Thursday, October 3, 2013
Celaru
Minda tak mampu menggamit memori indah
Segalanya berkabus putih
Tanpa mampu menzahirkan
Tanpa mampu menidakkan
Perasaan yang berbalam
Alunan melodi kedamaian
Tiada lagi terngiang
Hanya keresahan bertandang
Mengundang jiwa kosong
Celaru..
Thursday, September 19, 2013
Lawatan Hampa
Salam..
Ghairah dalam blogging ni datang sekejap2..xtau nak buat macamana haha. Kejap rajin update..jap malaa..jap rajin balik..jap tak update langsung pun ada jugak keh keh..pingsan kalau nak layan. Lantak kan aje...
Harini ada cerita best..mood rajin!
Plan nak melawat adik di kolej dia dengan mak & kenit kakak. Masak pasta mushroom..hah tuu dia..kira plan baeeek lah ni kan. Almaklum..khamis mak kata boleh melawat..ok set!
Sesampai kami bertiga kat sana..kata pak guard tu harini bkn masa melawat. Masa melawat esok puan..9pg sampai pkl 6ptg..OMG! Nak gelak pun ada hak hak. Last2 tinggalkan kat adik semua serba sedikit utk dia makan..alang2 dah sampai kat sana hihi.
Hilang arah tuju..bawa mak & kakak p malan kat taman. Jemput makan..taddaaa!
Monday, September 2, 2013
Jamuan Raya 2013
Wallllaaaaa... Uih macam apa je memulakan ayat..xsessuai hokkay..hmm assalamualaikum sahabat semua ehehe..sopan bunyinya ;)
Baruni..sue join dgn.kawan2 office buat majlis hari raya. Wuuuuiii meriah xhengat! Sorang bawak sikit..last2 haa amek kau..penuh semeja. Nak makan xlarat pulak. Rasa tu sikit..rasa bi sikit..daa full. Agaknya semua org ikhlas bawak makanan kan..jom layannnzzz.
#perut penuh burb..alhamdulillah ;)
Tuesday, August 27, 2013
Upsidedown Pizza
Salam..
Harini puasa Syawal yang kedua..alhamdulillah.
Petang tadi kan masa kat office...sementara tunggu jam bergerak tik tok..tik tok nak punch out..tiba2! Haaa..suspen je nih. Teragak nak tengok image pizza hah suddahh!
Apa lagi..calling & roger pakcik google. Pakcik google datang ala2 waiter menghadiahkan imej2 pizza yang amat mengiurkan..eh betul ke ayat tu! Memandangkan perut yang sedang menyanyi keroncong..imej pizza tu bagaikan penari cantik manis..melenggang lenggok depan mata..air liur pun meleleh dah.. Tak sanggup uuu.. (sambil lentikkan jari).
Berkejar balik rumah..lepas berbuka..mandi..solat..mulakan operasi lah. Cari kat gudang gerobok mak tu apa yg boleh pakai..maka terjadilah 'Upsidedown Pizza' hiiiyah! Disebabkan penyakit lembab..hah perut dah kenyang..pukul 10malam pun pizza xsiap bakaq lagi haha.
Pagi esoklah gamaknya kita kendurikan upsidedown pizza ni ya Abah..Mak..anakku! Eh..semua org dah tido..keh keh. Nite..mimpi yang indah2..
#jangan lupa baca doa tidor..Bismikallah humma ahya wa'amut :)
Monday, August 26, 2013
Kenduri Kahwin
Salam..
Sue baru selesai sahur jap tadi..alhamdulillah. Baru nak start posa 6 Syawal heheh..org lain dah siap raya, kita baru nak posa. Takpa..selagi belum habis bulan Syawal..pulunn..jom posa ;)
Lupa pulak nak share alkisah kenduri kawen salah seorang sahabat yang berbangsa Siam. Alhamdulillah..kaum Siam di Kelantan amat menghormati dan tahu adat budaya kaum lain yg beragama Islam. Dia dah pesan awal2..'katering orang melayu..jemput datang'..alhamdulillah..terkedek2 sue sampai heheh.
Dah siap janji dengan geng2 Pejabat Penerangan..join sekali dengan assistant Sue..kami berlima. Seriously..memang happening! Pengantin mix Siam & India.. Gambar dgn pengantin dalam kamera member..ini je yg sempat. Jom kenduri!
# lupa nak share..rumah bapa pengantin ni cantik sangat macam rumah tradisi kaum Siam. Sempat naik atas.. Indah dan damainya..lihatlah keharmonian kaum2 kita di Malaysia.
Hah sudahhh..dah macam karangan sejarah..haha. Ok jom..sue share gambar2 kenangan!
Monday, April 1, 2013
Anak..anak..
Salam...
Macam getik je kan..post kat fb kata nak aktifkan diri berblogging..update blog selalu. Tapi sekejap je..pastu longlai hihi!
Jiwa tak kental betul lah.. Tak macam abg2 pejuang negara yang menentang musuh menyelamatkan serta mendaulatkan negara Malaysia dalam Operasi Daulat di Sabah. Haaa amek kau..tetiba je emosi hehe. Sempena Hari Polis..maka semangat anak polis tetap ada!
Alkisah harini..ada 4ekor anak baru datang rumah. Disebabkan adanya kambing2 yg semakin membiak..maka sue sepakat dgn abah utk beli cik puan & tuan angsa bagi membantu mengawas kawasan. Mahal Ya Rabbi...RM160 utk 4 ekoq. Harapan mamy..4ekor dak angsa ni sihat walafiat supaya dpt mamy recruit jadi pak / mak guard utk pagar kambing ngeee ;-)
#sesuaii sangat amik degree dalam HRD okay..recruit je kerja nya..
Adab Sopan
Salam...
Phewww..tajuk post kali ni xleh blah betul hahah.. Sebut pasal adab sopan..memang ramai yg sangat ambil berat pasal ni. Tak kira lah antara kita sesama manusia atau kita dengan makhluk Allah yg lain.
Adab kita dgn manusia lain..tegur menegur..sapa menyapa & tolong menolong. Dalam perhubungan kita, dah tentu wujud salah & cela..sebab kita ni manusia, xboleh lari dari kesilapan. Namun..kita mampu merendahkan diri mohon maaf atau kita juga memaafkan.
Sama ada kita sedar atau tidak..kita berjalan tanpa membawa cermin disisi kita. Dah tentu kita xnampak apa kekurangan dan kesalahan diri kita melainkan..ada yang ikhlas memberitahu.
Penerimaan diri kita dengan cermin kedua juga perlulah diambilkira. Sepatutnya..kita memandang dari sudut positif dgn menerima teguran dan berusaha utk memperbetulkan keadaan bukannya menambah kekusutan.
#aku pun bukan baik sangat pun untuk menjadi cermin kedua..tapi aku suka kalau ada cermin besar yang boleh tampal kat dinding buat hiasan dinding muhahha..ok bai!
Aku Kembali
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah.. ...
-
Wahai jiwa yang luka..kembali lah kepada Dia. Wahai jiwa yang berduka..mengadu lah kepada Dia. Sesungguhnya Dia tak akan pernah memberi sesu...
-
Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu by Ahmad Afif Razi on Tuesday, October 26, 2010 at 9:00pm 1) Orang yang mencintai kamu tidak per...