Dari cerita di atas, semestinya korang tau diri ini sngat penat. Pergi enjoy sana sini bagai..dan lepas kakak p sekolah pukul 7.10pg tu..saya nekad untuk pitam dengan syoknya bertemankan tilam empuk..bantal banyak2 atas katil..wooii gila best! Memang sangat lena..tiba2 tersedar tengok jam 8.30pg..ooh masih awal..baru 1jam tidur..golek2 sambung lagi.

Tetiba..dengar suara org panggil 'Mamy'..celik mata pandang tingkap..dlm sedar tak sedar dengar lagi sekali 'Mamy'..mcm suara adindaku memanggil. Tengok jam pukul 10.30pg..wahhh memang tidur lama sangat! Campur terkujat dengar suara dan terkujat tengok jam dah 10.30pg..automatik mata terbuntang unyuk mulakan hari baru. Tapii..siapa yang kejut saya masih menjadi misteriii :)

Thursday, July 14, 2016

Ayah - Ae Man

Permintaan dari anak-anak RAYSA, katanya nak share lagu ni ---> AYAH dari Ae Man
Latar belakang kita semuanya berbeza..mungkin lirik lagu ini sedikit sebanyak menyentuh hati salah seorang dari mereka, kita pun tak tahu kan. Apa pun yang terjadi, mereka sangat positif meneruskan kehidupan dengan panduan dan landasan agama yang diterapkan kukuh di dalam diri masing-masing. Doakan mereka agar menemui jalan yang lurus dan semoga Allah permudahkan jalan hidup mereka sehingga berkerjaya, berumahtangga dan meneruskan kehidupan dengan bahagia ke akhir hayat nereka..amin. Meh kita layannn lagu Ayah ni...






Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...