Monday, November 26, 2012

Harapan

'Harapan..
Harapan menjadi layu...
Ingin ku bahgia..bersama
Menuju impian masa kita..'
Betul ke lirik lagu yg sue tulis semula ni?

Hmm..macam ni lah nasib bila memilih hidup begini.. Walau bukan pinta atau doa kita, tapi tlh tersurat begitu..takdir yg Dia telah berikan. Terima atau tidak..hanya redha dan pasrah dgn ketentuanNya!

Tapi kenapa aku..yang dipilih utk melaluinya?
Tabah kah aku?
Sekuat mana kah kesabaran aku ini?
Aku sendiri tidak pernah tahu!

Wednesday, November 21, 2012

Sayang orang yang sayang kita.. !

Post ini sue tulis dlm bulan Ramadhan tahun 2012..tapi knp belum post kat blog..sue pun xpasti kenapa. Harini sue post kan jugak..

Salam Ramadhan 15..
Alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas dan menunaikan ibadah puasa..amin. Sahur pagi ni lupa nak set alarm kat hp..nasib baik pling mata terbukak je..jam 4.10pg..alhamdulillah.. Urut dada jap hehe.

Hmm..kenapa tajuk entry macam tu?..mesti ada yg tak kena kannnn hehe. Takdalah..i did talk through my experience. Kita perlu sayang orang yang sayang kita..BUKAN ORANG YANG KITA SAYANG. Sebab orang yang kita sayang belum tentu akan sayang kita..betul tak??

Berkait rapat dengan memilih pasangan hidup, orang yang sayang kita akan menerima diri kita seadanya kita..cuba melengkapi kekurangan kita. Menyayangi dan mencintai kita sepenuh hati, dah tentu 100% atau mungkin lebih ;-). Cuba membahagiakan kita dengan pelbagai cara..tak kira apa saja & secara automatik kita pun akan bahagia.

Dari kita memilih orang yang kita sayang...mungkin dia terpaksa menerima kita dan ketidaksempurnaan kita..dah tentu ungkitan akan kedengaran..panas je telinga. Memberi kasih sayang bagai melepaskan batuk ditangga je sebab dia tahu kita sayang dia..so boleh take advantage hokkay..sedih! Kita nak bersuara pun payah..sebab kita dipandang kecil disudut mata dia..apa2 pun sayangi lah insan yg menyayagi diri kita.

#i love both of you!

Hari Ini Vs Hari Mendatang

Hari ini, aku menulis lagi..
Hari ini, aku bangkit lagi..
Dengan penuh pengharapan..
Dengan penuh kesabaran..
Melihat kegembiranmu..tanpa aku
Mendengarkan keceriaanmu..tanpa aku
Semoga semua keindahan itu milik mu..
Selamanya..itu doa ku.
  
   Tersuratnya...
   Senyuman terukir diwajahku
   Cuba lari dari kenyataan
   Mencuba untuk tidak merasa beban
   Mencuba untuk bangkit tanpa sakit
   Agar segalanya nampak sempurna
   Di mata yang menilai..
  
   Tersiratnya..
   Hati ini luluh..terkilan..
   Bilamana tidak tahu dimana aku..
   Kaku.. Kosong.. Sepi.. tanpamu..
   Hanya Dia yang tahu..
  
Terkadang aku tertanya..
Tertelankah semua kepahitan..
Mampukah sayang kita berpanjangan..
Inikah harapan yang dicari..
Inikah bahagia aku?

(Suesephia_18/11/2012)

=============== || ===============

Hari mendatang tanpa diundang
Perginya tanpa dilarang
Tapi kasih sayang Ayang kekal 
Bersamanya penuh cekal

   Tidak pernah ada kegusaran
   Tiada pula penyesalan
   Kita hadapi bersama hari
   Kita tempuhi tanpa rasa rugi

Apa kita cari dalam penghidupan
Apa mahunya kita dalam harian
Kemana arahnya penghidupan
Kemana tuju harinya ?

   Hidup sekali 
   Matipun sekali
   Siapa tentukan
   Siapa peruntukan ?

