Tuesday, September 25, 2012

1825 hari


25hb September 2012

Dengan nama Allah lagi maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Benarkan aku berbicara..
Agar bisa hati ini reda..dan redha..

Sepotong demi sepotong..
Kisah demi kisah..
1825 hari meniti..
Menyusur halus ke ruang sanubari
Umpama belati yang menghiris hati..

1825 hari yang lalu..
Betapa zalimnya aku,
Mengakhirinya.. tanpa lambaian
Menoktahkan segalanya..tanpa tanda
Menidakkan..segala kebenaran
Menguncikan cinta yang lama terpendam..
Air mata menitis lagi..

1825 hari yang kau lalui.. 
Betapa kau hanyut..dalam kesengsaraan
Mengharapkan cinta yang padamu mungkin padam
Cuba membenci diriku.. mungkin
Kerana membuatkan dirimu punah
Dalam terang cahaya kehidupan..
Alam  menyaksikan hilangnya satu pedoman

Aku sedar..tapi aku berdiam

Maafkan aku..
Aku perlukan masa..
Untuk bangkit bertatih ..dari rebah
Rebah yang terlalu parah
Sehingga kekadang aku tak mampu menghadapinya
Hanya berserah kepada Dia yang Esa..
Berjalan selagi terdaya..
Meniti 1825 hari mendatang..tanpamu!
Bukan tidak mahu berpaling..
Tapi hati ini batu!

Dalam mengharungi 1825 hari tanpa mu..
Ada tangan yang menghulur..
Ada cinta yang bertabur..
Tapi aku kaku...beku !
Kerana kehebatan kasih sayang mu..
Kerana tiada yang mampu menandingi dirimu..
Yang pernah ku rasa seketika dulu..
Yang mampu melihat kepedihan aku
Yang mampu merasa ketulusan aku
Yang pernah melihat hati ini hancur
Yang mampu mendengar hati ini berbisik..
Walau tanpa suara..


Dalam mengharungi 1825hari keperihan tanpa aku..
Rupa-rupanya..
Ada cahaya di satu sudut untukmu..
Ada tali yang menarik dirimu
Ada tangan yang menghulur kasih

Ada hati yang diberikan kepadamu
Ada rindu yang bersambut...
Ada kepedihan terubat..
Ada luka berbalut
Hadirnya sebagai pelengkap kehidupanmu..

Maafkan aku..
Jemari ini bergetar..
Jantung ini seakan berhenti berdegup..
Nafas aku bagai tercungap..
Kerdipan mata ini terhenti..


Seandainya cahaya itu mampu menerangi hidupmu..
Seandainya tali itu mampu menarikmu dari kelesuan
Seandainya tangan itu mampu menghulurkan telus kasih untukmu
Seandainya hati itu akan mampu menenangkan dirimu
Seandainya rindu itu mampu mengubati lelahmu..
Seandainya pedih dan luka itu bakal sembuh..
...Lupakan lah aku
...Aku yang pernah hadir 1825hari yang lalu
...Bukan mudah untuk dikenang
...Aku akan cuba bangkit kembali
...Bersama cintamu
...Bersama kisah cinta ini

Aku sujud syukur kehadrat Mu Ya Allah..
Hadirnya dia untuk mu
Kerana kegagalan aku...
Kerana kelewatanku..
Hadir disaat dirimu memerlukan aku..

Aku...
Mengukirkan segalanya disini..

Dikala mata melahirkan rasa..
Melalui titis mutiara..
Agar keredhaan tersemat di hati...
Maafkanlah aku ~

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking