Wednesday, September 17, 2014

Hilangnya Doa Seorang Ibu

Karya-karya tulisan sendiri di blog ini terhenti kerana sebuah cerita. Cerita yang selama ini sangat menyakitkan dan mencengkam hati. Aku tak mampu menulis kerana semuanya terhenti oleh cerita ini...

Mampukah aku mencoretkan kisah ini disini? 
Berapa kali lah aku perlu berhenti untuk menyapu air di mata ku yang mengalir laju?
Berapa kali..aku meningkatkan kesabaran dalam diri..
Aku cuba..supaya aku mampu menulis kembali..
Aku cuba...~

5hb April 2014
Petang tu dah janji dengan mak nak teman hantar adik ke asrama di Pasir Mas. Ok..dalam pukul 5petang kami keluar. Tapi kesihatan mak memang kurang memuaskan dalam 2-3hari ni sebab mak macam lelah/ asma. Pernafasan mak tak teratur dan mak selalu penat, asyik nak tidur. Sambil duduk pun mak mengantuk, kadang-kadang pelik dengan mak. Cuma..memang kami semua sedia maklum yang mak ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang..tapi belum tahap cuci atau kena buat hemodialisis.

Dua kali kak tanya mak betul ke nak ikut hantar adik ni sebab mak nampak penat. Tapi mak kata memang mak nak pergi. Oklah kak ikut kata mak..kami gerak hantar adik bertiga..kak, mak dan kakak. Dah siap hantar adik di asrama, on the way balik kakak nak makan KFC so terpaksa singgah di Tumpat pulak. Kak tanya mak lagi, mak boleh ke duduk dengan anak ni dalam kereta sebab kak nak beli KFC?. Mak kata..mak ok je. Dengar suara nafas mak memang macam orang lelah/asma. Dah siap semua, kami balik. Ingat lagi mak terpaksa berehat, duduk di kerusi depan tu dulu lama sangat sebelum masuk rumah sebab semput..kami semua tunggu mak sampai azan Maghrib. 

Dah siap sembahyang Maghrib.,lelah mak kurang sikit. Kak ajak mak makan KFC yang beli tadi tapi mak cuma cuit nugget sikit je, katanya tak lalu. Mak minta buatkan kopi habatus sauda yang dia selalu minum..ok kak buatkan letak tepi komputer. Mak memang suka dengan komputer sejak dia dah pencen ni..ada FB sendiri..suka games ringan-ringan kat dalam FB tu. Mak selalu chat dengan sanak saudara dan dengan kawan2 kerja dia dulu. Yang bestnya..dengan kawan-kawan kak dan abang pun..ada jugak yang jadi friend mak. Maksudnya..semua orang sayang mak.. Kadang-kadang berebut komputer dengan cucu..ok kak belikan netbook untuk cucu supaya mak dapat guna komputer..

Pernafasan mak dah mula tak teratur balik, sampai ada bunyi-bunyi macam orang kena asma tu. Kak ajak mak pergi hospital, abah pun sama. Kak dah ambik baju mak dalam almari..so nak tukarkan baju mak tapi mak tak nak. Mak kata..ntah apa lah yang orang buat kat mak nanti, mak nak mati kat rumah. Kak sebenarnya tak kisah, kalau mak nak pergi..kak memang bawakkan tapi mak berkeras tak nak. Mak asyik nak ke tandas je, nak terkencing katanya. Masa ni kak ikut je belakang mak..follow setiap masa..sampai ke dalam bilik air..sampai mak siap. Nafas mak makin bunyi kuat..iya lah sebab mak dah penat sebab dah 2 kali ulang alik ke tandas..kak ikut je. 

