Monday, November 28, 2016

Having Fun Sayang

November 2016..cuti sekolah. Fly to Shah Alam, pick up Ikhmal and sekaligus bawa kakak bercuti di sana.Tak sempat berjalan ke mana pun sebab Uda pun ada kelas, Pak Uda pun bekerja. Lagipun, we set the holiday on weekday..jadi pasrah haha. 

By the way..alhamdulillah, semalam sempat jumpa Paklong. He treat us dinner with whole family. twelve of us with ikan kukus..tomyam..telur dadar..kailan ikan masin. Thank you so much Paklong. Semoga terus murah rezeki..insya Allah.

Today..mamy ask Uda to drop us at Giant Shah Alam. Anyway..hopefully she's having fun bina memori indah cuti sekolah walau hanya bermain dalam Giant Shah Alam dengan Ikhmal dan Izham. Have fun sayang mamy semua..


Sunday, November 27, 2016

Salam Sayang

Allahuakbar...
Tabahkanlah hati menempuh liku2 hidup. Setiap apa aturan dari Allah itu adalah terbaik untuk kita..sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita nampak atau tidak.

Subhanallah..
Tiada kata2 melainkan hanya doa..mampu berdoa..agar semua kepayahan menjadi mudah, segala kepahitan menjadi manis, segala kesusahan menjadi senang..agar tidak membebankan insan2 lain.

Alhamdulillah..
Terima kasih kepada insan2 yg sentiasa menyokong..support jiwa dan raga.. yg semakin merapuh. Sepenuh penghargaan dan juga kasih sayang buat kamu-kamu yg sentiasa berada di belakang, menjadi benteng supaya diri ini berdiri. Maafkanlah andai menyusahkan, ampunkanlah kira adanya kesilapan..kerana aku juga insan yg punya perasaan.

Terima kasih ya Allah. Ampunkan aku umatmu yang penuh alpa dan kekhilafan. Salam sayang..

Saturday, November 26, 2016

Mencari MrPilot

Alhamdulillah..dah mula cuti sekolah. Ambil masa sikit..bonding time dengan kakak dan adik bongsu. Fly ke KL melawat Pak Long dan Mak Uda. Tq abah dan ummi tlg hantarkan kami. Here we are at the airport..heading to Subang Jaya..insya Allah.

Suppose flight jam 4.05ptg..then reschedule 4.40ptg...then again reschedule to 5.10pth..oh my..oh my.. Takpalah..janji semua selamat..
insya Allah.

Takda nampak MrPilot lalu lalang pun...
Geng xleh move on surihatimrpilot yeay!


Friday, November 11, 2016

Tie & Die

Morning merepek!
Whatever happened..just let it be. Bersihkan hati..lupakan! buang dari ingatan..buang jauh dari hati yg selalu menyimpan perasaan..supaya masih ada ruang utk menyimpan perkara yang baik-baik berlaku dalam sejarah kehidupan.

Tali leher berjenama atau tali leher buatan China hadiah dari seseorang? which one you choose? only you knows what's the best for you right. Talk about me, barang pasar malam yg murah pun kalau elok di mata dan tak melanggar undang2 Allah..saya beli dan guna..itu saya. Tak ada kepentingan branded for me..yg hidup ala kekampungan ni. 

Whatever it is..ada pengajaran sikit disini. Apa saja hadiah or pemberian dari orang lain untuk kita, walau tak kena dengan taste kita..simpanlah buat kenangan. You don't have to tell them directly yg your hadiah is this and that. Accept it and use it..If u can't use it..just keep it safely with you. Orrr..if you really don't want to see it..just throw it away. Atau lagi satu kalau nak pahala berpanjangan. sedekahlah kepada org lain yg memerlukannya. Sekian merepek for this wonderful Friday morning.


Ejaz..mana tali leher you? 

Wednesday, November 9, 2016

Pertemuan Pertama

Wowee..
Nice topic to discuss with hubby dikala dia rajin melayan whatsapp bini dia yg agak sengal nih.



Mengimbau detik pertemuan kami yang memang legend haha. His answer is.. "April 2004 di Pusat Bandar D'sara antara 3pm didepan AmBank".. Hahah..his answer make my heart dap dip dup..tepat dan jitu. Dalam hati..sombongnya encik ni, bagi dokumen kat dia..say thank you then terus blah. Tak sempat nak say something..jangankan something.. nak sebut 'welcome' pun xdan. Ingatkan kita ni yg lembab..rupanya dia yang terkujat dengan kita yg serba chumel kuasa 12 nih haha (statement tipu semata). Mengimbau kenangan lama katanya..gelakkan dia lagi sekali. Oklah..babaiii

Monday, November 7, 2016

Semalam Yang Hangit

Assalamualaikum..
Hmm..kalau dapat panggilan dari pihak atasan mesti nervous kan. Ada lah tu apa yang xkena..bertabahlah 😂

Dikala masa tu pulak kita tengah buat kerja luar (bukan mengular)..sila take note ya..hmm. Redha dan terima je lah dengan hati terbuka..ya..ya kan je lah. Nak deny pun xmampu.. Berubah ke arah yang lebih baik..insya Allah. Tapi kan..satu malam semalam dok teringat2 kata2 tu..mcm nyamuk dok tepi telinga ngo ngeng..ngo ngeng.... Aiishhh..ok..ok lah..saya terima dengan hati rela dan redha.

Sebenarnya,saya tgh dalam mood bekerja yg sangat efektif ni rasanya. Tapi bila dpt call yang macam ni... terus merudum jatuh tahap mood saya yg mencanak2 tu. Sebab apa..sebab this month will be the bussiest month for us..betul ke eja bz tuh?..ok belasah haha. Bulan ni macam2 aktiviti kena buat..dan memang happy gila bila bz mcm ni sebab boleh fokus. Bila ada gangguan yg macam ni..rasa sangat tak suka.

Ok..apa2 pun, kembali fokus. Merancang dan melaksanakan tugas dengan jayanya dengan penuh rasa tanggungjawab di dada gituu. Anggaplah macam kena gigit nyamuk..kejap je bengkak..letak minyak nanti ilang la kakaka... Bersiap..nak masuk office..babaiiii


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking