Friday, December 23, 2011

Best Buddy

As salam..
Banyak sebenarnya nak diluahkan dan nak ditulis disini untuk tatapan dan memori. Sekurang2nya kita tahu apa yang terjadi pada kita pada sekian2 haribulan dan tahun apabila kita dah upload pic dan cerita kita disini. Blog dah merangkap diary harian..(cuma tak sempat nak ceritakan semua disini..). Gathering bersama kawan2 memang best kann... Semuanya berlaku dalam bulan December 2011..memang bulan bersahabat barangkali ehehe :)

Gathering dengan sahabat2 lama di Public Mutual..
Thanks to Arni.. Aina & Nurul (Tan & Nani tak dapat attend sama).. Menu kami Chicken Chop ehehe..menu menaikkan beraat badan. Tengok lah kami semua yg chummel2 kih kih..

Satu petang..terasa nak makan chim chum.. Gathering bersama rakan2 PJK. Tak semua yang hadir maklumlah semuanya jauh2 belaka. So, kami berkumpul setakat mana yang ada je lah. Anyway sangat happening & kenyang..al maklumlah buffet ehehe..belasah..

Oppss...terima kasih kepada encek Hubby kerana bagi kebenaran join this gathering & angkut anak sekali malam2 bute..lepas tu kami merayap ke Pasar Wakaf Che Yeh lagi. Addoiii...kakak paw mamy baju tidur Bobo Boy & Mamy pun beli tudung :)

Saturday, October 29, 2011

Sakit Rohani

Nak share tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salam shbt FB yg d kasihi. Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah:
1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yg tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan org n mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid
7. Berkwn dgn org2 +ve 8.
Sedekah kpd yg memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru org ke arah kebaikan
17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat. Wassalam

Monday, October 3, 2011

Penghujung Cinta 5

As salam...

Setiap manusia Allah bekalkan dengan akal & tubuh badan serta kekuatan tersendiri. Terpulang kepada manusia itu untuk melihat dan mencari dimana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut. Manusia juga mempunyai kelemahan, namun kita juga punya kelebihan dan kekuatan. Jika kita asyik fokus kepada kelemahan, maka kita akan lupa mencari kekuatan & keistimewaan sendiri.

Bahagia bukan pada harta benda dan apa yang kita ada. Bahagia itu adalah daripada hati dan cara kita melihatnya. Bahagia juga adalah pilihan kita... jika kita memilih untuk menjadi bahagia, kita kan bahagia walaupun kemewahan. Jika kita pilih untuk merasa tidak bahagia, kita akan berasa malang walaupun banyak nikmat disekeliling.

Jadi.. kita kena cuba cari kelebihan diri dan guna sebaik mungkin. Senyum dan sentiasa syukur nikmat Allah adalah kunci kebahagiaan.


Rasulullah berpesan bahawa ;
Hidup orang Islam bertuah dan bahagia apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur
dan apabila dia mendapat ujian, dia bersabar..

(Sumber : Majalah Wanita)

Saturday, September 24, 2011

High Temperature

As salam..

2-3 hari ni.. kadar stress yang amat malampau rasanya. Kepala asyik berdenyut.. badan rasa macam tak sihat, asyik nak mengeluh je, susah nak tumpukan perhatian pada sesuatu yang dibuat. Kalau ukur tekanan darah, sure naik melambung. Saja je buat tak tahu.. sebenarnya tak boleh macam tu, tapi buat jugak..aiiishhhh.



Datang kerja tapi tak buleh nak concentrate much n work. No planning have been done for the 1 Malaysia Training which will be held on this coming October 2011..October in really near..OMG!

Apa yang datang pulak ni?
Semoga segala keputusan yang dibuat ini adalah berlandaskan fikiran yang waras yang dianugerahkan oleh Allah. Kita hanya merancang dan terus merancang.. Allah menentukan segalanya.

Setiap apa keputusan kita, pasti ada yang berpandangan positif.. dan pasti ada jugak yang berpandangan negatif. Ini adalah kerana Allah mengurniakan kita otak untuk berfikir, dan sesudahnya setiap apa yang terlintas di fikiran kita adalah tidak sama dengan fikiran individu yang lain. Setiap individu akan berbeza pendapat dan pandangannya. Kalau kita menilai dari segi A.. mungkin orang lain menilai dari segi B, C atau D. Jadi, pandai-pandailah kita mencorakkan atau menyatukan atau pelbagaikan penilaian dan pendapat itu untuk mendpatkan sesuatu keputusan.

Bila jalan yang kita pilih itu tiba-tiba menuju ke jalan buntu.. sabar adalah penyudahnya. Jangan cepat melenting.. duduk & berfikir terus berfikir sama ada nak U-turn atau pun tungu keadaan kembali tenang dan kemudian baru membuat keputusan terakhir.

Entah lah.. nampak sangat kepala ku dalam keadaan yang tidak baik. Mungkin bukan terletak di paksinya yang betul pada hari ini. Mungkin sesuatu yang amat mengganggu hari ni.. atau apa saja lah..yang membuat kan kepala jadi sedikit 'senget'.

Namun Alhamdulillah.. aku masih bernyawa Ya Allah..
Berikankanlah aku kekuatan.. ketabahan & kesabaran :|

Saksikan pemandangan indah ciptaan Allah untuk clearkan & istirehatkan minda.









