Wednesday, January 20, 2016

Sensitif Tak Bertempat

Assalamualaikum..
Hmm..sensitif betul lah depa ni. Mesej yg nak disampaikan tu kena paham..bukannya nak suruh peluk anjing. Aiish...pasai gambar ni pun kecoh kat group whatsapp.. Kalau keluar gambar bagai2 ala lucah tu rajin pulak komen murni2 ya.

Kadang2 xpaham perangai manusia nih.

Monday, January 11, 2016

Usaha Dan Tawakal

Asaalamualaikum.. Bukan mudah untuk mengenali kebolehan diri. Ianya mengambil masa yg agak lama untuk diri seseorang. Mungkin dengan adanya tekanan atau masalah membuatkan kita lebih menonjolkan kebolehan diri atau mencari kemahiran baru, memaksa kita mencuba sesuatu yang baru.

Pada awalnya sue fikir, apa yang boleh buat/jual untuk menambah sumber kewangan tanpa menggunakan modal besar?..mungkin hanya gunakan kemahiran yang ada. Aruah mak mahir buat cookies dan kek, maka sue berusaha menggunakan kemahiran yg diperturunkan oleh aruah mak untuk menapak ke tahap baru dengan membuat cupcake, biskut raya & kek jugak. Alhamdulillah..maka terhasil lah www.sufehomerecipe.com.my. Walaupun tidak secara meluas,namun sedikit sebanyak dapat memberi side income..alhamdulillah.

Kita tak tahu setakat mana kemampuan diri kita kalau kita tak cuba kan? Percaya atau tidak..sue mampu hasilkan kek2 yang agak cantik..dan memuaskan hati pelanggan..alhamdulillah.

carrot cake

choc moist cake

fondant cake

blackforest cake

Banyak lagi hasil kerja tangan sue..boleh add ke Group FB Sufe Home Recipe kalau ada yang berminat. Yang penting usaha dan tawakal kepada yang Maha Esa. Ada usaha dan tawakal part 2 menyusul..insya Allah.

Saturday, January 2, 2016

2016

Sesi persekolahan bakal bermula
Cahaya mata penyuluh jiwa
Timbalah ilmu sebanyak mungkin
Ilmu dunia dijaga, ilmu akhirat di dada
Jaga nama orang tua mu
Capailah cita2 mu
Bersama redha Allah, amin.

Wahai hati..bertabahlah untuk tahun-tahun akan datang. Moga ada cahaya..ada sinar di kesuraman.
Suesephia; 2/1/2016,6.35pm.

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking