Monday, June 27, 2016

Hati Mati

bila hati mati
segala rasa turut pergi
segala rindu terbang tinggi
segala cinta tiada lagi

jangan pernah salahkan aku
bila kedegilan aku terlalu
kerana kau mengajar aku
hingga diri celaru keliru

bila hati mati
tiada tangis lagi
yang ada cuma mimpi.


...
27/6/2016;12:28tgh

Tuesday, June 21, 2016

Tart Nenas..Tart Blueberry

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua sahabat maya. Eh ada ke yang mengikuti blog sue haha..perasan ja.

Takpalah..yang penting harini nak cerita..cerita penat yang memang penat. Rasanya kalau dulu, setakat buat biskut raya sikit-sikit macam ni takda masalah. Tapi kalini lain macam penatnya. Pinggang sakit..betis sakit..

Rasanya ni kes meneran kulit tart ni.. Addoiii..memang sangat terasa. Mungkinkah kerana faktor usia? ? Woohoo...makin meningkat usia..makin menjadi-jadi penat hehe.

Yang penting..tart-tart memang mabeles dari segi rupa alhamdulillah. Rasa..bukak puasa karang kita try. Jom skodeng rupa tart..

Kepada rakan..sahabat yang nakbbuat tart lepas ni..selamat mengetart ya hehe :)

Friday, June 3, 2016

Pulut Durian

Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah..

Ni nak bgtau..pulut tu kalau nak tanak, boh je dalam rice cooker. Air kena 1 ruas jari atas beras pulut ya..elok ja pulut masak..cantik. .tak lembik..tak pula kurang masak. Kalau masak atas dapur..kerak banyak benau.. Kalau kukus takda problem..memang mabeles.. Jom makan..tak leh tenung lama-lama..bismillahirrahmanirrahim..

Tuesday, May 10, 2016

Monolog Cinta Kuantan

Assalamualaikum..
Seronoknya bila dapat berkumpul bersama rakan sahabat especially dari fasa II tu pun sebab konvoi sebab kami ada kursus di Vistana Hotel, Kuantan. Kali ni 4 buah kereta..kereta adi, saufik dan abg am..kereta pok shad,nusi, mael, mahani dan dilla..kereta mus, din, kirin dan jai..lastly my dear 'bigboss'..me, cla, fauzan dan husnu.

Seronoknya berkonvoi bersama sebab sikap dan rasa tanggungjawab yang tebal dalam diri kami semua. Kalau satu kereta tercicir, yang lain tunggu..kalau ada kereta yg bermasalah, yang lain turut membantu tanpa buat muka..itu yg paling best setakat ni. Sebab my 'bigboss' pun pernah kantoi battery kong tahun lepas masa nak balik dari Kuantan..haha drag masa 3jam kat sana sebelum konvoi gerak..minta maaf ya kawan2...tq memahami dan membantu! Yeah..great team with a great members!

Masuk Hiway

Bukan nak berluma-lumba di hiway tapi memikirkan perjalanan masih jauh, masing2 memecut dengan jayanya. Harap xda dapat surat layang dari abang polis nanti..insya Allah. Eerr..tapi lebih 110km selalunya..pejam mata! Kirin snap me in action ekeke..

Alhamdulillah..kami sampai awal..11.30pagi. Lunch sekejap dan terus masuk kursus di Vistana Hoyel Kuantan. Pandangan dari Vistana Hotel Kuantan Room 635.

Learning time..hangkut sebanyak mana ilmu sehabis boleh. Fokus!

Swimming pool yang memang lawa dan menggoda ngehee..tapi xdapat nak buat apa. Tengok je lah..sambil telan air liur haha..

Ada diajar sesi fotografi asas menggunakan HP..jadi manfaatkan. Shoot selagi mampu haha..





Insya Allah..akan ada Monolog Cinta Kuantan II. Harini dapat off sehari..rest sekejap. Pastu kena kemas rumah yang macam kapal karam. Semoga dipermudahkan..amiin

Monday, May 2, 2016

Kenangan & Pengalaman

Assalamualaikum..

Bercadang drive ke KL melawat nenek saudara yang confirm kanser..tengah melalui kimo..subhanallah. Semoga nyai terus kuat dan tabah menempuhi nya dengan sabar. Kami hanya mampu memandang..tidak merasa keperitan dan segala kepayahan. Semoga Allah permudahkan urusan nyai.

Bertolak dari Kelantan jam 8.30pagi..mulai masuk ke Karak dalam 3ptg..alhamdulillah. Perjalanan sangat smooth..xsempat berhenti makan. Masing2 excited kot haha.. Sampai je makan kat rumah uda..alhamdulillah.

Esoknya..melawat nyai di Klang.

Pernah ada cerita disini. Pernah ada suka duka disini. Segalanya disimpan menjadi kenangan dan pengalaman. Biarlah rahsia..satu masa tetap akan terbuka.

Tuesday, April 26, 2016

Taktau Nak Masak Apa

Assalamualaikum..

Wallahhhh..kalau pagi2 dah terus blur ni memang dasyat..sampai xtau nak masak apa untuk lunch harini. Sebab sue selalu masak pagi2 siap2 semua sebelum pergi kerja..huwaaaa tensi mak.

Breakfast dah siap buat mee goreng basah sotong..slurppp. Tengahari jadi xleh fikir..addehhh tulonnnnnn!

Idea..idea..please come to mommy..please..!

Monday, April 25, 2016

Mencabar Diri

Assalamualaikum.. Harini 24/4/2016 ada BizFest 2016 di Grand River View Hotel. Kadang2 perlu juga join program macam ni untuk beri pendedahan dan anjakan dalam pemikiran kita towards own business.

Dengan tips2 yang sangat menarik dari Puan Nurul Huda dari Tyra Wholesales, Ms Samantha dari Lazada, Hairudin Omar dari AdeqSue dan yg paling vouge Dato Seri Vida dengan QuPutehnya..sangat melonjak2kan jiwa raga untuk terus meneruskan perniagaan sendiri dan berusaha selagi terdaya.

Panduan..cerita jatuh bangun dalam perniagaan..dan tips2 dari mereka yg tlh berjaya tu menyuntik semangat baru dalam diri supaya sentiasa bersedia dan bersemangat. Jangan tunggu orang lain..kita mulakan dulu. Set dalam kepala our BIG WHY? Kenapa kita perlu buat semua tu? Untuk siapa? Kenapa? Then buat perancangan..apa yg kita akan buat secara sistematik dan praktikal. Lagi satu...hubungan dengan Allah kena jaga. Jangan biarkan kolam jiwa kita kosong atau penuh dengan something negatif. Begitu juga hubungan dengan kedua ibu bapa.

Semoga apa panduan dan perkongsian dari mereka semua dapat aku fahami..dan diaplikasikan dalam urusan seharian..insya Allah. Semoga ruang2 kosong dan lohong juga dapat di isi bagi dapat hasil yang memuaskan..insya Allah.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...