Kali ketiga mak ke tandas..kak suruh mak rehat dulu..duduk kat mangkuk tandas tu..sebab tak sanggup dengar nafas mak bunyi macam tu. Ok..mak dengar kata kak..mak duduk sekejap tapi tak lama. Mak makin lemah..macam nak tumbang. kak cepat2 tangkap kepala mak..pegang badan dan jerit panggil abah kuat-kuat sebab kak tahu kak tak mampu nak pegang badan mak. Kak takut mak jatuh..lagi banyak masalah nanti. 

Abah berlari datang jengok kami di tandas. Kak dan abah bertungkus lumus angkat mak ke tepi dan duduk kan mak..basuh muka mak. Mak pernah jadi macam ni dulu..tak sedar sebab mak hypo..kandungan gula mak cuma 2.0 saja. Kak dengan abah jugak yang angkat mak ke kereta, bawak ke hospital dulu. Masa tu kami langsung tak tahu kenapa mak jadi macam tu..lepas kejadian tu kak sentiasa waspada. Maknanya kalau mak tak keruan atau tak sedar macam tu..maknanya mak hypo. 

Kak lari cari toto kat luar bilik dan bentang, datang tolong abah angkat mak langsung terus atas tilam. Abah jaga mak, kak lari keluar ambil alat untuk test gula mak..kak terkejut tengok bacaan gula mak 21..maknanya bukan sebab hypo..jadi macamana? kak bingung..abah tak terkata sambil pegang mak..mungkin abah pun bingung. Tiba-tiba kak ternampak ada sedikit kesan darah di tepi bibir mak..Eh, abah kenapa tu mak tergigit lidah?.. Kak lari lagi keluar terus ke dapur ambil sudu plastik & sudu besi untuk elakkan mak tergigit lidah atau luka nanti. Suasana jadi tegang..hanya ada kak..abah dan mak. Kak lari masuk ke bilik lagi sekali..abah kata abah dah tolak lidah tu..tak mungkin tergigit lagi. Kenapa tak dengar dah suara mak bernafas? kak tanya abah lagi. Abah terdiam..abah letak jari dia di nadi mak..pergelangan tangan..leher. Abah diam.. Kak lagi bingung..

Akhirnya abah bersuara..abah rasa mak dah tak da. Lillahi ta'ala..tiada setitik pun air mata yang keluar dari mata ini sebab kak masih bingung..betul ke..macam nak marah abah..takkan lah terlalu cepat semua ni berlaku..takkan lah sekarang..kenapa itu..kenapa ini? banyak benda dalam kepala kak..berputar! Abah kata lagi..sabarlah, nak buat macamana..sabar. Kak diam..

Detik itu..
Aku kehilangan seorang ibu..
Mak yang selalu ada untuk aku..
Mak yang selalu jadi tempat bergurau..
Mak yang selalu ada untuk mengadu..
Mak yang selalu ada untuk kongsi cerita suka duka..

Nyatanya..
Aku hilang seorang teman suka duka..
Aku hilang seorang ibu..
Aku hilang doa seorang ibu...






Saturday, September 13, 2014

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sangat tak menjengah ke mari..
Bukan lupa..
Bukan tiada berita ceria..derita..
Tapi hati payah bercerita..
Hanya kerana kehilangan..
Satu anugerah milik Allah..
Yang telah dipinjamkan sekian lama..

Ku cuba gagahkan diri
Untuk kembali menulis..
Kembali ke sini..

Monday, February 10, 2014

Zahirnya Sempurna

Zahirnya nampak sempurna
Dasarnya penuh cela

Tak perlu mengungkap rasa
Tak perlu berkata apa
Tak perlu menyoal Yang Esa
Kerana itulah takdirnya

Katanya mengubat luka
Khabarnya berita gembira
Kasih sayang tiada berkira
Segalanya..hanya untuknya

Terkadang hati hiba
Sepanjang malam terluka
Kenapa usah ditanya
Kerana itu lah takdirnya
Zahir nampak sempurna
Dasarnya penuh cela

10/2/2014
Suesephia

Thursday, January 9, 2014

Tak Bisa

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak bisa menzahirkan rasa..
Tak bisa menguraikan kusut..
Tak bisa mengolah suasana..
Segalanya menjadi payah..tak bisa..

Mengeluh..tidak mengurangkan resah,
Marah..tidak menjadi cerah,
Kesekian kalinya..hati kembali gundah,
Dalam mengejar redha Allah.

27/1/2014
~suesephia~

Monday, December 9, 2013

Penting kah?

Salam maghrib sahabat..
Terasa ingin berbicara tentang kepentingan. Mungkin hari ini lebih merujuk kepada kepentingan terhadap seseorang..ataupun individu tertentu.

Percaya atau tidak..?
Selalunya bila kita berasa seseorang itu amat penting untuk kita, maka kita pasti mencuba memberikan keistimewaan..tidak kira dari segi apa sekalipun...

Percaya atau tidak..?
Kita pasti mempunyai ruang dan peluang untuk setiap sesuatu yang penting untuk kita. Walau kesempitan dan perlu mengorbankan masa kita..sama ada masa kerja..masa tidur..masa rehat..walhal wang ringgit..pastinya kita korbankan..kerana 'keistimewaan & kepentingan' yang kita labelkan untuk mereka.

Percaya atau tidak..?
Kadangkala kita menyebelahi mereka tanpa sempat berfikir untuk berpihak kepada yang lain..kerana mereka sangat penting kepada kita...

Percaya atau tidak..?
Kita akan tidak mampu memberikan sebarang alasan atau 'tidak' untuk setiap permintaan mereka. Pastinya apa juga permintaan mereka akan menjadi keseronokan untuk kita.

Percaya atau tidak..?
Pastinya ada insan lain yang mungkin tidak berkongsi kegembiraan dengan apa yang kita korbankan..

Percaya atau tidak..?
Pastinya ada insan lain yang sebenarnya juga layak untuk diberi perhatian...

Percaya atau tidak..?
Ada juga insan lain yang meraih jawapan ya untuk setiap permintaan mereka..

Kerana mereka juga mempunyai kepentingan tertentu yang pastinya tidak dilihat jelas di mata..tapi mungkin jelas jika dilihat dari mata hati.

Dan pastinya..
Kerana mereka juga insan yang punya rasa...

Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah yang dilahirkan ke dunia..

Kerana mereka juga seperti kita..seorang manusia.

9/12/2013
7.25ptg
Suesephia

Tanggungjawab

Salam semua..
Baru2 ni mak..abah..su dan anak ke kl. Dah seminggu ke sana..seronok la! Abang dan adik bawa jalan sana sini..Putrajaya la..I ct lah..waa suka kakak.

Sabtu lepas..depa nak balik tak bagitau. Bergegas balij tengahari..masak. Ayam masak merah dengan sayur goreng pun jadi lah ;)

Sunday, December 8, 2013

Aku Bernama Ibu

Walau singkat sebuah pertemuan
Mungkin hadir atas dasar paksaan
Namun hati rela..tetap bersedia
Niat kerana Allah dalam memberi
Demi bahagia yang dicari

Wahai anak-anak ku
Mungkin realitinya tidak seperti sebuah cerita
Mungkin hadir ibu tanpa rela
Mungkin kasih tidak kamu terima
Mungkin sayang tidak kamu rasa..
Yang indah atau cela
Nilailah dari hati kecil kurniaan Nya

Maafkan ibu ini
Yang hanya menumpang kasih mu
Yang tiada punya segala harta dunia
Yang ada cuma kasih sayang serata

Relakan ibu ini
Melihat dirimu di sana
Mendengar cerita puncak jaya mu
Meniti kerinduan walau hanya sesingkat itu pertemuan kita.

Wahai anak-anak ku
Walau tak pernah di ingati diri ini
Walau tak pernah di sayangi diri ini
Walau tak pernah mendalami diri ini
Hakikatnya..aku bernama ibu.

Suesephia
8/12/2013
7.50ptg

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...