Friday, September 23, 2011

Rasa Itu Milik Aku

Kau tak mengerti..kau tak tahu aku..

Kesedihan aku.. keperitan aku..
Kepayahan aku....
Kekusutan fikiran aku.. keperluan aku..
Kesepian aku.. kesunyian aku...

Zahirnya iya tampak sempurna..
Isinya penuh lorong kesunyian..
Bertaburan dusta mengaburi mata..
Menutup segala kekurangan itu..
Agar tiada debu cela..

Mengertilah..kamu hanya memandang permukaan..
Tapi...
DASAR RASA ITU MILIK AKU ~





























































Thursday, September 22, 2011

Hening Pagi Khamis 22Sept2011

As salam..
Mulakan hari dengan Bismillahirrahmanirrahim ~

Pagi yang cukup indah.. masih lagi berpuasa, belum cukup 6hari hahah.. Orang lain dah raya dah, sue masih tak cukup 6hari huhu..malu tapi takpa.. usaha itu tangga kejayaan.

Bangun sahur.. lepas Subuh landing balik tepi anak ahaha sampai pukul 7am. Hmm..dah bangun dah cik kakak.. kasi charge up mood dia pagi ni, ajak dia dok kat luar rumah tengok ayam, kucing.. burung bagai ahaha.. by 7.30am dah boleh mandi waa so good kakak this morning..no TV. Selalu dia bantai Hi-5 sampai pukul 8am baru dia nak mandi pergi school. Tau dak penama Hi-5 tu..haha tak tau klik kat sini Hi-5.

Sampai je kat ofice.. sapu sampah kat depan. Kelepuk kelepak bunyi..datang dari arah belakang. Nerves jap..eh pesal semua orang lari2 ni? Rupa-rupanya...

||
||

Anak-anak sekolah berlari-larian waaa... cepat dik cepat..hehe. Ada yang dah bukak T-shirt sekolah dah. Semuanya dari Sek Ren Jenis Keb (Yuk Tze) Tumpat.. wallaaaa :) Ada pulak yang tiba-tiba jerit 'cikguuuu' hehe, thats my anak murid wee wit ! Cikgunya pun lambai2 la..sempat snap 2 keping gambar amik hati bebudak :)

Semoga hari ini akan lebih indah ~

Wednesday, September 21, 2011

Santai Raya 2011

As salam..
Huiiiihh selagi tak habis bulan Syawal..selagi tu lah xabih2 cerita raya hihi. Kepada sapa2 yang dah muak baca entry raya buleh la klik mana2 entry lain haha.. eh tapi yang ni raya lain sikit & of coz dah janji mesti banyak pic hihi. Kita beraya di pantai walaupun tak mandi-mandi weeee :)

Berapa kali merancang..akhirnya berjaya juga mengumpulkan group kami dari serata Kelantan utk meet up for Santai Raya 16hb Sept 2011 di Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Terima kasih kepada semua yang hadir.. excellent gathering & I'm enjoying myself there !

Bermulanya disini..
Challet Terapung B01, Pantai Sri Tujoh, Tumpat.. ketenangan & kegembiraan harini :)



Diiringi menu utama ala Thai

~ Nasi Khomok~

~ Pulut Pauh ~
Errkk.. meleleh air liur masa tengah buat entry ni..sabar sue sabar..



Menu Raya
Lemang ~ Biskut Raya ~ Nasi himpit kuah kacang ~ agar-agar (eh menu raya ke ni..belasah kekeke) ~


Saksikan kekecohan kami menyediakan juadah dan melantak (yang paling penting ahaha :)


Sebelah petang kami meronda di Pengkalan Kubor (kawasan jual beli yang sangat dekat dengan Tak Bai, Thailand).. window shopping.. tak kurang jugak yang 'door shopping' ngeee :)

Balik dari sopping. Sesi petang bermula.. yeeha
Sebelum tu cik kiah nak beli 'lokan' ya.. bukan kepah, bukan remis, bukan lala..dan ianya adalah 'lokan' hehe.. Harganya kat sini adalah RM5 untuk 3kg..murah dak?? Kami belasah 6kg hehe. Ala.. berat tang kulit je tu..isinya kocik je hehe :)
Mokcik.. nak lokan sepuloh riya !

Sesi membakar lokan bermula

Sebelum ~ Selepas ~
Kalau dah mulut lokan tu terbuka maknanya dah masak..pastu mulut kita pulak bukak sebab nak makan lokan hahah :)

Lihatlah keseksian lokan.. amat mengancam perggh :)


Inilah 'Geng Lokan" hik hik ~


Untuk menggembirakan hati.. cenderamata disediakan untuk semua yang hadir !

Alhamdulillah... Lainkali, ada rezeki buleh anjurkan lagi program macam ni. Apalah sangat berhabis duit dalam RM20 untuk program sebegini berbanding dengan kenangan dan silaturrahim antara kita..ehh ye ke uoollss??


P/s : Sue dah kata kan..harini punya entry banyak pic muhaha :)
Terima kasih kepada encek FahmiYusof kerana memberi pinjam gambor2nya memandangkan beliau adalah selaku 'jurufoto' tak bertauliah pada hari tersobut ekeke :)

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...