Saturday, March 31, 2012

Lalalala..seronok !

Alhamdulillahhh...

Teruja sangat rasanya bila dah dapat transferkan gambar2 dari HP ke lappy walllaaa hik hik..err terlebih sudahh. Bukan apa..rasa nak update blog tu membuak2..jiwa rasa geloraaaa (macam lagu Saloma tuu) ahaha..suka sungguh nih ! Banyak benda nak tulis..nak share..nak simpan dalam blog nih. Rasa gatal je jari jemari tu nak menaip..nak edit gambar ish macam2 lah.. Untuk permulaan nak cerita sikit pasal hari rajin tak menentu harini..

Bangun je tidur..my name change to English name..just call me Sue ! What menu shall i prepare for breakfast today for my family?..guess what..spaghetti taddaaaaaa...


Ahaksss..just because of the spaghetti..i did woke up early and prepare it for my little 'kakak'. She did enjoy it. Breakfast spaghetti punya pasal..terus speaking lintang pukang ahaha.. sekian !

Banyak lagi post menunggu untuk di publish ececehh...sila tungguuuu :)

Wednesday, January 4, 2012

New Year 1 Jan 2012

As salam..
Selamat tahun baru kepada semua..sory entry baru nak write up kat blog. Dah key in masuk hp awai2 tapi xsempat nak transfer masuk blog hihi..too bz with all the paper-works. Al report dah settle alhamdulillah..dah sent pun. Harini baru dapat update blog ehehe...

Mini Diary 1-1-2012
It's not that easy to control our feeling right..especially when we get angry. Rasanya macam pernah dengar angry & stress management. Means that these kind of feelings need to be manage wisely or else boleh mengakibatkan sesuatu yang lain.

Banyak dah yang kita baca di dada akhbar bila seseorang itu gagal mengawal emosi. There's thousand cases out there...sangat scary kan...

Sometimes bila teringat kita sebagai ibu ni bila marahkan anak..hmmm for sure anak akan start protes. Menangis kuat memang number one laaa..jerit2 of coz sangat bingitkan telinga.. baling2 barang lagi kalau ada benda yang tak kena..hmmm sangat la menguji kesabaran tauu...

My experience la..si kakak kalau dah start ada benda yang tak kena...semua benda kat atas tu dia akan buat dengan jayanya. Kekadang tu bila mamy pujuk elok2 xmo pulak dia dengar kann. Tapi bila mumy dah buat high pitching baru nak bergerak. Sesekali dapat jugak la pelepap kat betis tu..kalau jerit mumy cubit mulut sikit aissshhh...

Tapi kan...bila lepas kita ternampak kesan kita pukul anak.. contohnya ada kesan merah kannn.. automatik..MENYESAL. There's the only word to describe..walaupun tujuan nak mengajar anak bukannya mendera huhu....

Friday, December 23, 2011

Best Buddy

As salam..
Banyak sebenarnya nak diluahkan dan nak ditulis disini untuk tatapan dan memori. Sekurang2nya kita tahu apa yang terjadi pada kita pada sekian2 haribulan dan tahun apabila kita dah upload pic dan cerita kita disini. Blog dah merangkap diary harian..(cuma tak sempat nak ceritakan semua disini..). Gathering bersama kawan2 memang best kann... Semuanya berlaku dalam bulan December 2011..memang bulan bersahabat barangkali ehehe :)

Gathering dengan sahabat2 lama di Public Mutual..
Thanks to Arni.. Aina & Nurul (Tan & Nani tak dapat attend sama).. Menu kami Chicken Chop ehehe..menu menaikkan beraat badan. Tengok lah kami semua yg chummel2 kih kih..

Satu petang..terasa nak makan chim chum.. Gathering bersama rakan2 PJK. Tak semua yang hadir maklumlah semuanya jauh2 belaka. So, kami berkumpul setakat mana yang ada je lah. Anyway sangat happening & kenyang..al maklumlah buffet ehehe..belasah..

Oppss...terima kasih kepada encek Hubby kerana bagi kebenaran join this gathering & angkut anak sekali malam2 bute..lepas tu kami merayap ke Pasar Wakaf Che Yeh lagi. Addoiii...kakak paw mamy baju tidur Bobo Boy & Mamy pun beli tudung :)

Saturday, October 29, 2011

Sakit Rohani

Nak share tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salam shbt FB yg d kasihi. Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah:
1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yg tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan org n mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid
7. Berkwn dgn org2 +ve 8.
Sedekah kpd yg memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru org ke arah kebaikan
17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat. Wassalam

Monday, October 3, 2011

Penghujung Cinta 5

As salam...

Setiap manusia Allah bekalkan dengan akal & tubuh badan serta kekuatan tersendiri. Terpulang kepada manusia itu untuk melihat dan mencari dimana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut. Manusia juga mempunyai kelemahan, namun kita juga punya kelebihan dan kekuatan. Jika kita asyik fokus kepada kelemahan, maka kita akan lupa mencari kekuatan & keistimewaan sendiri.

Bahagia bukan pada harta benda dan apa yang kita ada. Bahagia itu adalah daripada hati dan cara kita melihatnya. Bahagia juga adalah pilihan kita... jika kita memilih untuk menjadi bahagia, kita kan bahagia walaupun kemewahan. Jika kita pilih untuk merasa tidak bahagia, kita akan berasa malang walaupun banyak nikmat disekeliling.

Jadi.. kita kena cuba cari kelebihan diri dan guna sebaik mungkin. Senyum dan sentiasa syukur nikmat Allah adalah kunci kebahagiaan.


Rasulullah berpesan bahawa ;
Hidup orang Islam bertuah dan bahagia apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur
dan apabila dia mendapat ujian, dia bersabar..

(Sumber : Majalah Wanita)

Saturday, September 24, 2011

High Temperature

As salam..

2-3 hari ni.. kadar stress yang amat malampau rasanya. Kepala asyik berdenyut.. badan rasa macam tak sihat, asyik nak mengeluh je, susah nak tumpukan perhatian pada sesuatu yang dibuat. Kalau ukur tekanan darah, sure naik melambung. Saja je buat tak tahu.. sebenarnya tak boleh macam tu, tapi buat jugak..aiiishhhh.



Datang kerja tapi tak buleh nak concentrate much n work. No planning have been done for the 1 Malaysia Training which will be held on this coming October 2011..October in really near..OMG!

Apa yang datang pulak ni?
Semoga segala keputusan yang dibuat ini adalah berlandaskan fikiran yang waras yang dianugerahkan oleh Allah. Kita hanya merancang dan terus merancang.. Allah menentukan segalanya.

Setiap apa keputusan kita, pasti ada yang berpandangan positif.. dan pasti ada jugak yang berpandangan negatif. Ini adalah kerana Allah mengurniakan kita otak untuk berfikir, dan sesudahnya setiap apa yang terlintas di fikiran kita adalah tidak sama dengan fikiran individu yang lain. Setiap individu akan berbeza pendapat dan pandangannya. Kalau kita menilai dari segi A.. mungkin orang lain menilai dari segi B, C atau D. Jadi, pandai-pandailah kita mencorakkan atau menyatukan atau pelbagaikan penilaian dan pendapat itu untuk mendpatkan sesuatu keputusan.

Bila jalan yang kita pilih itu tiba-tiba menuju ke jalan buntu.. sabar adalah penyudahnya. Jangan cepat melenting.. duduk & berfikir terus berfikir sama ada nak U-turn atau pun tungu keadaan kembali tenang dan kemudian baru membuat keputusan terakhir.

Entah lah.. nampak sangat kepala ku dalam keadaan yang tidak baik. Mungkin bukan terletak di paksinya yang betul pada hari ini. Mungkin sesuatu yang amat mengganggu hari ni.. atau apa saja lah..yang membuat kan kepala jadi sedikit 'senget'.

Namun Alhamdulillah.. aku masih bernyawa Ya Allah..
Berikankanlah aku kekuatan.. ketabahan & kesabaran :|

Saksikan pemandangan indah ciptaan Allah untuk clearkan & istirehatkan minda.









Friday, September 23, 2011

Rasa Itu Milik Aku

Kau tak mengerti..kau tak tahu aku..

Kesedihan aku.. keperitan aku..
Kepayahan aku....
Kekusutan fikiran aku.. keperluan aku..
Kesepian aku.. kesunyian aku...

Zahirnya iya tampak sempurna..
Isinya penuh lorong kesunyian..
Bertaburan dusta mengaburi mata..
Menutup segala kekurangan itu..
Agar tiada debu cela..

Mengertilah..kamu hanya memandang permukaan..
Tapi...
DASAR RASA ITU MILIK AKU ~





























































Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...