Saturday, March 27, 2010

B,O..bo. R,I,N,G ring = Boring...

Salam...Adduhai boringnya.

Rini aku kerja..pastu kengkawan yg selalu online semua cuti. Yang ada pun macam busy sesangat..semuanya tak der kelihatan online. Malas plak nak online ngan Baba. Hmm boring sangat2.. Harap2 petang ni aku buleh senyum..& bercakap ngan sapa2. Tak tau nak kata, tapi memang terlalu boring la.. Last2 aku amik CD lagu..pasang kuat2 dalam ofc keh keh keh. Bukan apa..buat ilang ngantuk jer...hehehe.

Ada yang g MTest KPLI rini panggilan kedua. Hmm..harap2 semua berjaya menjawab hendaknya.. Tapi xrisau sangat..sebab jawapan tersedia ada..andai kata xtau..jadi asokar la rini. jawap sambil menembak pom pom pom..pastu result pun booom la kena reject. Bukan mengata orang, macam aku jugak hahaha...

Friday, March 26, 2010

Cinta Jarak Jauh

Salam..
Hmm..dah lama aku xbaca surakhabar KOSMO. Harini kawan aku beli so, aku baca la jap. Aku terbaca satu petikan bertajuk Mempertahan Cinta Jarak Jauh yang ditulis oleh Nurul Izza Rosly, bertarikh 26 Mac 2010, Ms 29. Aku share kan kat sini untuk sama2 baca...

Memang sangat menarik..penulis melabelkan Percintaan Jarak Jauh..PJJ hehe :) ni sebagai mencabar dan sukar. Penulis share kata2 dari Pensyarah Jabatan Psikologi & Pembangunan Manusia,UKM Prof.madya Dr Khaidzir Ismail; hubungan jarak jauh ni jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis. Wow..terpana aku..hihi!

"Ia ibarat jauh di mata, dekat dihati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan & kekosongan. Rasa kehilangan ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri rasa kasih sayang akan semakin pudar," katanya.

Hmm..waaah. Jika difahami dalam2 maksudnya tu.. ada kebenaran disitu, tak dapat menafikannya. Aku pernah rasa PJJ ni dulu, tapi masa tu aku tak dapat mengatasi rasa kehilangan & kekosongan..akhirnya aku tewas. Putus cinta la tu..hehe.

Tapi sekarang ni tak lagi.. Walau aku jauh dengan dia.. Aku tahu membatasi diri aku dengan sesiapa saja aku bergaul & dimana saja aku. Aku dah terlalu dewasa untuk memahami itu semua..percayalah. InsyaAllah..aku atan tetapkan hati.

Penulis ada tips2 untuk kita tao.. Meh sini aku tolong senaraikan 6 tips yang dikongsi penulis.
1) Kepercayaan & Kejujuran ~ perlu percaya & berserah pada takdir
2) Komitmen ~ perlukan sepenuhnya komitmen dari 2 pihak
3) Selalu Berhubungan ~ komunikasi tu penting! xkira thru email..bgayut..surat @ chat
4) Jangan Letakkan Banyak Harapan
~ Wallaweiii.. takutnya aku.. Kata penulis, xleh letak 100% sbb hubungan sebegini
sukar & berisiko tinggi. Hmmmm..termenung sejenak..!
5) Kesetiaan ~ sungguh2 & ikhlas
6) Emosi ~ xleh terlalu beremosi & berperasangka buruk.Kena kawal emosi.

Note:
Hmm yg nombor 6 tu.. aku cakap boleh la...aku pun selalu sangat 'emo' dan berperasangka buruk kah kah kah. Sorry ba..

Thursday, March 25, 2010

syoh..syoh...

Hehe...aku dah lama tak update blog. Dah ada sarang labah2 hihi. Ade ke halau labah2 syoh..syoh mcm halau ayam jerk..

Ada hari aku rajin sangat nak meng update blog..ada hari tu langsung aku tak jenguk blog apa jadi. Takpa..nanti bila ada sumthing yg menarik nanti aku share kat sini yea..


Sunday, March 21, 2010

Blogwalking di tengah malam...

Tengah 2 blogwalking hampir jam 12 mlm... aku tersinggah jap kat blog tuan umah nie..http://zai6973.blogspot.com/.

Korang ingat lagi tak sorang artis A to Z.. nama nya Lan. Sesungguhnya aku tak tahu kesah dia. Dulu aku suka gak follow ceta2 artis ni dan aku suka bila dia berkahwin dengan seorang yg pada pandangan wanita aku..saaangat cantik! Of course sebab dia mix kannn.. Bila di kurniakan cahaya mata yang comel2 so..aku andai kan mereka masih bahagia sampai sekarang. Tak sangka aku terjumpa entry dari Kak Zai ni membuatkan hati aku tersentuh.. makasih.

Diantara petikan dalam entry tu..
" Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar. Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah. “Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialah seorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.".

Mungkin tak ramai lelaki yang ada perasaan macam ni.. dan aku rasa tersentuh. Mungkin kalau si isteri tahu kesetiaan suami, dia akan berlembut suatu hari nanti. Dan sebenar2nya hati isteri tidaklah sekeras itu... Kita pun tak mampu nak judge apa2..hanya mereka yang tahu segala2nya.

Apa pun aku doakan Lan tabah hadapi dugaan berjauhan dengan isteri tercinta & anak2 tersayang. Semoga Allah kembalikan kebahagiaan keluarga mereka..amin.

Saturday, March 20, 2010

Salam...

Alkesahnya aku pergi lunch sama2 ngan kawan2 seperjuangan.. Dah plan awal2, kami semua berlima. Apa lagi dah macam nak pecah perut la...asyik ketawa jer... Yang mak budak pun dah tak nampak macam mak budak... heish kalau orang tua2 tengok sunggoh tak sopan..kih kih. Sekali sekala lepas gian.. back to zaman anak dara dulu. Seronok kan?? hehe..

Masa lunch tu..macam biasa la, aku terlupa lagi nak shoot apa yg kami makan. Kami semua makan mee celup & bubur nasi. Mee celup tu lebih kurang mee sup la..kalau kat Kelantan ni dipanggip mee celup.. Rasanya buleh tahan laa..pastu kena plak ngan ABC. ABC tu pelik sikit..mungkin pengaruh dari Thailand kot sebab dah nak dekat sangat ngan sempadan. Ada roti yg dia potong kecik2 kat dalam tu.. pastu ada pisang yang macam kita buat pengat pisang tu, yang lain2 macam beasa la.. ada jagung, cendol & yg penting mesti kena ada ais parut..kih kih..of course la...kalo tak, takda la namanya ABC.

Eh2..lupa plak nak bgtau..lepas tu kami singgah plak di satu gerai kakak ni.. Dia jual pelbagai hot dog yg sedap2. Sos dia pun best.. Bila kami menyerang, dia macam terpaku jerk.. Jadi kami berjaya mengambil alih gerai dia..ini lah hasilnya..hahaha !

Masa ni jer la baru sempat berposing..seronok jugak bakar benda2 tu..pergh best2... Dah nak kat kol 2 tu..apa lagi pecut balik prepare utk buat kelas kol 3 petang nanti... Zassss...

Sunday, March 14, 2010

Cooking Time...

Salam...

Lalalalala..al-kesahnya, mak & abah nak g Terengganu. Atok sedara aku turun dari JB so, abah g sana la jumpa dia. Lumrah...yang muda kena hormat yang tua...hehe. Jadi, aku la ketua dalam rumah..haha & juga tukang masak..bibik..dan merangkap segala2 la...untuk adik aku ngan si baby hahaha.

Pagi lepas abah & mak bertolak..aku dah start buat cookies.. member aku Kuja yg order. Katanya nak makan Honey Cornflakes ngan Cheezy Cookies. Apa lagi..hari ni aku kukak la bakery aku..hehe. Honey cornflakes xsempat nak amik gambar. Ni la rupa Chezzy Cookies aku...hah tengok..

Sebelum di dera...Bakar
Hasilnya...

Bila dok dalam container mahal mak aku..
baru naik seri Chezzy Cookies nie hahaha

Dah abis cookies.. sambil2 tu ake masak untuk lunch la... Tak tau nak masak apa.. Last2 ini lah menu untuk lunch aku, umie dan baby hehehe. Semuanya lauk kampung..

Ikan masak pindang, sayur bayam goreng.. ayam masak kicap & yg paling power sekali sambal belacan mak.. Ni diiiiaaaaa...


Tuesday, March 9, 2010

Satay Time..!

Salam..
Sejak kebelakangan ni..aku rajin update blog. Hmm..ntah nape..jgn tanya aku. Memang dari dulu aku suka menulis..especially diary. Semenjak sekolah lagi aku ada diary..aku suka tulis apa saja yg telintas kat fikiran aku..xkira rr, lagu ke..luahan perasaan ke..aku xpuas hati ke.. apa2 jer la..

Cuma bila aku kawen..i did stop everything. Apa yang aku suka..x-hubby aku xsuka. So, i need to stop writing. Start labeling me minah jiwang..nak tulis tu lah, nak tulis ni lah..he hate diary so much. U know why? coz most of the words inside it dia rasakan aku tujukan kat dia.. So funny!! Biarlah.. lagipun ada haku kesah?? Dulu..YA aku kesah. Now..opps sorry bebeh. Aku bukan aku yang dulu lagi dah..

Tutup ceta sengal tu..semalam aku g teman mak g beli tembikai. Dia teringin nak makan tembikai yg jual terus dari kebun katanya. Hmm..terjah jer la..jumpa. Aku lupa nak amik gambar gerainya. Apa yang aku tahu, petang tu perot aku dok nyanyi..tapi bukan rasa nak makan nasi. Jadi aku ajak mak, adik aku ..si umie tu ngan baby g makan satay..yeeeha! Aku puas hati gak singgah makan sebab baby makan nasi impit tu ada la dalam 4-5 ketul At least dia kenyang gak. Dok umah xmakan apa..maklum la demam kannn...

Kali pertama aku ingat nak amik gambar makanan sebelum disentuh.. :)


Akhirnya..


Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...