Wednesday, September 21, 2011

Santai Raya 2011

As salam..
Huiiiihh selagi tak habis bulan Syawal..selagi tu lah xabih2 cerita raya hihi. Kepada sapa2 yang dah muak baca entry raya buleh la klik mana2 entry lain haha.. eh tapi yang ni raya lain sikit & of coz dah janji mesti banyak pic hihi. Kita beraya di pantai walaupun tak mandi-mandi weeee :)

Berapa kali merancang..akhirnya berjaya juga mengumpulkan group kami dari serata Kelantan utk meet up for Santai Raya 16hb Sept 2011 di Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Terima kasih kepada semua yang hadir.. excellent gathering & I'm enjoying myself there !

Bermulanya disini..
Challet Terapung B01, Pantai Sri Tujoh, Tumpat.. ketenangan & kegembiraan harini :)



Diiringi menu utama ala Thai

~ Nasi Khomok~

~ Pulut Pauh ~
Errkk.. meleleh air liur masa tengah buat entry ni..sabar sue sabar..



Menu Raya
Lemang ~ Biskut Raya ~ Nasi himpit kuah kacang ~ agar-agar (eh menu raya ke ni..belasah kekeke) ~


Saksikan kekecohan kami menyediakan juadah dan melantak (yang paling penting ahaha :)


Sebelah petang kami meronda di Pengkalan Kubor (kawasan jual beli yang sangat dekat dengan Tak Bai, Thailand).. window shopping.. tak kurang jugak yang 'door shopping' ngeee :)

Balik dari sopping. Sesi petang bermula.. yeeha
Sebelum tu cik kiah nak beli 'lokan' ya.. bukan kepah, bukan remis, bukan lala..dan ianya adalah 'lokan' hehe.. Harganya kat sini adalah RM5 untuk 3kg..murah dak?? Kami belasah 6kg hehe. Ala.. berat tang kulit je tu..isinya kocik je hehe :)
Mokcik.. nak lokan sepuloh riya !

Sesi membakar lokan bermula

Sebelum ~ Selepas ~
Kalau dah mulut lokan tu terbuka maknanya dah masak..pastu mulut kita pulak bukak sebab nak makan lokan hahah :)

Lihatlah keseksian lokan.. amat mengancam perggh :)


Inilah 'Geng Lokan" hik hik ~


Untuk menggembirakan hati.. cenderamata disediakan untuk semua yang hadir !

Alhamdulillah... Lainkali, ada rezeki buleh anjurkan lagi program macam ni. Apalah sangat berhabis duit dalam RM20 untuk program sebegini berbanding dengan kenangan dan silaturrahim antara kita..ehh ye ke uoollss??


P/s : Sue dah kata kan..harini punya entry banyak pic muhaha :)
Terima kasih kepada encek FahmiYusof kerana memberi pinjam gambor2nya memandangkan beliau adalah selaku 'jurufoto' tak bertauliah pada hari tersobut ekeke :)

Monday, September 19, 2011

Hati Kering

As salam..
Semalam xleh nak tido..ntah apa datang bertandang dalam kepala ni addooiii..aiish. Baru je lepas release tension bergembira dengan program Santai Raya dengan kawan2 sekerja hehe..best2 nanti sue upload cerita later ya :)

Bercinta susah.. tak bercinta pun susah aiishhh (dah tua2 baru nak bercinta..inilah padahnya hihi). Dah mula buka ruang hati pada seorang lelaki.. macam main acuh tak acuh la pulak. Adakah semua lelaki macam ni??? errkkk adakah sue yang fobia ke atau apakah itu..?

Hmm.... Penat fikir, tak mau menafsir.. berlagak hati kering (tapi dalam hati ada taman munga huhu).

(Entry ni xde gambo yea ahaha..esok punya entry manyak gambar..ok adios :)

Wednesday, September 14, 2011

School with tears :(

As salam..
Semalam terasa mamy nak balik lunch hour kat rumah. Rupa2nya anak mamy nangis addoiii..nape la pulak. Mata dan hidung merah sangat macam menangis lama dah. Kata tok, masa ambil dari sekolah lagi dah nangis errrkkk..kenapa ya ? tetiba menyirap je darah huhu.. Tanya jugak sikit2.. katanya cikgu rotan... tanya lagi.. katanya kawan tolak kepala dia.. dunno which one. Hmm xpalah, cikgu marah nak mengajar. Kakak pun notty boleh tahan huhu..

Dia tu nampak macam kasar, tapi bila kita cakap kuat2 dia buleh merajuk. Katanya "mamy tu cakap kuat2 sangat, sakit telinga saya." ahaha. Tapi time dia bercakap kuat & notty sesangat..xpa pulak addooai... Ahaa, nama lagi 'budak' kan..apa sangat la yang dia tahu. hmm..wajar ke rotan budak 4tahun? erm entah la.. senakal mana pun rasanya kalau 4tahun belum wajar dirotan kot..tapi entah la.

Sangat tak sanggup tengok muka anak ketika dia tidur ~ kesian tahap maksimum !

Dah la si kakak baru je this year Alhamdulillah nak g school.. harap2 dia nak pergi school macam biasa.. mcm sebelum2 ni. Tadi dia dah minta mak tok tunggu dia kat school..oh No ! Jangan buat pasal wahai anak... terbang duit yuran school mamy bayar uhuuuu.. nanges mamy :(

Mamy dah doa.. kakak nak pergi school semula semalam. Pagi tadi pergi school nangis depan pintu school alamakkk kantoi.. Cikgu pujuk then ok balik. Lunch hour tadi mmay call mak tok..everything fine.. jap lagi 6pm mamy balik ya sayang :)


Salam Aidilfitri (3)

As salam..
Anak mamy nak beraya di school..walllaaa. Biskut tak banyak dah tinggal hehe. Bebudak suka kek kan.. ingat nak buat cup cake tapu cupnya pulak xda huhu. terpaksa lah buat kek choc moist yang sebiji je.. dapat la 1/2 kg hehe untuk anak mamy sayang bawak g raya.

Si kakak nak letak cekolat kaler2 ni kat keliling ahaa.. mamy follow ~


Senyuman menawan tanpa gigi dari anak mamy tercinta.. dah siap sedia nak g school dengan atoknya berbaju raya. Haipppp.. aunty, uncle, kakak, abang pls jangan ketawa hokkay ahahaa.. Selamat hari raya kakak :)..


Aidilfitri 2011 (2)

As salam...
Alhamdulillah raya tahun ni agak meriah dengan kehadiran sahabat handai & saudara mara. Hmm..xbanyak foto yg boleh dikongsi..ada kekadang lupa nak amik gambar.. al maklum sibuk di dapur (cehhh..saja nak bagitau yg sue sebenarnya rajin ahaksss)..

Yang ni beraya bersama rakan setugas.. Terima kasih Ja & Zira sudi datang beraya..



Yang ni pulak bersama ex-office mate di Publlic Mutual dulu.. thanks my dear friends.. Jalan punyalah jam..sampai jugak cik adik berdua ni sampai rumah sue ehehe :)


Saksikanlah mereka mencopet biskut raya saya yang semestinya sodap2 belaka ahaha :p

Chim Chum Syawal 2011

As salam..
Dalam meriah raya denga ketupat lodeh & lemang. Terasa jugak tekak ni nak makan benda2 lain ya huhu.. Member2 pulak ramai jugak yang turun so ape lagi.. hehe. Melantak time !

Kami plan makan-makan di Chim Chum, Lundang Kota Bharu. Chim Chum ni nak kena datang time perut kosong baru best.. sebab sini buffet, harga pun berpatutan dalam RM17.90/head. Makanannya pelbagai haa...tengok nih. Makanan sampingan lain macam nasi goreng.. kue tiaw goreng.. laksa thai.. buah buahan.. ABC pun ada.. pendek kata..macam2 ado :)


Ada special mangkuk hayun eh.. pot la kot yang membolehkan kita pelbagaikan cara masakan kita ceewah.. Ini rupa pot yg special tu ya adik2 hehe :)


Kita boleh bakar atau rebus daging.. ayam.. udang.. sotong..sayur.. makanan dingin beku macam2 ada.. (sila telan air liur hihihi..)


Makanan dah dimasak atau rebus ikut selera anda..ha ape lagi tunggu >> time tu melantak tak hengat ahaha ~
Sila abaikan muka kekenyangan kami huwaaaa :p

Nak balik dah.. bergambar kenangan tidak di lupakan hehe.. Thank you all my friends.. nanti lain kali kita jumpa & buat gathering lagi ya.. peace no war :)


Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri 1

There's a lot of thing to share here.. It's all about love, caring, happiness and sharing..
It shows everything.. everything that i can't explain by any best words in the world.. It's my family.. all of us. 


May Allah give the happiness, joy  and peaceful life to all of us..amin. Thank you Allah :)

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...