Saturday, August 21, 2010

Anugerah Allah

Salam...
Hari ni pagi2 lagi dah niat nak buat entry baru hehee. Apa dikata harus dikota kan kan? Pagi tadi baby bangun je dah suruh aku mandikan dia..baik mood anak dara aku pagi ni. Tapi sekarang ni every night dia akan tido ngan atok dia.. Walaupun awal2 tu dia tido ngan aku..tetiba malam je dah hilang. Dia lari g tido ngan atok.. sedap sangat tido bawah ketiak atok agaknya..haha. Abah..jangan marah.. kurus pahala puasa.

Bagus jugak dia g tido ngan atok dia..aku sampai ke pai menghabiskan oder biskut raya. Hmm..pagi ni dia happy..dah siap makan nasi dah nak main. Taknak cakap banyak..layan le foto2 si kecik ni..dia yang soh tengok & amik gambar dia main apa kenama benda ni mamy tak tau haha... Dah besar rupanya anak mamy...

Dah pandai dah..


Last photo sayang before mumy going to work.. byee

Tuesday, August 17, 2010

Kesibukan Melanda

Salam sahabat2 blog...
Alahai maaf la banyak2.. Aku tau walaupun tak ramai yang menjengah ke sini.. tapi ada jugak yang selalu datang sorang dua kan. Ya Allah..minta maaf la banyak2..tak sempat nak mengupdate kan belog kesayangang nih hehe...

Dah nak dekat masuk minggu ke 2 puasa..maknanya start sibuk sangat dengan cookies-cookies yang akan di deliver. Aku xleh nak cakap banyak2..otak pun macam dah penat sangat.. Kawan2 layan je lah foto2 ni yea... errr puasa tak rini??? Kalo tak puasa, nuu amik jamah le cookies2 yang mana ada kat bawah tu yea.. hehe. Adios...


Haa..tu lah dia cik & encik balang yang dah tersedia nak di edliver dalam minggu ke2 puasa nanti..aku tak tipu..memang aku penat sangat.. huhu


ini dia my fevret..cik gebuzzz tart :)

Ini cik Dealova.. segah namanya odernya pun meletopzzzz..

Anak buah aku suka nih chips more almond..

Almond London..evergreen !


Orang Arab jer makan biskut ni..hehe Biskut Arab..

Sunday, August 1, 2010

Satu Pertemuan



Salam...
Malam ni aku jiwang sikit..errr bukan apa. Ada seseuatu yg perlu aku keluarkan dari kepala otak aku sebelum aku berlepas ke kursus tomorow. Karang bila dah berkursus tau tau je la..banyak info dan input.. terlajak penuh susah pulak nanti hehe..


"sesuatu yang tak disangka..serigkali mendatangi kita..itu kah suratan dalam kehidupan.. atau sekadar satu kebetulan"

Gambar Hiasan dari Google

Aku yakin semua pernah dengar kan lagu ni?
Aku berkata tentang sebuah pertemuan.
Yang tak pernah aku duga dan terfikir dengan akal waras..akan terjadi.

Mungkin kerana perasaan halus yang dalam.. yang sukar dimengertikan oleh mana-mana insan membuatkan sebuah pertemuan terjadi. Mungkin juga kerana kasih sayang itu masih wujud walau kini tersuratnya tanpa ikatan. Perasaan itu terserlah diwaktu sebuah pertemuan. Perasaan kasih sayang menghiasi sebuah pertemuan. Sebuah pertemuan yang cukup indah dan mengasyikkan. Penuh dengan cerita suka duka.. berkongsi derita.
Indahnya sebuah pertemuan..

Aku tak pernah bersalah pada mereka,
Aku tak pernah membelakangkan mereka..
Aku tidak pernah menyisihkan mereka..
Cuma takdirnya aku tidak lagi sebahagian dari mereka..
Aku jatuh.. merangkak.. bertatih & mula berjalan sendiri

Malah aku kini berlari...
Bangun dari kekalahan, bangkit dari kepayahan..
yang telah sebahagian dari mereka tinggalkan..
Biarlah.. aku mengerti semua itu..
Aku tahu keikhlasan sebuah pertemuan itu
Biarlah ia tetap menjadi sebuah pertemuan..
Sebuah pertemuan untuk aku..
kenangkan disudut akhir hidup aku..

Tuesday, July 27, 2010

Mata oh Mata..

Salam...
Aku menyibukkan diri aku lagi dan lagi... My brilliant plans before August ni.
~ Complete my Office Financial Report
~ Complete my Monthly Report
~ Complete half of my order (raya cookies)

Harap2nya semua akan tercapai dengan jayanya. Bukannya apa..aku taknak kelam kabut nanti. Haru biru jadinya.. Attend course on da August 1st week tu dah amik masa aku banyak dah. Actually aku dah boleh up kan sikit usaha naikkan total cookies tapi dah kensel because of da course. Takpa.. kat situ nak tengok kecekalan dan semangat aku menyiapkan semua tempahan hehe. Yakin boleh....!! Kekdang tu aku rasa macam aku tak mampu lakukan.. tapi sebenarnya aku mampu.. aku boleh.

Thanks EnGoogle for da nice eye..

Mata oh mata.. jangan lah kau selalu nak tutup. Sebab aku perlukan kau supaya dapat menemani cookies ku semua di dalam oven supaya tak hangus.. baking time & memantau cookies dalam perbarisan masa deco2..biar lawa2.

Mata oh mata.. jangan lah kau tersilap pandang.. Angka-angka di dalam akaun for financial report yea.. Jangan juga kau selalu nak tutup.. kerana itu akan membantu aku menggagalkan my brilliant plan..

Keep up your speed Suesephia boleh..!! (motivasi diri kekekeke...)

Wednesday, July 21, 2010

Sibuk

Salam...
Dah 2-3hari ni tak sempat nak berblogwalking. Mana tak nya.. rasa macam banyak sangat kerja. Tengok akaun tak balance pulak..sangkut kat situ lama. Dah drag masa nak buat benda lain. Monthly report dok menunggu dah tu..macam nampak je dok jeling2 kat aku. Pelupa sangat sampai maklumat yg Bos nak dari pertengahan Mac lagi aku belum submit.. haha. Menggelabah la semalam mencari Penggawa.. ke Pejabat ADUN la.. Majlis Daerah la.. kah kah. Padan muka, suka sangat buat kerja last minute pastu terlupa.

Gambar dari EnGoogle.. xde lah meja keje aku macam ni punya banyak bertimbun. Saja mau bikin havoc saja..


Agaknya aku kena terima hakikat.. semakin usia meningkat, semakin badan kita ni penat. Banyak toksik kot keh keh. Nanti kena pakai sejenis benda yang di tepek kat kaki tu untuk buang toksik lalala.. haha. Malam pulak.. aku sebok ngan project baking aku. Wuuiiih memag penat sangat.. tapi aku cuba buat seberapa cepat yang boleh. Yakin boleh !!

Baking Project (Masseh EnGoogle)

Wednesday, July 14, 2010

Biskut Raya 2010 (2)

Salam...
Dah lama tak mengintai2 blog kesayangan suesephia ni. Bukannya apa.. tengah sibuk sangat ngan order2 dan juga sampel biskut raya untuk jualan tahun ni. Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan. Harap segala-galanya berjalan lancar dengan izin Allah...Amin.

Kawan2 yang nak tengok jenis2 biskut raya boleh le melawat ke blog bisnes aku kat SufeBoutique. yang mana berkenan tu, isikan dalam Order Form. Jumpa tak order form tu?.. kat bawah nuuuun sekali hehe kat blog tu la bukan kat sini tao hehe. Atau pun kalau nak direct email kat suesephia@gmail.com pun boleh...

Any request? email je la.. dak pun komen kat bawahni yea. Makasih kawan2.. Eh, entry aku takdak gambaq ka? huhu jap aku cari seketui.. Kecomelan biskut aku tu.. tengok terus kat link Sufe Boutique ni ya..

Dapat gak seketui dari EnGoogle..Maseh.

Saturday, July 10, 2010

Biskut Raya 2010 (1)

Salam...
Waaaa...puasa ganti pun belum habis. Bulan Ramadhan pun belum menjengah.. ni nak bercakap pasal raya dah. Kah kah... bikin malu saja.

Tapi ... aku nak cakap jugak hehe. Takpe laaa, aku menghangatkan lagi bahang raya 2010.. Aku ni nak bercakap pasal projek raya aku tahun ni. Kalau dulu aku bergerak solo.. ini kali aku berduet ngan my deary uncle..thank you pakcik. Wuihhh.. dulu aku ni berpeluh sakan menyiapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah...ada je kawan2 yang mengorder. Ini tahun, aku berduet ngan pakcik menyiapkan & mengambil tempahan. Hmm.. melebarkan sikit perniagan tahunan ni.
Ini dia diantara deco2 gempaq Biskut Raya 2010

Ya lah.. anak dah makin besar, of coz belanja pun makin banyak. harap2 planning aku menjadi lagi tahun ni macam tahun2 yang lepas. Nanti aku akan updatekan biskut2 yang kami dah prepare nanti. Doakan aku sahabat...

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...