Tuesday, June 30, 2015

Kotak Kasih Sayang

What a lovely day harini..cuaca sangat mendung..xpanas. Sesuai sangat dibulan Ramadhan ni..alhamdulillah rahmat Allah beri..

Hmm..pagi tadi sempat kejar kurierkan sekotak cornflakes cookies rangkup krup krap kepada sepupu di kl bersama2 ngan serunding daging 500g..plus kotak tu semua sekali 1.5kg..chargenya RM14.40..boleh la hehe.. Semoga ianya menjadi kotak kasih sayang..pengikat kami semua sekeluarga. Walau jauh dimata..dekat dalam hati semua.


sedikit kudap2 ;)

Saturday, June 27, 2015

Donut Mendonat

Assalamualaikum.. Ramadhan 11 kita harini..alhamdulillah. Tengok tajuk pun tau kan..harini anak request donut. Sue xtau kenapa..kek jarang pulak tak jadi. Tapi donut..selalu je xjadi, agaknya kurang menguli kot.. Jadi, harini menguli selagi terdaya. Memandangkan semua barang dalam resepi yang google tu ada..kita mendonut jom. Sue guna resepi bawah ni..jom share.

Resepi ni jadi uoolsss..alhamdulillah. Turn out elok je..lembut. So..boleh simpan reaepi ni utk rujukan kemudian hari.

Sunday, June 21, 2015

Abang Lebat Kembali

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menghilangkan diri entah ke mana..akhirnya Abang Lebat pulang ke rumah. Memang kaki kotor2 dan basah..mesti berjalan dalam sawah,dibasahi embun2 di daun rumput menghijau eeeewah haha.

Dulu..dialah abang kawasan rumah ni. Tapi sejak dia xda..si jantan Kuning entah dr mana datangnya melebarkan kuasa. Habis anak dara dan mak dara terkincit2 lari ketakutan. Miss universe si Vieve memang xberani dok luar la..asyik lari masuk je.

Perkenalkan Abang Lebat..tengah makan..lapar..baru balik merantau. Mamy pun..xnyempat nak alih selipar jopun tu ha depan muka Abang Lebat hihi

Miss Universe Vieve..tayang body. Nak ngurat Abang Lebat la tewww..
Semoga anak2 mamy cukup makan..cukup kasih sayang semuanya. Doakan mamy nanti..

Friday, June 19, 2015

Terkenang

Assalamualaikum.. Dah lama cuba install Blogger tapi tak dapat. Dah siap download katanya 'package not valid' ...bengkek je rasa. Cuba BlogIt..wow alhamdulillah..suka. Insya Allah boleh berblog semula..senang access.

Alhamdulillah harini 2 Ramadhan..selesai puasa sehari..masuk hari kedua. Pening melayan si anak puasa..pukul 6petang siap menangis sakit perut lapar. Haaish..ikut naluri ibu nak suruh buka puasa je tapi mengenangkan sejam je lagi..sayang. Macam2 buat nak cover hehe...finally sempurna puasanya sehari.

Semoga Allah memberi keberkatan dan kesihatan utk kita semua menunaikan ibadah puasa tahun ni. Teringat waktu balik dari program di Gold Coast Sepang, demam memang tahap sangat teruk. Selalu doa moga tak terkena balik demam sampai tahap macam tu huhu rasa teruk sangat sampai adinda2 semua pun naik risau. Belanja gambar Gold Coast Sepang setepek :)

Wednesday, February 18, 2015

Rapuh

Hari ini..
Sangkakan ku temu wajah itu
Raut kesayangan hamba

Berbunga rasa hati
Sinar wajah berseri
Mengharap penuh pasti
Tapi tidak ku temu
Raut kesayangan hamba

Rapuh hati ini
Musnah harapan hati
Mata berkaca lagi
Seolah tiada mampu sembunyi
Titisan kepedihan hati

Sembunyi kepedihan
Mengorak senyum
Kembali ke dunia nyataku
Melangkah dan terus melangkah aku
Tanpa mu...


~Suesephia
18 Febuari 2015

Wednesday, September 17, 2014

Hilangnya Doa Seorang Ibu

Karya-karya tulisan sendiri di blog ini terhenti kerana sebuah cerita. Cerita yang selama ini sangat menyakitkan dan mencengkam hati. Aku tak mampu menulis kerana semuanya terhenti oleh cerita ini...

Mampukah aku mencoretkan kisah ini disini? 
Berapa kali lah aku perlu berhenti untuk menyapu air di mata ku yang mengalir laju?
Berapa kali..aku meningkatkan kesabaran dalam diri..
Aku cuba..supaya aku mampu menulis kembali..
Aku cuba...~

5hb April 2014
Petang tu dah janji dengan mak nak teman hantar adik ke asrama di Pasir Mas. Ok..dalam pukul 5petang kami keluar. Tapi kesihatan mak memang kurang memuaskan dalam 2-3hari ni sebab mak macam lelah/ asma. Pernafasan mak tak teratur dan mak selalu penat, asyik nak tidur. Sambil duduk pun mak mengantuk, kadang-kadang pelik dengan mak. Cuma..memang kami semua sedia maklum yang mak ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang..tapi belum tahap cuci atau kena buat hemodialisis.