Percayalah pada kata hati
Hanya ALLAH swt memberi
Tiada yang semulia indahnya pemberi
Jika kita tahu menghargai

   Apa kehidupan tanpa cinta
   Apa ertinya hari berlalu tanpa dicinta
   Biarlah Tuhan menentu segala 
   Kerana kita hanyalah makhlukNya

(Raida_18/11/2012)


Saturday, November 17, 2012

Biarlah

Tiada foto untuk menggambarkannya,
Tiada kata untuk dicoret meluahkannya,

Biarlah kerdipan mata ini merakam segalanya..
Menyimpan segala rahsia
Setiap riak wajahmu..
Setiap kenangan itu..
Setiap sentuhanmu..
Setiap.. apa saja tentangmu..

Agar ia mampu menjadi memori terindah..
Untuk aku terus melangkah..
Menongkah kehidupan mendatang..

Biarlah suara hati ini berbicara..
Tentang cerita disebalik setiap rakaman cinta..
Biarlah degupan jantung ini..
Menjadi nada lagu cerita cinta ini..
Biarlah..!

17/11/12, 6.30pm.

Friday, November 9, 2012

Segalanya..semuanya

Sesungguhnya adakala..
Aku xmampu sembunyikan perasaan sayang aku pada dia..
Rindu aku pada belaiannya..
Cinta aku untuk dirinya..
Segalanya..semuanya!

Airmata aku tdk mampu utk menutup semuanya..Sendu aku tidak mampu mengubati lara..
Jauh dari dia membuatkan aku derita..
Menjeruk rasa..menahan gelodak jiwa bergelora.

Sesungguhnya..
Adakala aku tak mampu mengatasi..
Segalanya..semuanya!
Ya Allah..peliharalah dia untuk ku!
Kerana aku tidak mampu menahan..
Segalanya..semuanya!

Sunday, November 4, 2012

Doaku Untukmu Sayang

Kau mahu apa..pasti kan ku beri..
Kau minta apa..akan ku turuti..
Walau harus aku terlelah dan letih..
Ini demi kamu..sayang..

Aku tak akan berhenti..menemani & menyayangimu..
Hingga matahari tak terbit lagi.
Bahkan bila aku mati..ku kan berdoa pada Ilahi..
Untuk satukan kami..di syurga nanti..

Tahukah engkau apa yang ku minta..
Di setiap doa sepanjang hariku..
Tuhan tolong aku...tolong jaga dia..
Tuhan aku sayang...dia!
~ wali band ~

Satu melodi yg cukup mendayu..dengan lirik kata yg amat menyentuh hati..menusuk kalbu.
Memperlihatkan betapa ikhlas kasih dan cinta pada seseorang.. Mengharapkan kasih sayang yg bina kekal selamanya.. memberi tanpa mengharap balasan sehingga ke akhir hayatnya.

Tidak mampu sendiri menjaga kesayangannya..lantas mengharapkan Tuhan memelihara kekasih hati hingga ke akhirnya..

Buat kekasih hati...hayatilah!

Saturday, November 3, 2012

DIMANA KAH AKU

Aku perlu menulis..
Agar hati ini kembali tenang..
Terima kasih ya Allah...

Satu pengakuan..
Disaat hati diberi sepenuhnya
Disaat cinta dipagar hanya untuknya
Disaat jiwa bergelora hanya padanya

Jantung berirama laju
Mata bergenang sayu
Dimanakah aku disudut hatimu..?
Bilamana hati itu pernah berubah
Satu ketika dulu..

Disaat aku hilang dlm mencari siapa diri..
Disaat aku mencuba untuk bangun sendiri
Disaat aku cuba untuk cuba bernafas sendiri..
Aku perlukan ruang itu..


Aidil Adha 2012

Salam...lama betul xmenulis. Raya dah berlalu..kami beraya di kampung abah..tahun ni balik Johor-Segamat-Ulu Tiram-Yong Peng dan last sekali balik..kami ke Terengganu.

Penat sangat tapi..best la. Lama xjumpa sedara mara belah sana..almost 5years xbalik sana. Hmm..melawat kebun aruah yai (atok)..pokok duriannya berbuah tapi xda yang gugur..lopong je lah ehehe. Insya allah..ada rezeki balik lagi nanti.


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking