Friday, July 7, 2023

Aku Kembali

Assalamualaikum
Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku diantara waktunya. 

Banyak..memang banyak. Ada yang boleh dikongsi, ada yg hanya mampu aku sematkan ke dalam hati sebagai semangat untuk aku terus bangkit berdiri, malah mungkin berlari mahupun mungkin terbang tinggi.. Siapa tahu? Semua atas takdir dan perancangan Dia Yang Maha Esa. 

Terima kasih Allah di atas rezeki dan rahmat kasih sayang Mu yang tak pernah putus buat aku dan anak. Kehidupan kami macam biasa..tidak berada, tidak terlalu tiada.. secukupnya..serba sempurna dimata..namun kami bahagia dgn cara kami..alhamdulillah.

Monday, October 17, 2022

Terima Kasih

Hadir bersama harapan
Hadir bersama kasih sayang
Hadir bersama sokongan

Terima kasih segala pengorbanan
Allah Maha sebaik perancang
Ampunkan dosa² kami

Tuesday, April 26, 2022

Bukan Penagih Cinta

Kadang kita cerita bukan untuk minta simpati,
Kita cerita kerana ingin meluahkan apa yang terbuku di hati,
Agar tidak menjadi beban terpikul sepanjang menjalani hari.
Walau cuma cerita kecil luka di jari, walau hanya sekecil² cerita tentang diri.

Terima kasih menjadi pendengar,
Terima kasih sentiasa ada, 
Terima kasih untuk setiap masa
Terima kasih segala-galanya.

Walau aku bukan siapa-siapa.
25042022

Tuesday, April 12, 2022

Miela

Cerita ini tentang Miela. Hari ni baru mamy nak menulis tentang Miela. Air mata ? masih ada sehingga hari ini.

Selepas Mama Jia asyik bunting ja, Miela lah yg manja dengan mamy. Teman mamy tidur.. berpeluk dengan bantal tecik tu. Miela yg gebu, yang manja, yg suara nyaring. Selalu tunggu mamy bagi makanan atas kabinet dapur. Selalu kacau mommy makan, berdiri atas kerusi meminta²..

Mamy dah pesan jangan gatai. Dalam pada dok jaga tu, hang bunting jugak πŸ˜₯. Nak beranak pulak di pagi Jumaat yg mulia. Tiba²..baby pulak songsang,keluar ekor dulu. Kami semua dah cuba tolong, tapi tak boleh. Hari Jumaat Miela,xda klinik buka..mamy pujuk tunggu pagi Sabtu. Malam tu mamy xleh nak tido, kejap² keluar tgk Miela sbb dah tak nak tido dengan mamy dah. 

Pukul 3pagi, mamy p ambik Miela, dokong letak atas riba mamy sampai Subuh. Mamy bgtau, Miela tunggu dalam kotak dulu ya, mamy nak solat tahajud dan subuh. Masa tu Miela dah start mengiau..nyaring mungkin sakit. Mamy ni dah nangis nak..sedih sbb xdapat tolong Miela. Lepas solat subuh, lambatnya masa berlalu nak ke pkl 9pg tunggu klinik buka.

Mamy doa..moga Allah ringankan sakit Miela. Permudahkan urusan Miela dan mamy juga. 8.30pg mamy duduk tepi Miela, Miela dah tak bising, diam..Mamy panggil pun Miela xjawab. Adakah Miela tinggal mamy dah? Ya..Miela dah pergi..Allahurabbi tak terbayang kesesihan mamy bila tengok anak sakit semalaman tapi tak boleh bantu apa². Mamy tetap  menyalahkan diri sendiri sampai ke hari ini. 

Mamy bagitau ciksu, Miela dah takda. Mamy dukung Miela..cium..minta maaf pd Miela, pada Allah sebab tak dapat bantu. Maaf ya sayang. Mamy kejut kakak, bagitau..dia pun sedih, pegang ja Miela. mamy dokong Miela sampai belakang. Air mata jangan dikata. Hanya Allah ja yg tahu apa bersarang dalam jiwa dan hati mamy. 
Bye Miela..mamy tetap ingat dan sayang Miela. Bantu mamy disana nanti..πŸ˜ͺ


Friday, May 14, 2021

Aidilfitri Aku 2021

Assalamualaikum.
Banyaknya benda bermain difikiran ni. Kita solve satu². Aku tahu..apa saja permintaan kita kepada Nya,terus mohon dalam doa kita. Dalam blog ni cuma luahan yg dalam..selebihnya kita simpam dalam doa pada Dia. 

Raya kedua kita dalam PKP. Takpalah adik beradik xdapat balik,asalkan kita semua dalam jagaan dan kasih syg Allah. Mengikut arahan untuk kebaikan dan kesihatan kita juga adalah satu tuntutan dalam agama kita kan, pakat doa moga Allah segera hapuskan virus covid di mukabumi ni agar Silaturrahim kita boleh serapat dulu. 

Aku pun cuba wujudkan suasana raya utk abah dan anak² di kampung sbb aku memang stay dgn abah. Dari awal dah simpan duit apa patut utk raya kali ni. Tak banyak pun, untuk kita² ja..masak rendang, ketupat dan lodeh macam kebiasaan raya pertama Abah..abah kan orang Johor. Raya kedua biasanya masak nasi minyak ke atau nasi beriani cara aku ja,simple. Ini dah tradisi famili..memang tiap tahun dari kami kecik², mcm ni lah menu aruah mak. Insya Allah,aku xkan ubah..biarlah abah rasa seolah² mak masih ada dgn kita semua waaupun mak dah tinggalkan kita sejak 2014..tiba emo pulak πŸ˜ͺ

Tarik nafas..hmmm ok kembali ke cerita kita. Aku dihadapkan lagi dgn kisah diriku yg tak kesudahan. Aku tak pernah persoalkan kenapa aku diuji sebegini lagi dan lagi. Allah yang telah susun atur segalanya,aku jalani saja. 

FASA 1
Jatuh bangun aku sehingga bankrap pada tahun 2008 hasil dari kerja ex-husb. Memang aku marah,rasa gelapnya dunia bila nama blacklist..nak buka akaun xboleh,akaun semua freeze..apapuntabulih la org kata. Mengamuk pun tak guna, aku kna cari penyelesaian bukan meratap..itu cara aku. Aku tak suka duduk meratap,menangis mengenang segala dukalara masalah berguni²..

Aku akan diam..fikir..apa tindakan  yg patut aku buat supaya aku dpt keluar dari masalah tu. Fasa diam..fikir tu mungkin mengambil masa, tapi aku akan track semua tu sehingga tiba masa untuk aku buat keputusan. Bila aku dah buat keputusan, aku belajar utk firm dan tegas dgn diri aku sendiri. Kadang bukan tak mahu beri peluang..tapi pada org lain mungkin peluang aku ni tak ada harga tapi xpa, Allah tahu.

Mendaftar dengan Jabatan Insolvensi membuka mata aku yang bankrap ni. Rupanya aku masih boleh bekerja, buka akaun cuma segalanya dengan sokongan dan perlu memaklumkan pada jabatan..alhamdulillah aku xsalah langkah. Takdir aku dapat bertukar kerja walaupun kontrak tapi sangat dekat dgn rumah abah dan mak. Takdir juga aku ditemukan dengan org yg baik² walaupun berlainan bangsa. Setiap end of year, beliau akan tolong submit permohonan keluar dari bankrap. Bukan aku tak usaha ya..baca sana ya setiap hujung tahun beliau akan ingatkan aku. Terima kasih Sir, saya ingat sampai mati jasa Sir bantu saya sehingga tahun 2019 tanpa jemu.

FASA 2
2011 ditakdirkan Allah, terbukanya pintu hati aku untuk kembali bertukar ke status isteri. Siapa yang pernah doa kahwin-cerai? ada sesiapa boleh bagitau?? Nobody want it..semua org doa untuk perkahwinan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, nak tua bersama..hidup mati bersama..tak gitu? samalah aku pun. Sebab apa, fitrah manusia begitu. Semua org nak kehidupan terbaik utk diri dan keluarga. Tapi jika ditakdirkan hidup kau tak seperti yang kau harap² kan, kau nak marah siapa? kau nak salahkan siapa? Bukan ke kau kena berbalik pada Takdir dan Qada Qadar Allah?

Ya,aku bukannya alim sangat tapi aku sentiasa ingatkan diri aku untuk REDHA..memang mudah disebut tapi payah di buat tapi aku gagahkan. 2015-2019 bukan satu masa yang singkat untuk kita hadap. Hidup berumahtangga kadang setahun cuma 2kali bukan satu perkara yang indah untuk dibicarakan, status ada tapi tanggungjawab & nafkah tiada bukan suatu yang manis untuk ditelan.. 

Dalam waktu itu,aku jalani hidup aku seperti biasa. Mencari nafkah tunggang terbalik sendiri.. menyara diri dan anak tanpa menyusahkan sesiapa. Dengan harapan, aku cuba mengerti kepayahan dan kesulitan diri dia..jadi aku berdiam jalani hidup sendiri. Aku pastikan makan pakai anak terjaga, tak cukup dgn kerja aku buat side income jual biskut raya, ambik pakej katering kecil kecilan semua utk tambah pendapatan yg sedia ada. Sebab apa? sebab aku tau nanti anak if anak masuk asrama atau dpt keputusan elok dalam UPSR mesti dapat tawaran so aku kena prepare utk itu. Ada aku menyusahkan sesiapa? NO..even abah pun aku tak pernah sulitkan dalam keadaan aku. Setiap hari anak dalam dewan peperiksaan,aku solat hajat dan mengaji utk dia..alhamdulillah agak cemerlang keputusannya. Dapat ke sekolah di Besut..alhamdulillah
 Setiap dua minggu sekali aku ke Besut melawat anak,dah tentu perbelanjaan bertambah tapi pendapatan tetap sama weyy. Sebab tu aku selalu buat kerja luar, tak kira apa untuk ada penambahan sikit sebanyak. 

Aku yakin bukan aku ja macam tu,ramai lagi org kat luar sana buat 2-3kerja kan, buat grab..food panda..jualan kuih muih..jualan makanan dan sebagainya utk tambah pendapatan,terutamanya zaman kita berdepan dengan covid. Sebab apa, sebab kita tahu kita xcukup..dan kita ada tanggungjawab yg kita kena tanggung..anak yg nak disuap. Tak kira apa juga keputusan yg kau nak buat,segala tanggungjawab yg kau dah sedia pikul dibahu tu kau kena galas supaya ada keainambungannya. Bukan kau boleh tinggal separuh², boleh pilih eh yg makanan anak ni kena standby, eh insuran tak payah bayar, kereta tak payah bayar dulu, anak tak payah melawat, isteri biarkanlah sbb dia ada gaji..ehh tiberr. Tak boleh,kau kena prepare utk galas tanggungjawab yg dah terpikul atas bahu. Sebab tu aku selalu mencari, berusaha cari kerana aku nak kena berdikari supaya aku tak tinggalkan tanggungjawab itu sebegitu sahaja. Akulah ayah dan emak buat anak aku..thats it. Aku kena cukupkan semua.

Kenapa nak kata aku ego dan riak? apa ja yg aku ada? ingat aku ada mercedez/bmw ka kat rumah? apa aku ni ada bibik balik ja semua tersedia? apa aku ni ada driver nak kesana sini org tlg pandu? apa aku ni ada wang berkepuk² bawah katil? Apa aku ada kawan ngan Dato² yg boleh sponsor makan pakai aku selama ni? kau ingat aku petik jari ja semua dapat? aku nak beli HP baru pun dari tahun lepas pun aku hold tak buat² sampai sekarang, ni dah nak masuk ½ tahun 2021 tau. Aku dahulukan benda yg patut didahulukan. 

Ya Allah..kadang sesak dada aku nak pikir perangai manusia ni. Aku berdiri sendiri wey, kau duduk dgn aku..kau tgklah apa aku buat sehari². Kalau tak bergerak utk cari duit sana sini tu bukan aku. Sebab aku xnak aku dan anak aku susah..atau menyusahkan org lain walaupun aku sorang isteri yg ada suami. 

