Monday, June 27, 2016
Hati Mati
segala rasa turut pergi
segala rindu terbang tinggi
segala cinta tiada lagi
jangan pernah salahkan aku
bila kedegilan aku terlalu
kerana kau mengajar aku
hingga diri celaru keliru
bila hati mati
tiada tangis lagi
yang ada cuma mimpi.
...
27/6/2016;12:28tgh
Tuesday, June 21, 2016
Tart Nenas..Tart Blueberry
Takpalah..yang penting harini nak cerita..cerita penat yang memang penat. Rasanya kalau dulu, setakat buat biskut raya sikit-sikit macam ni takda masalah. Tapi kalini lain macam penatnya. Pinggang sakit..betis sakit..
Rasanya ni kes meneran kulit tart ni.. Addoiii..memang sangat terasa. Mungkinkah kerana faktor usia? ? Woohoo...makin meningkat usia..makin menjadi-jadi penat hehe.
Yang penting..tart-tart memang mabeles dari segi rupa alhamdulillah. Rasa..bukak puasa karang kita try. Jom skodeng rupa tart..
Kepada rakan..sahabat yang nakbbuat tart lepas ni..selamat mengetart ya hehe :)
Friday, June 3, 2016
Pulut Durian
Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah..
Ni nak bgtau..pulut tu kalau nak tanak, boh je dalam rice cooker. Air kena 1 ruas jari atas beras pulut ya..elok ja pulut masak..cantik. .tak lembik..tak pula kurang masak. Kalau masak atas dapur..kerak banyak benau.. Kalau kukus takda problem..memang mabeles.. Jom makan..tak leh tenung lama-lama..bismillahirrahmanirrahim..
Aku Kembali
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...
-
Assalamualaikum semua.. Wow..pasar besar Tumpat dah pindah. Dulu dalam bandar Tumpat, agak padat bila bangunannya di tengah-tengah bandar Tu...
-
Assalamualaikum.. Sesungguhnya..bila tonton episod cerita ni..teringat pada 'dia'.. Dahulunya...dia seorang pelindung..setiap kali...