Friday, August 19, 2011

Carrot Cake

As salam...
Semalam kan teringin sangat nak makan carrot cake.. tak tahu lah kenapa..tetapi sangat la teringin nyaaaaaaaa nak makan. Tuhan saja yang tahu.. nak sangat.. nak jugak..huaaa.


Balik kerja pukul 5petang tu.. dengan beraninya sue menggodek kek ni.. tak sabar betul nak makan. Nak sejukkan cepat-cepat pastu nak letak cheese cream. Masuk je dalam mulut adduhaiiiii. Tak kirala orang kata tak sedap ke hapa ke.. tapi sue tetap kata sedap ahah hak hak...

Buat Mu Di Aidilfitri

As salam..lama sangat dah sue tak update blog. Bukan sibuk sangat pun.. cuma isikan masa terluang untuk muhasabah diri sempena bulan baik Ramadhan ni :).

Banyak yang perlu difikirkan untuk meneruskan kehidupan.. untuk diri sendiri, anak mahupun keluarga. Insya Allah sue akan cuba membuat pilihan yang terbaik untuk kemudahan bersama.

Bila banyak benda yang nak difikirkan mula la otak mula penat. Untuk mengelakkan otak running terlalu cepat.. sue isikan masa dengan jahit manik kat baju anakanda tercinta weeeha. Walaupun jahitannya simple je dan senget2 tapi tetap sue siapkan untuk anak mamy sayang :)


Sunday, July 17, 2011

Minggu Busy

As salam..

Minggu ni sehinggalah ke awal Ramadhan tersangat lah busy nya.. Tuhan saja yang tahu. Apa taknya..baru dapat info kena follow training dari 20/7 sampailah ke 29/7 errr 9 hari tuuuu :(

Si baby dah pesan 'mamy jangan pergi lama macam ni tau (sambil tunjuk 10jari kat tangan dia)..mamy pergi macam ni je (tunjukkan 5 jari)". Alololo syiannya anak mamy ekeke... Dia tak tau lama gila mamy nak tinggalkan dia hua hua.. Bujang kembali 9 hari haha.

Kekadang training ni seronok.. kekadang tu adehhh. Kena pulak ngan fasilitatornya yang kadang2 buat kita mengantuk ala ala rasa macam nak pitam je. Menengokkan schedule quite pack tu perghh...layan je la.. sempat tak agak2 kalau nak jumpa boipren2 lama kat KL nuu kekeke.. opsss terlebih suda.. behave tourself hokkay :)


En Google punya gambar ya

Sementara ni nak siapkan semua dokumen dan maklumat2 yang depa nak masa training.. banyak la jugak. Encek HQ..buleh dak kalau nak apa2 info tu inform atau bagitau la awai2 nooo.. Bukan apa supaya maklumat yang diterima tu tepat dan padat (yang sebenarnya supaya kami semua takda la macam lipas kudung nak kesana sini tercari cari.. naik turun naik turun agensi kerajaan atau apa2 je bangunan dan yang sewaktu dengannya ekeke :)

Oklah sahabat... nak buat apa yang patut dulu. Bawak baby men kite atau nama tradisionalnya layang-layang ya.. weeeha :)

Saturday, July 9, 2011

Sayangilah Negara Kita

Assalamualaikum..

Ya Allah...apa lah nak jadi dengan anak bangsa kita ni? Sue ni bukan minat sangat dengan politik.. apa lagi nak mengikuti perkembangan politik yang suka bercakar sesama sendiri.. lepas tu kau kata aku.. aku pulak burukkan kau.. Lepas tu apa lagi? cetuskan kontroversi itu.. keluar pulak cerita ini.. kalau follow politik ni boleh naik darah tinggi.... aissshh.

Please lah.. para pemimpin masyarakat dan negara sekalian. Memimpinlah secara Islam.. pernah ada seorang ustaz berkata. Memimpinlah berpandukan "Tali Allah".. yang pastinya banyak amanat di dalam Al-Quran iaitu tali Allah untuk dijadikan panduan dan jalan yang terang untuk kita. Kenapa kita sesama Islam tidak bersatu untuk membina Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam?

Yang peliknya kenapa melayu sama melayu dan bersaudara sesama Islam yang bertelagah? Malunya dengan bangsa2 lain di sekitar kita.. Kenapa mereka hanya satu dan kita berpecah berpuak2?? err macam orang politik pulak.. takmo takmo.. sekadar nak meluahkan rasa hati saja.

Serius sue cakap kadang2 takut bile melihat macam-macam kisah yang amat dasyat yang berlaku di negara2 jiran kita.. betapa banyak kematian.. berapa ramai yang terbunuh.. kekejaman.. pembunuhan.. rakyat terbiar.. MasyaAllah...

"Ya allah..jauhilah kami semua dan seluruh Negara Malaysia dari kemusnahan dunia ini. Sesungguh kami sendiri takut akan kemusnahan Mu jua. Peliharalah kami..pelihara lah negara kami Ya Allah.."

Friday, July 8, 2011

Kenapa atok tinggal saya?

As salam...
Kisah yang sedih.. lagi sebak.. Baru dapat terima berita dari saudara belah family mak.. mak saudara yang di Penang meninggal..Innalillahi wainnailaihirajiun. Al-Fatihah untuk aruah. Wajah aruah mirip betul dengan wajah tok.. memang takleh lari. Bulan Febuari 2011 tak silap kami bercuti ke Tanjung Dawai, Kedai.. kami melawat dia. Alhamdulillah dia sihat.. cuma sue & mak memang menitik air mata masa tengok dia sebab teringatkan aruah tok (orang utara panggil nenek sebagai tok ya sahabat...harap maklum :)

Abah dan mak memang nak turun Penang esoknya tu..so sue kena take over semua tugas ambil bebudak balik sekolah untuk adik & si baby.. Pukul 1tgh keluar ambik baby dan kol 2.30ptg keluar jap ambik adik. Alhamdulillah depa dua ni dok sekolah dekat2 je ngan office hmmm.. Kami makan kedai jerrr ahaha..dasar pemalas tetttt :)

Balik malam je kat rumah baby dah jadi sedih. Agaknya atok ngan mak tok nya tak ada.. so just tinggal kami je bertiga..rumah jadi sunyi. Nangesss..

Dah mamy pujuk2 dan call atok..ce tengok muka dia yang terlalu sedih tu..alahai siannya ekeke. Mamy kalau bab gelakkan anak nombor satu. Atok & mak tok dia dah tak leh tido malam dah kat Penang. Plan nak g 3 hari Khamis sampai Sabtu kensel.. Jumaat terus balik kah kah. Tengok la cemana ni??

Malam2 mamy dengan baik hati bagi jugak ais krim yang buat sendiri kat rumah. Untuk makluman sahabat berlambak dalam peti ais ahaha.. bukan baby saja dok nyonyot eskrem tu.. atok, mak tok, mamy dan maksu pun sama je wink wink ;)


Wednesday, July 6, 2011

Relakan perpisahan demi cinta?

As salam..
Dalam merayau.. menapak dari satu blog ke satu blog.. membaca. Akhirnya sue terpanah arjuna di salah satu blog ustaz ni GENTA RASA - Kuatkan fikir tingkatkan zikir. Sesungguhnya kata-katanya dan nasihat serta pedomannya melembut kan hati dan membuka pintu hati untuk terus bercinta walaupun selalu kecewa!

gambar dari encek google


Petikan dari catatan ustaz;

'Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.'

Ustaz ada berkongsi 3 cara untuk mengenali manusia dan menentukan pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya iaitu :

1) Jadi orang baik
2) Ikut pilihan orang baik
3) Cintai Allah yang Maha Baik.

kalau nak tau sepenuhnya apa yang dikongsi oleh ustaz.. jom baca kat SINI >>

Kerana kata-kata itu ~

As salam..
Masuk office pagi je..perkara pertama yang dibuat adalah check email office (ayat selamatkan diri) ekeke. Tang menyapu sampah.. lap meja tu dah biasa tak perlu cakap. Yang kedua adalah check notification dalam FB kah kah.. yang tu tak boleh blah.. semua orang buat cam ni ke? ntah tapi sue buat.. :)

Bukannya addict tapi memang suka macam ni. Nak tengok apa update dari kawan2..dah semestinya yang add tu yang dikenali, saudara mara & sahabat handai. Pagi tadi terasa tercuit dengan salah satu mutiara kata dari salah seorang rakan FB. Kerana kata-kata itu, sue menulis ~


'Apabila kamu menyintai dan menyayangi seseorang...Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan...Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa...ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.....'

Komen Sue

'Kalau tak ada kesudahan..lebih baik kita berundur walaupun tanpa sebarang alasan. Kita juga akan meneruskan hidup seperti biasa & kita juga punya jiwa yang mati seperti dia.. '



Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...