Untuk apa sibuk nak ungkit keluar benda tahun 90an utk apa? aibkan diri sendiri,share merata for what? Setiap manusia ada sisi hitam dia, dia ada hak untuk berubah ke arah lebih baik dan dekat pada yang Esa. Allah saja yg tahu, Allah saja yang mampu pilih siapa yg dia nak ampunkan..itu hak Dia. Kita sebagai hamba, berdoa..taubat dgn apa juga kesalahan yg kita buat,selebihnya adalah urusan Allah semua tu. Kita semua pendosa, kita mohon ampun dengan Dia..bukan mohon ampun dalam FB atau whatsapp..sebab itu doa adalah bisikan tapi kedengaran di langit. Kita berbisik..mengadu..bercerita pada Allah, Allah dengar..bukan p cerita canang satu FB dan whatsapp status. 

Cukuplah aku katakan,aku dah muak dan xnak dengar semua cerita mengarut. Aku nak pandang ke depan, melangkah dan terus melangkah mengejar impian. Bukan mengundur, undur terus ke belakang dan masuk longkang! Setiap hari otak kena refresh utk melihat masa depan bukan masa lampau yang kelam. Lihat jauh kedepan, rancang apa yg kita nak...then go for it. Jangan meratap kegagalan dan kepayahan yg kau dah tempuh dulu,itu semua sebagai semangat utk kau bergerak ke depan,bukan sebagai kawat duri yg melekat menarik kau jauh ke belakang. 

Membahagiakan insan terdekat yang aku sayang dan mereka yang sayang aku adalah bahagia aku. Yang mengeji aku, menuduh aku, meludah muka aku silakan,aku maafkan namun aku janji aku tak berpatah balik. Aku akan tetap melangkah..dengan izin Allah, sokongan abah,adik beradik dan keluarga. Korang jangan bimbang,aku nampak macam perempuan lemah dari luaran tapi dalam aku tidak,insya Allah..aku bangkit!

Aku nak terbang wey...aku nak terbang. Aku bukan nak kaya sampai ada berjuta²..asal aku mampu membantu insan lainnya pun dah cukup untuk bantu bekalan akhirat juga. Aku ada impian,bukan nak melangut menunggu sehingga api semangat aku padam. Sehingga Allah masih nyalakan api semangat ni,aku akan tetap berjalan, berlari dan mana tahu satu hari nanti aku mampu terbang..doakan aku kawan. 

Selamat Hari Raya Aidilditri 2021
14-05-2021
Aku Pendosa


Friday, April 2, 2021

Pahitnya Sebuah Kenyataan

Bismillahirrahmanirrahim
Aku tak tahu dari mana nak mula.. Yang pasti kisah aku semakin ke penghujung. Setelah dihamparkan segunung impian, lalu kau ditinggalkan harapan. Untuk aku keluar dari fasa kekusutan ini bukan mudah. 


Sejujurnya, aku dah tamatkan fasa meratap menangis hiba..sayu dan diam seribu bahasa atas apa yang telah terjadi. Aku juga telah tamatkan fasa mengungkit dan berkira,kenapa aku begini..kenapa begitu, kenapa laluan aku begini, kenapa..kenapa dan kenapa? 

Hanya kerana aku ajarkan diriku erti REDHA. Aku ajarkan diri aku untuk kembali tenang setelah badai besar, terima semua takdir yg Allah dah tetapkan untuk aku. Walau aku tiada jalan pintas, aku ambil masa yang agak lama untuk kembali mengenal diri, bangkit mencari diri sendiri yang hilang, cinta yang tak kesampaian dan mengutip semua bintang yang berguguran..tetapi aku tetap bangkit..untuk keluar dari semua kekusutan dan kesakitan masa lalu.

 Jalan yang Dia telah lorongkan untuk aku memang berliku dan penuh duri, tapi Dia memberikan banyak ketabahan dan keberanian untuk aku melangkah walau  tempang. Walau tak segagah dan segah orang lain,tapi aku tetap berjalan dengan cara aku. Memang tidak mewah, tapi aku pastikan aku sentiasa bergerak maju tapak demi tapak, selangkah demi selangkah.. Dengan rahmat dan lindunganNya..aku masih tegak berdiri disini. Terima kasih Allah..kerana sentiasa bersama aku walau aku tak layak untuk semua itu. Walau aku hanya memberi sedikit, tapi sentiasa Kau hadirkan aku dengan banyaknya rahmatMu. Kerdilnya aku dan amalanku jika dibandingkan kasih sayang dan rahmatMu.

Ketahuilah, kepayahan aku untuk keluar dari semua perasaan, impian dan harapan itu. Janganlah paksa aku untuk kembali lagi ke sana,seperti dulu. Adakah hanya kerana aku boleh berdikari dan bergerak sendiri? Adakah hanya kerana aku ini sangat sempurna pada pandangan mata mu? atau apakah sebenarnya yang kau cari dari aku? setelah semua harapan dan impian itu kau runtuhkan.

Jutaan kemaafan aku pohon. Dikali ini.. hati ini telah patah, jiwa ini telah lohong. Katakanlah apa mahu mu, aku sudah menetapkan pendirian dan perjalananku sedari lama selepas aku bangkit dari tidur yang lena..ya, aku tidur dalam impian dan harapanmu. Setelah aku bangkit, aku teruskan semuanya tanpa ragu, tanpa air mata, tanpa keluh kesah...aku berjaya bangkit dengan izinNya.

Cukuplah. Belajarlah untuk terima dan redha. Terimalah kenyataan walau pahit, kerana aku telalh melaluinya dan aku berjaya laluinya. Kau pun pasti akan mampu laluinya..

(suesephia, 30.03.2021)

Klinik Gigi

Bismillahirrahmanirrahim

Mengisahkan pasal gigi anak ni, Ya Allah risaunya bukan main. Asalnya ke klinik kerajaan nak dapatkan rawatan untuk braces sebab gigi atas dia memang kedepan dalam 4mm gitu. So, ikutlah rawatan dan temujanji berbulan bulan,rasanya lebih setahun sebab dari masa cuti lepas anak UPSR sampai dia naik Tingkatan 2. 

Accidently pada satu hari sebelum temujanji pakar, doktor nak buat kemasan so dia baiki semua tampalan lama dan buat tampalan baru pada 4 tempat yang memang tak sakit termasuk gigi depan rabbit dia.

Esok ja,anak mengadu gigi depan dia sakit. Minta anak bertahan la sebab baru buat,sekali bengkak macam mulut ikan muncung sebab gusi dia bengkak. Pergi klinik balik, tiba² Doktor kata gigi tu dah goyang..gigi dah mati..dan kena buat rawatan akar. APA? sebelum ni tampalan tu ok ja..kenapa lepas dia buat jadi macam tu??? Doktor kata gigi tu dah lama rosak, padahal selama yang kami dok p rawatan di klinik  takda siapa sebut pun yg gigi depan tu dah rosak.

Korang bayangkan gigi depan, anak perempuan..boleh ke mak dia duduk relaks ja? Perasaan tu xpayah cerita la, nak marah pun ya..kecik hati pun ya walaupun xpatut rasa macam tu. Cuma kesian kat anak. Doktor boleh pulak cakap..gigi dah jadi gini,macamana la nak pakai braces depan muka anak lagi. So, apa perasaan budak umur 14tahun dengar ayat macam ni?? berair mata budak tu.

Sebagai mak yg sah perasaan huru hara dalam diri ni, p la survey cari klinik. Teringat yg p buat kat klinik swasta Dr veteran sikit. Harga ok dah πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ, tapi dok ulang alik beberapa kali..masih lagi tak selesai. Buat rawatan dengan dia tapi kena p xray di KB. Masya Allah, 4kali xray tapi besi yang masuk tu terlebih. 

Masa dah makin suntuk sebab 3minggu lagi dah kena balik asrama, alih² pi tanya kat klinik yg dok xray tu. Memang mahal la πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ, cuma perkara ni selesai dan anak boleh tumpu belajar bila di asrama dan kita pun tumpu cari rezeki. Oklah..buang duit sikit janji anak selesa dan rawatan selesai.

Moga selesai lah urusan rawatan kali pertama harini 5 Mac 2021. Dan rawatan seterusnya 14Mac 2021. Alhamdulillah, xda rasa sakit langsung dah. Selesai tapi duit banyak terbang.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...