Saturday, September 19, 2015

Aku Kau Atau Kita

Asalamualaikum.. 
Hmm alkisah hati lara tadi. Cari ketenangan sekejap di gigian sungai..huk alohhhaaaii haha. Macam la tenang sangat hehe..


Setiap aku, kau atau kita ada kisah kita sendiri..
Hanya kita yang tau macamana rasa menghadapinya, macamana tabah dan cekal menghadapi setiap sesuatu dugaan dan cabaran pemberian Allah. Hanya kita juga yang tahu bagaimana rasa bahagianya dan cerianya bila menerima sesuatu yang menenangkan, mungkin hadiah dari Allah atas setiap kesabaran dan usaha.

Kita yang mengenal siapa diri kita sendiri..hanya kita yang tahu apa ada dalam hati kita sendiri..hanya kita yang mampu menguasai tindakan dan pemikiran kita sendiri. Apapun yang terjadi..bangkit dan bangun teruskan usaha. Berjalanlah dengan penuh rasa tabah dan kuat..berdepanlah segala cabaran dan dugaan dengan gagah. 

Walau hati kadang rapuh, 
Walau mata kadang redup, 
Walau senyum kadang tawar, 
Jadilah aku yang sentiasa bertabah,
Kau yang sentiasa berusaha,
Dan kita yang sentiasa bersabar..


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking