Wednesday, July 6, 2011

Hening Pagi

As salam sahabat..
Maaf lah menulis tidak dengan hati baru2 ini..sekadar upload foto dan bercerita tanpa 'rasa'. Hmm lain rasanya update blog dengan cara macam tu. Tak tahu lah bloggerz lain macam tu jugak ke tak? Harini.. ~ diiringi lagu Dimana kan ku cari ganti nyayian Sheila Majid sue update blog weeha :) ambik mood ambik mood.. mood menulis dari hati.

Bukannya apa..minggu lepas rasa diri ini kurang sihat.. ada rasa sakit kepala yang amat sangat dan rasa tak semangat. Hmm rasa nak g jumpa doktor. Bila di check apa masalahnya..guess what? my bloos pressure 180/100.. 2kali encik doktor tu buat pemeriksaan. Last2 dia bagi ubat & nasihat sebakul.. sue tahan telinga mendengar dengan senyuman tawar :|

Antara nasihat berguna encik doktor:
~ Kena jaga waktu tidur
~ Jangan terlalu stress
~ Kena jaga makan
~ Sekarang umur still muda.. your body masih kuat untuk menangkis segala simptom2. Itu sebab kita tak rasa sebarang perubahan. Tapi bila lama kelamaan & umur jugak meningkat, badan kita mula lemah. Dengan Bp yang macam ni boleh kena 'STROK' !!

Ya Allah..mendengarkan nasihat encik doktor..langkah kaki rasa sangat lemah. Tetiba tersedar bilamana kita langsung tidak menjaga diri sendiri sebaik mungkin. Mentang2 Allah beri kesihatan, langsung kita tak jaga. Nak tunggu jatuh rebah terduduk baru nak jaga kesihatan NO NO.. takut ~


So, bermula dari hari itu. Sue dah mula jaga makan & makan ubat ikut arahan doktor. Cuma..Sue tak pergi klinik / hospital kerajaan. Sue ke Pusat Perubatan Homeopathy & Akupuntur. Sekali buat akupuntur..allergic lah pulak. Sue memang xleh kena besi ni..even brooch tudung atau belt hua hua..menggaru lah pulak seminggu tu..hmm alahai. Makan pun sue jaga setakat mana yang mampu.. kurangkan makan nasi.. banyak minum air.. vitC 100mg everyday mesti ambik & senaman sekali seminggu..err cukup ke??? Insyaallah ada duit nanti beli alat senaman letak kat rumah so senang nak keluarkan peluh huhu (tolong jangan gelak ok..ini seriuss huhu).

Sekarang tengah fikir2.. sama ada nak teruskan projek buat biskut raya untuk SUfe Home Recipe or not?? kalau buat..sure kurang tido, penat dan stress akan ada juga terlibat sedikit sebanyak. Errr..belum buat decision lagik..

Ya Allah..ampunkan dosa2 ku. Maafkan aku kerana tidak pernah menjaga kemudahan dan kesenangan serta kesihatan yang telah Kau berikan selama ini. Berilah peluang kepada aku untuk terus hidup membesarkan anak ku.. mencari rezeki yang halal dari kurniaan kesihatan tubuh badan milik Mu ini. Amin

Wednesday, June 29, 2011

My 'S' carbonara


As salam..
Baru je makan spaghetti.. nak lagik uhuhu. Entah apa nak jadi la.
Tak reti2 nak berenti makan spaghetti kah kah. .ayat tak boleh blah.. da macam pantun pulak.

Bukan apa..semalam masa buat bolognese tu borak2 dalam HP ngan sorang member lama. Dia pulak sebut pasal cik carbonara ni.. once dia sebut terus je terasa dalam mulut..addeh. Tak leh nak buat apa dah..dok terbayang2 cik carbonara ni.. dengan kuah putih likat tu meleleh kat encik spaghetti..dengan mushroom lagik. Tak boleh jadi..kena buat sesuatu..saya jeles hokkay..

Akhirnya cik carbonara menjadi milik saya.. :)

Si baby jual mahal..mula2 tak layan, dia kata tak sedap. Last2 semangkuk jugak dia punya :) Terima kasih Allah..aku masih mampu merasa nikmat Mu. Eh topik tu My 'S' Carbonara tu means My Special Carbonara okkay!

Spaghetti Bolognese

As salam..
Minggu ni tekak dah nak merasa mende2 western je..eksyen je lebih ahaha. Nak makan kat luar karang mahal kan..nak makan bukannya banyak, nak makan sikit je. Tapi rasa NAK tu membuak2..xtahu kenapa. Nak kata mengidam.. oohooo sama sekali the answer in NO ahaha.

Apa lagik.. Balik je kerja terus ke kedai mini market tu cari bahan yang perlu.. sampai je rumah layan si baby sekejap terus masuk dapur. ketung ketang ketung ketang daaa siap..taddaaaaa ~

Yang paling best saat masukan ke dalam mulut..ada rasa kepuasan dapat makan.. err kenapa ya..ntah malas nak pikir. Yang penting si baby pun melayan spaghetti ni ahaha. Anak ngan mak sama jer..

Our Gathering 12th June 2011

As salam...
Walau sesibuk mana pun..tetap kena 'gather2' sekali sekala ya dak? ehehe..release tension. Kumpulkan geng2 ex-Public Mutual dan buat makan2..share segala cerita-ceriti sepanjang dah tak bersama lagi ni. Hmm..terfikir apa nak bawak untuk share ngan kawan2. Cupcake special je lah untuk semua..

Waa.. Aina dan Nurul siap pegang cuppy tu ekeke..macam model cupcake pulak. Nani pulak kata dia tak banyak benda nak share..bukan apa. Kami ni je mulut suka pok pek pok pek sampai Nani tenggelam kah kah. Anyhow.. kita punya gathering sangat best & happening. Insyaallah lain kali kita buat lagi ya kawan2.. mesti ada semua especially Tan, Arni.. lagi ramai lagi bagus.

Semoga silaturrahim ini berpanjangan..InsyaAllah.

Thursday, June 23, 2011

Rasa Itu

As salam..

Indahnya kita sebagai manusia ciptaan Nya. Kita yang penuh dengan rasa.. Kita punya rasa suka.. duka.. gembira.. tenang.. tegang.. marah.. sunyi.. cinta.. sayang.. senaraikanlah rasa yang kita ada..ajaibnya ciptaan Dia yang mana pastinya setiap satu rasa itu memberikan seribu makna buat kita.

Bayangkan berapa banyak rasa kita sepanjang hidup.. dan cuba hitung berapa peristiwa atau kenangan bagi setiap rasa itu untuk kita.. tak terhitung banyaknya. Congak hitung betapa kita mampu mengingati setiap kenangan dan rasa itu..

Bagaikan filem.. berputar menari di depan mata, saat kita bermuhasabah diri. Menilai kekhilafan kita.. mengingati keebahagiaan kita.. meratapi kesedihan cerita kita.. yang kita sendiri tak tahu bagaimana kesudahan dan pengakhirannya.

Semoga Allah mengekalkan kehadiran 'rasa' itu dalam diri kita supaya kita mampu mewarnai hidup seindah pelangi walaupun selepas hujan yang lebat.

Tuesday, June 21, 2011

Pemalas

As salam..
Ntah apa penyakitnya.. ntah apa yang tak kena. Rasa tu memang membuak2 dalam diri.. Segenap sudut segenap ruang dah dipenuhi rasa ni. Aisssh..sangat bahaya. Bak kata Wonder Pets ~ this is serious !! keh keh.

Semoga rasa ini bukan untuk selama2nya nak tumpang dalam diri.. Tumpang sekajap dah la encek malas.. bagi peluang cik rajin, cik cinta dan sayang singgah pulak.

Abadikan pelamin member bersama anak tercinta ~


Friday, June 17, 2011

Cuti Peristiwa

As salam..
Sempena dengan cuti peristiwa bola Kelantan lawan Terengganu kami pergi berkelah..tak semena2 dapat cuti ya. Best jugak ya.. Hmm..mak request nak g kelah..dekat je ada lah 5minit dari rumah. Masak nasi lemak untuk makan pagi then sambil beriadah.

Dapat pulak port best kat situ..baby & su suka sangat..




Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...