Saturday, February 26, 2011

Hari Bersejarah

Assalamualaikum...
Dalam diam tak diam. Akhirnya tarikh keramat 11-02-11 mencatatkan sejarahnya tersendiri buat apabila Hari Terbuka PJK KgTerbok dapat berjalan dengan baik walaupun tidaklah sehebat yang aku inginkan. Hmm..cukup bersyukur pabila apa yang dirancang dapat dilaksanakan Alhamdulillah..

Memang banyak betul dugaan & rintangan perlu dihadapi. Dengan perasmi yang dijemput tak dapat hadir kerana menghadiri konvensyen di Tok Bali..arrhh semuanya memeningkan kepala otak yang dah memang sedia biol hehe. Pihak HQ pulak nak wakil daripada komuniti untuk memberi ucapan..tok penghulu pulak refuse nak berucap. Perghh..berpeluh dibuatnya hehe. Akhirnya..setelah dipujuk rayu..Penghulu akhirnya bersetuju untuk memberikan ucapan aluannya..Alhamdulillah rasa macam nak melompat kejap..hahah. Wakil dari pihak TM cukup sporting.. tak lokek berkongsi ilmu dan melayan kami semua samarata tak ada perbezaan status..terima kasih En Zauqi Mat Zin. Ustaz yang jemput untuk mengaminkan doa adalah Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat iaitu Ustaz Rosli Che Soh hadir seperti yang dijanjikan..terima kasih ya ustaz.

Tarian yang dirancangkan juga berjalan dengan baik..walaupun pentas yang sangat comel (2set pelamin menjadi taruhan..hak hak)..memang menakjubkan persiapan di saat-saat akhir ni. Tarian penari2 cilik ni lah yang ditunggu-tunggu..ada yang rakam video dan uploadkan ke You Tube (klik kalau nak tengok persembahan tarian ya... :)
Terima kasih EnAsrul dari Officegate.

Jom layan gambar Hari Terbuka PJK KgTerbok..

Dalam keriuhan tu..sempat juga lah kawan-kawan dari PJK lain turut serta memeriahkan majlis kami..terima kasih semua kawan2 ya. Habuan untuk kawan2 tetap ada..handtowel bersulam 'Ikhlas PJK KgTerbok' untuk kalian semua. Insyaallah..kami akan berkunjung ke Pusat Jalur Lebar Komuniti seterusnya pula nanti..

Tuesday, February 8, 2011

Argghhhhhh....

Salam..
Susah hatinya Sue ni..bukannya apa, this coming Friday is our Open Day for PJK. Got 2 more days to go. But banyak sangat benda-benda pending & masih under control. Terlalu banyak rasanya benda yang perlu difikir.. yang mana nak fikir.. yang mana nak kena buat lagi.. Huh..mengeluh sendiri.

Ishh..aku tak buat kerja ke?
Aku tak plan ke? rasa macam dah plan..
Adakah aku sendiri yang tak pandai mengurus masa?
Adakah aku tak tahu cara membuat satu-satu urusan tu dengan baik?
Aku lambat follow up ke?
Siapa yang akan merasmikan nanti?
Macamana dengan persembahan budak2 nanti?
Macamana dengan pembahagian hadiah?
Hadiah belum agih-agihkan lagi..satukan masuk dalam wooven bag pun belum..
Decide nak bagi hadiah mana pun belum???
Macamana dengan program? Banyak yang sangkut ni..nak kena 're do' balik..
Hari pasang khemah nanti nak kena sediakan makan2 belum fikir..

ARGGGHHHHHHH...
Which one come first??
adduh..sakit kepala ni mulalah EnMigrain nak singgah nanti..
perghh tu yg tak tahan tu..

Yang eloknya en migrain datang on da Friday itself..so aku takda kat majlis. That was a memorable moment..i guest.. keh keh (setan dah singgah).

Tuesday, January 25, 2011

Intel Learn Program..again

Salam..

Aiiissshhh...penat otak. Rasa penat sangat...otak banyak berfikir. Nak do something..kita kena keep thinking. Sometimes kena paksa otak berfikir bila kita deal dengan peserta-peserta yang pelbagai lapisan umur dalam komuniti. Insyaallah..cuba buat yang terbaik hendaknya. Then memang kena banyak sangat bagi idea untuk mereka.

100% commitment dicurahkan for ILP members..1st Group. InsyaAllah..March coming for the 2nd group. Will update later details ya..kol 2ptg masuk kelas lagik... adios..

Friday, January 14, 2011

TIADA CINTA

Salam sahabat..
Semalaman tak dapat tidur lena..asyik terjaga. Rupa2nya otak berfikir & bekerja secara kritikal.. Cuba merungkai misteri hidup.. Situasi & pengalaman bergabung lantas menghasilkan

TIADA CINTA
==========================================

Pertama kali
Saat cinta dihamparkan
Tulus hati diserahkan
Kesetiaan yang tak pernah pudar
Hanya untuk dia
Namun aku dibohongi...
Hina dan keji menguasai diri
Membuat aku melangkah pergi

Menyepi..
Jauh dari cinta..sayang & rindu
Yang tinggal cuma satu
Rasa untuk terus bernafas
Mengharungi sisa2 hidup

Tanpa disedari..
Hadirnya sebuah cinta
Jauh disudut hati.. curiga
Namun atas dasar ketelusan
Pintu cinta kembali terbuka
Mengangankan yang terindah
Untuk kesekian kalinya

Namun
luluh hati akhirnya
Bila cinta itu kembali pudar
Sinarnya malap kerana kepuraan
Kerana cinta dibohongi lagi
Sekali lagi..

Dalam kepayahan
Melupakan bait2 indah
Yang baru dibina
Cuba bangkit dari kekalahan
Memaafkan kekhilafan

Semoga tersirat keindahan
Disebalik sebuah kegagalan
Tiada istilah dendam
Hanya menginsafi kejadian semalam..
Yang akhirnya.. TIADA CINTA..


Thursday, January 13, 2011

Sometimes i wish i could runaway.. far away from anybody.
Clear my mind.. no office work.. no financial.. no homework.. no family matter.. no love.. no & no for everything...anything!

Just wonder...can i stop my mind from..
keep thinking of her.. my Baby???
Oh NO.. Say No Pleeezz.. :)

Wednesday, January 12, 2011

Dialah Putri

Salam sahabat..
Sedikit luahan rasa dicatat untuk hari ini..
Sedikit kata2 untuk Putri tersayang..
===================================


Saat merenung matamu..saat melihat jauh ke dalam matamu..
Terdetik di hati kecil..Betapa bertuahnya bila bergelar seorang ibu.
Walaupun hadirmu tanpa diduga..Disaat hati ini dilanda gelora..

Melihat telatah dia semasa bayi..
Comel dipakaikan dengan pakaian yg putih bersih
Mengira jari jemari halus..mulus
Rambut yg halus melitupi kepalanya yg kecil..
Matanya bersinar bulat..
Mulutnya yang merah..wajahnya..
Dia semakin membesar..
Terdengar kembali tangisan & rengekan..
Hanya terbaring tapi cukup membahagiakan..
Hati seorang bergelar ibu..

Tatkala mula merangkak.. Memaksa mengejar..
Sana sini sesekali jatuh terduduk bila cuba berdiri..
Dia semakin bertenaga bila cuba bertatih.
Akhirnya dia berjaya berjalan..
Jauh..semakin jauh dan akhirnya
Dia berlari..!

Semuanya jelas di mata
Saat indah melihat dirimu membesar..dan semakin bijak..
Tahu meluahkan rasa..
Membesar dengan penuh kasih sayang.

4hari lagi genap usiamu 4..
Ia bukanlah satu masa yang pendek
Masa emas kita bersama..
Dipenuhi dengan limpah rahmat Tuhan..
Alhamdulillah...

Mummy sentiasa doakan dirimu..agar bahagia selalu..
Semoga tiada apa yang merintangi usahamu..
Semoga tiada yang membuatmu bersedih..
Semoga menjadi anak yang solehah..

Tiada apa balasan dipinta..
hanya doamu Putri..
Bila Mummy tiada lagi di sisi.

Dia lah Putri...

Wednesday, January 5, 2011

She's back to school again..


Salam...
Sedar tak sedar...tahun 2011 ni Putri kesayangan mummy dah masuk 4tahun.
She grows well i guess.. This coming 16th January is her 4th Birthday. InsyaAllah..mumy will plan something for you dear because you are my everything.. Bercerita pasal back to school..today is the 3rd day she's going to school..weeeee! Mummy is the happiest person to experienced it. Berbanding ngan dulu, she is more exited & happy than before. Hopefully no more problems after this.

Teringat masa 1st school dia..actually dia ter'tuuut' dalam seluar than maybe teacher marah la sikit.. start from that she don't want to go to school dah. Jangankan sebut perkataan school..nampak school kat tepi jalan pun paling muka xnak tengok. Tersangat hebat penangan kena marah ngan teachernya hihi.. majuk samapai macam tu sekali. Sekarang feel nak g school tu datang balik berkat ikut atok & maktok beli barang2 baru maksu dia nak naik sekolah..Alhamdulillah.Nowdays..mummy dah ada new task.
Need to send you to school early morning at 8am. Good for mummy jugak coz..dapat punch card awal..weeeee! Selalunya after 9am baru la terkial2 nak punch card. So.. dapat buat planning early morning before start kerja..good.

InsyaAllah semua berjalan lancar hendaknya..amin.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...