Dua kali kak tanya mak betul ke nak ikut hantar adik ni sebab mak nampak penat. Tapi mak kata memang mak nak pergi. Oklah kak ikut kata mak..kami gerak hantar adik bertiga..kak, mak dan kakak. Dah siap hantar adik di asrama, on the way balik kakak nak makan KFC so terpaksa singgah di Tumpat pulak. Kak tanya mak lagi, mak boleh ke duduk dengan anak ni dalam kereta sebab kak nak beli KFC?. Mak kata..mak ok je. Dengar suara nafas mak memang macam orang lelah/asma. Dah siap semua, kami balik. Ingat lagi mak terpaksa berehat, duduk di kerusi depan tu dulu lama sangat sebelum masuk rumah sebab semput..kami semua tunggu mak sampai azan Maghrib. 

Dah siap sembahyang Maghrib.,lelah mak kurang sikit. Kak ajak mak makan KFC yang beli tadi tapi mak cuma cuit nugget sikit je, katanya tak lalu. Mak minta buatkan kopi habatus sauda yang dia selalu minum..ok kak buatkan letak tepi komputer. Mak memang suka dengan komputer sejak dia dah pencen ni..ada FB sendiri..suka games ringan-ringan kat dalam FB tu. Mak selalu chat dengan sanak saudara dan dengan kawan2 kerja dia dulu. Yang bestnya..dengan kawan-kawan kak dan abang pun..ada jugak yang jadi friend mak. Maksudnya..semua orang sayang mak.. Kadang-kadang berebut komputer dengan cucu..ok kak belikan netbook untuk cucu supaya mak dapat guna komputer..

Pernafasan mak dah mula tak teratur balik, sampai ada bunyi-bunyi macam orang kena asma tu. Kak ajak mak pergi hospital, abah pun sama. Kak dah ambik baju mak dalam almari..so nak tukarkan baju mak tapi mak tak nak. Mak kata..ntah apa lah yang orang buat kat mak nanti, mak nak mati kat rumah. Kak sebenarnya tak kisah, kalau mak nak pergi..kak memang bawakkan tapi mak berkeras tak nak. Mak asyik nak ke tandas je, nak terkencing katanya. Masa ni kak ikut je belakang mak..follow setiap masa..sampai ke dalam bilik air..sampai mak siap. Nafas mak makin bunyi kuat..iya lah sebab mak dah penat sebab dah 2 kali ulang alik ke tandas..kak ikut je. 

Kali ketiga mak ke tandas..kak suruh mak rehat dulu..duduk kat mangkuk tandas tu..sebab tak sanggup dengar nafas mak bunyi macam tu. Ok..mak dengar kata kak..mak duduk sekejap tapi tak lama. Mak makin lemah..macam nak tumbang. kak cepat2 tangkap kepala mak..pegang badan dan jerit panggil abah kuat-kuat sebab kak tahu kak tak mampu nak pegang badan mak. Kak takut mak jatuh..lagi banyak masalah nanti. 

Abah berlari datang jengok kami di tandas. Kak dan abah bertungkus lumus angkat mak ke tepi dan duduk kan mak..basuh muka mak. Mak pernah jadi macam ni dulu..tak sedar sebab mak hypo..kandungan gula mak cuma 2.0 saja. Kak dengan abah jugak yang angkat mak ke kereta, bawak ke hospital dulu. Masa tu kami langsung tak tahu kenapa mak jadi macam tu..lepas kejadian tu kak sentiasa waspada. Maknanya kalau mak tak keruan atau tak sedar macam tu..maknanya mak hypo. 

Kak lari cari toto kat luar bilik dan bentang, datang tolong abah angkat mak langsung terus atas tilam. Abah jaga mak, kak lari keluar ambil alat untuk test gula mak..kak terkejut tengok bacaan gula mak 21..maknanya bukan sebab hypo..jadi macamana? kak bingung..abah tak terkata sambil pegang mak..mungkin abah pun bingung. Tiba-tiba kak ternampak ada sedikit kesan darah di tepi bibir mak..Eh, abah kenapa tu mak tergigit lidah?.. Kak lari lagi keluar terus ke dapur ambil sudu plastik & sudu besi untuk elakkan mak tergigit lidah atau luka nanti. Suasana jadi tegang..hanya ada kak..abah dan mak. Kak lari masuk ke bilik lagi sekali..abah kata abah dah tolak lidah tu..tak mungkin tergigit lagi. Kenapa tak dengar dah suara mak bernafas? kak tanya abah lagi. Abah terdiam..abah letak jari dia di nadi mak..pergelangan tangan..leher. Abah diam.. Kak lagi bingung..

Akhirnya abah bersuara..abah rasa mak dah tak da. Lillahi ta'ala..tiada setitik pun air mata yang keluar dari mata ini sebab kak masih bingung..betul ke..macam nak marah abah..takkan lah terlalu cepat semua ni berlaku..takkan lah sekarang..kenapa itu..kenapa ini? banyak benda dalam kepala kak..berputar! Abah kata lagi..sabarlah, nak buat macamana..sabar. Kak diam..

Detik itu..
Aku kehilangan seorang ibu..
Mak yang selalu ada untuk aku..
Mak yang selalu jadi tempat bergurau..
Mak yang selalu ada untuk mengadu..
Mak yang selalu ada untuk kongsi cerita suka duka..

Nyatanya..
Aku hilang seorang teman suka duka..
Aku hilang seorang ibu..
Aku hilang doa seorang ibu...






Saturday, September 13, 2014

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sangat tak menjengah ke mari..
Bukan lupa..
Bukan tiada berita ceria..derita..
Tapi hati payah bercerita..
Hanya kerana kehilangan..
Satu anugerah milik Allah..
Yang telah dipinjamkan sekian lama..

Ku cuba gagahkan diri
Untuk kembali menulis..
Kembali ke sini..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...