Sunday, April 14, 2019

Harga Seorang Wanita

Sedih..terkilan..terkedu bila sahabat baik terus memeluk dengan hibanya mengalirkan air mata. Ya Allah..kenapa? 

Kenapa layanan sebegitu kau hadiahkan kepada seorang isteri wahai lelaki yang bergelar suami? Kemanakah rasa belas kasihan..kasih sayang yang bertahun kau kongsikan? 

Aku tahu betapa sahabat aku itu menyayangi dan menghormati dirimu sebagai seorang suami. Melepaskan jawatan di sebuah institusi pembelajaran dan mengikut suami adalah satu keputusan yang paling sukar sahabat aku lakukan. Sanggup berjauhan dengan mak dan ayah yang selalu bergantung harap walau ada adik beradik lain. Mencuba bisnes sendiri dari rumah, supaya dapat menambah pendapatan keluarga disamping dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai ibu untuk anak² mu dan isteri kepada mu. Apa kau tahu semua tu?

Bukan mudah menjadi ibu kepada anak² yang bukan anak kandung dia, tapi sahabat aku sentiasa positif dan menyemai rasa kasih sayang buat anak² mu. Aku sendiri pernah menyaksikan keakraban anak² mu dengan 'mama'..panggilan buat sahabatku. Hinggakan aku sendiri mengaguminya, kerana aku sendiri tak mampu menjadi seperti dia.

Hari ini..sebegitu sekali amarahmu terhadap sahabatku..sebegitu bencinya kamu kepada sahabatku hinggakan kau menghalau dia dari rumah? Lelaki bagaimana kau ini.. suami bagaimana kau ini? 

Sahabatku juga adalah umpama adik ku. Sedih dia juga sedihku..kecewa aku juga kecewa dia. Tergamaknya kau membuang sahabatku seperti sampah? Begitukah harga seorang wanita dan isteri buat seorang lelaki dan suami? Tahukah engkau kesedihan dan kekecewaan sahabatku itu setelah semuanya dia lakukan untuk kau?

Aku sudah banyak kali menyaksikan kekecewaan dan kesedihan seorang wanita..dari sahabat² ku malah dari diri aku sendiri. Walaupun begitu, jangan terlalu leka..kerana aku jugak seringkali menyaksikan kebangkitan dan semangat seorang wanita yang telah disampahkan oleh suaminya yang disayangi. Sahabatku pasti akan bangkit kembali, beraksi di pentas yang kau sendiri tak pernah terfikir, kerana sahabatku punya semangat yang tak pernah padam apinya..semangat juang yang tidak mudah dikalahkan.

Wahai lelaki, kami wanita juga punya harga diri..walaupun pernah kau campakkan ke tapak kaki.

No comments:

Post a Comment