Thursday, November 19, 2015

Rindu

Tiada kata mengungkap rindu..

Tiada rasa melagu pilu..

Sesak dada menahan sebak..


Pejamlah wahai mata..

Usah disulam tangis hiba..

Mungkin esok masih ada..

Bertatih merentas masa..

Entah bila bersua.


suesephia;19/11/15,6.30pm

Terbiasa

Kita dah terbiasa..

Bila tiap hari melagu sayang..

Tiap hari berkongsi rasa..

Tiap hari ada pengantara..

Kita dah terbiasa

Akhirnya seminggu tanpa pengantara

Sejujurnya sepurnama tanpa kata

Adakala tanpa bersua..

Kita dah terbiasa

Mengajar hidup tanpa siapa

Melatih sabar tanpa suara

Menghimpit hati luka

Kita dah terbiasa.

Suesephia 19/11/2015, 7.18pg

Wednesday, November 18, 2015

HATI

Hati pelik untuk difahami
Kadang-kadang ia tenang
Kadang-kadang ia seperti ombak menghempas pantai..
Kadang-kadang ia seperti dedaun nyior melibas ganas tika angin ribut menyerang..


Mata galak memerhati..
Segalanya memberi isyarat pada otak..
Mentafsir segala yang terjadi..
Bibir mengukir senyum tanda ria..
Hati menyimpan tangis kala duka..
Diam..menelan segala pedih...
Menyimpan segala rasa..

SueSephia 18112015,10.51am

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking