Sunday, August 30, 2020

DEC 2012


Hari ini, aku menulis lagi..
Hari ini, aku bangkit lagi..
Dengan penuh pengharapan..
Dengan penuh kesabaran..

Melihat kegembiranmu..tanpa aku
Mendengarkan keceriaanmu..tanpa aku
Semoga semua keindahan itu milik mu..
Selamanya..itu doa ku.
  
   Tersuratnya...
   Senyuman terukir diwajahku
   Cuba lari dari kenyataan
   Mencuba untuk tidak merasa beban
   Mencuba untuk bangkit tanpa sakit
   Agar segalanya nampak sempurna
   Di mata yang menilai..

   Tersiratnya..
   Hati ini luluh..terkilan..
   Bilamana tidak tahu dimana aku..
   Kaku.. Kosong.. Sepi.. tanpamu..
   Hanya Dia yang tahu..
  
Terkadang aku tertanya..
Tertelankah semua kepahitan..
Mampukah sayang kita berpanjangan..
Inikah harapan yang dicari..
Inikah bahagia aku?


DEC 2012-SUESEPHIA

Tuesday, July 14, 2020

Keras Hati..Hati Batu?

Allahuakbar..
Pagi-pagi dah dapat habuan. Begitu lah hidup..ada pasang surutnya, ada hujan ributnya..

Aku terpaksa!
Aku memang terpaksa keraskan hati aku supaya aku tak lagi meratap merayu dan mengalah pada takdir. 

Sejauh mana pun kau perhatikan, sedalam mana pun kau selam, kau tak pernah akan tahu macamana peritnya aku berusaha untuk keraskan hati aku supaya aku boleh jadi aku yang sekarang. 


Ya, aku yg keras hati tu. 
Dan kalau kau punya banyak masa terluang, tolonglah fikirkan kenapa aku perlu keraskan hati aku sebegini? tolong aku fikirkan..kenapa aku membatu!

Adakah kerana aku memang manusia yg keras hati sejak dari kau mengenali aku? atau apakah aku keras hati kerana KEADAAN memaksa aku? Nilaikan dengan mata hati yg Allah kurniakan pd setiap makhluknya. Kau lihat dan cari lah sendiri. 

Aku bukanlah alim untuk berkata²,aku hanya wanita biasa yg keras hati! Sebab apa aku perlu keraskan hati aku?? 
- Keras hati..supaya aku mampu bangkit selepas jatuh.
- Keras hati..supaya aku boleh melangkah jauh walau ditinggalkan
- Keras hati..supaya aku bisa padamkan semua rasa dan tekanan yg boleh melemahkan hati aku.
- Keras hati..sebab aku xnak berada di takuk lama lagi dan lagi, aku perlukan perubahan hidup.
- Keras hati supaya aku mampu menjadi contoh buat anak aku. Berdiri berdikari selepas kegagalan didepan mata anak bukan mudah.

Kalau kau cuba faham,
Sebenarnya, KEADAAN dan KAU memaksa menjadikan kerasnya hati aku.

Jadi, jangan hanya memandang seluruh salahnya pada aku. Sebab, kalau aku tak keras hati.. aku akan hanya jadi daun kering yg dah gugur, ditiup angin, terbang..reput..lupus..noktah..itu saja pengakhiran.

Dengan semangat keras hati itu, aku berdiri sekarang walau bukan sebagai sesiapa. Aku cuma nak jadi diri aku, ibu buat anakku, dan anak buat abahku..seadanya aku dan yg paling penting..TANPA KAU.

Monday, June 1, 2020

KOSONG

Ruang hati ini kosong.
Jiwa ini kosong
Tidak pernah lagi berharap

Usah berjanji manis
Tak perlu mengulang memori
Kerna semuanya telah kembali seperti azali
Kosong..kosong..dan takkan pernah seperti sediakala seperti dulu lagi.

Saturday, February 1, 2020

Rintihan Hati

Wahai jiwa yang luka..kembali lah kepada Dia. Wahai jiwa yang berduka..mengadu lah kepada Dia. Sesungguhnya Dia tak akan pernah memberi sesuatu yang bukan dalam kawalanmu. Percayalah pada setiap jalan cerita Dia.

Dia tak akan pernah menemukanmu dengan seseorang tanpa ingin memberikanmu sesuatu pengajaran. Semuanya kerana Dia.

Friday, December 13, 2019

Biar Siapa Pun Dia

Maafkanlah aku..bila hati ini menjadi keliru. Membiarkan ruang terbiar kosong terisi. Salah tetap salah..diam tetap diam..kerana aku tak mampu.

Biarkan dia disitu walau siapa pun dia, biarkan aku disitu..biarkanlah kita di sini. Tak mampu menyalakannya lagi, maafkan sekali lagi. 

Tuesday, July 16, 2019

Bicara Hati

Allahuakbar..
Mengapa sukarnya memahami mu wahai hati? Apa yang kau mahukan kebelakangan ini? Apa ingin mu?

Duhai hati, 
Aku cuba memujuk. Tiada yang sempurna di dunia ini, bersabarlah dengan semua keadaan. Usah biar resah berpanjangan. Usah menyimpan dendam perasaan. Simpanlah sedikit kenangan sebagai tanda cinta sayang. Walau kau masih pedih..bertahan.

Duhai hati,
Andai ini semua hanya dugaan, hadaplah. Anggap saja semuanya sebagai memori untuk kau kenang. Usah terlalu memberi harapan pada semua. Biarkan ia berjalan, seperti yang telah Dia aturkan. Berjalanlah.. sabarlah.. tabahlah.. tempuhilah dengan tenang. 

Duhai hati..
Ingatlah Dia. Tetapkanlah hatimu untuk Nya..pengakhiranmu pada Dia yang satu. 
#taubatsetiaphari
#sayangidiri
SUESEPHIA 16-07-2019

Tuesday, December 11, 2018

Hanya Kerana Dia

Hanya kerana dia pernah menghuni ruang isi hati ini suatu masa dulu. Dia telah menunjukkan cinta dan sayangnya. Dia juga telah bersusah payah berusaha menggilap kembali hati yang seakan mati….tenggelam dalam kesakitan berpanjangan. Hanya kerana dia yang mampu menunggu dan mempertahankan diri ini suatu masa dulu. Akhirnya ku membiarkan dia bertapak di hati ini walaupun keresahan menunggu.
 
Membiarkan ia terus berada di hati ini tanpa dia di sisi menyesakkan dada. Membenarkan semua kenangan indah tersimpan difikiran sebagai memori amat memeritkan. Merelakan diri ini terus mengingati dia berarti menutupkan semua rasa. Terbiar, tersisih tanpa khabar berita..dibuang tanpa kata..hati ini kembali lohong. Terima kasih atas segalanya.
 
Hati ini kembali sepi..hanya kerana dia.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...