Wednesday, August 24, 2016

24 Ogos 2016

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum..

Ya Allah,
Terima kasih di atas segala kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada aku, untuk aku rasai kemanisannya. Terima kasih juga di atas kedukaan dan kelukaan yang Kau hadiahkan kepadaku, agar aku dapat merasakan jauh atau dekat aku dengan Mu. 

Hari ini, usia meningkat lagi setahun..adakah aku mampu menjadi hamba Mu yang baik? Aku yang selalu leka dan lalai dengan kisah dunia, tentang perasaan cinta, kasih sayang sesama manusia..hingga terkadang aku lupa kasih sayang aku pada Mu..ampunkan aku Ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang tak pernah merasa cukup dengan pemberian Mu, sentiasa mahukan lebih dari Mu..sedangkan aku tidak pernah melebihkan Mu..ampunkan aku Ya Allah..  

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunkan lah segala kesilapanku, aku tahu tak terhitung dosaku sepanjang hidupku Ya Allah.. walau dalam sedar mahupun tidak. Maafkanlah aku hamba yang hina yang selalu berdosa. Peliharalah aku dalam pelukan dan kasih sayangmu Ya Allah, jauhkan lah aku dari bala bencana dunia dan azab api nerakaMu Ya Allah. Tiupkanlah semangat dan tegurlah aku bilamana aku tersasar dari jalanMu... bimbinglah aku ke jalan syurgaMu biar aku sentiasa dekat denganMu. Janganlah lalaikan aku dengan hal keduniaan semata-mata, cuitlah aku andai aku terlena. KepadaMu aku berserah, amin..amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, August 19, 2016

Bila Pernah Ada cinta

Setiap dari kita punya rahsia hidup kita tersendiri dan sudah tentu segala rahsia kita semua berbeza. Perasaaan kita juga berbeza-beza dalam kbita menghadapi apa saja situasi mendatang. Melihat sesuatu perkara atau kejadian, pastinya mengingatkan kita akan kisah hidup kita sendiri.

Harini ini, aku melihat seorang kekasih yang akhirnya bertemu kembali kekasih lamanya. Dia yang telah mempunyai isteri dan anak-anak, secara kebetulan menemui  bekas kekasihnya yang juga telah berkeluarga. Susah untuk diungkap perasaan apa yang bersarang di kepala mereka berdua. 

Mungkin ada cerita yang masih tergantung, mungkin ada rindu yang pernah terbiar, mungkin ada sayang yang pernah wujud di hati-hati mereka atau..mungkinkah segalanya telah berubah hingga telah menutupi segala cerita mereka dulu? Tidak siapa pun yang tahu kecuali hati-hati itu sendiri. Bukan tidak memberi sepenuhnya cinta dan sayang kepada insan yang telah mereka kahwini, tetapi mungkin ada memori lama yang masih belum dipadamkan dari minda yang dicipta Nya selagi kita bernyawa. 

Walau apa pun, teruskanlah kehidupanmu sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang suami dengan penuh tanggungjawab terhadap pasanganmu masing-masing. Mungkin dialah jodoh yang telah ditakdirkan, jalanilah kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Semoga bahagiamu hingga ke syurga bersama, amin.



Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking