Sunday, December 30, 2012

Kiranya mata itu

Kiranya mata itu mampu meluahkan kegundahan jiwa..
Kiranya mata itu mampu menyuarakan isi hati..
Kiranya mata itu mampu menampakkan kepedihan yang tersarang..
Agar kau bisa tahu..keseluruhan yang tersirat dalam diri..
Yang hanya terpendam hanya untukmu..
Yang adakala sukar diluah..dengan kata-kata

Andainya aku jua mampu..
Membaca pandangan matamu..
   Ada kiranya cinta itu terpancar disitu..
   Ada kiranya kasih sayang itu ikhlas seadanya..
   Ada kiranya segalanya itu indah nyata..
   Atau..
   Ada kiranya aku yang hanya menari di pentas dunia yang penuh dusta.

Kasihilah aku..kerana aku mengasihimu sepenuh hatiku..
Sayangilah aku..kerana aku menyayangimu setulus jiwaku..
Cintailah aku..kerana aku amat menyintai dirimu seadanya aku...
Kasihanilah aku..kerana aku sebahagian dari dirimu..


No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking