Saturday, March 31, 2012

Darah Tinggi

Alhamdulillah..
Diberi kelapangan dan masa kembali lagi berkongsi disini catatan hari ini untuk kenangan dan renungan hari esok..Insya Allah.

Waktu encik hubby balik baru2 ni..sibuk dia ngajak g klinik nak check kenapa period sangat lewat sedangkan bila buat PT hasilnya negatif. Hmm..malasnya nak pergi Tuhan saja yang tahu tapi ikut je la permintaan dia sebab sekali sekala je dia balik..eh ok ke gitu ahaha.

Terus ke Klinik An-Nisa.. Doktor Pakar melawat patient kat ward so nak kena tunggu lah..en hubby kata ok..kita tunggu. Sementara nak tunggu tu..gattai la pulak nak p dok atas kerusi urut yang disediakan di hujung tempat menunggu.. Hubby kata 'Hmm..pergilah nak dok atas kerusi urut tu..kakak tu bgtau Dr lambat lagi. Sempat abang nak g toilet ehehe..'. Baru ku tahu motif dia hik hik. Dengan jayanya masukkan duit RM1..dok atas tu..best !

Google gambar semata nak tunjuk..bestnya kena urut !..hampess


Tengah dok syok2 diurut oleh cik kerusi tu..tetiba ternampak seorang perempuan..nampak macam Doktor. Of coz dia doktor sebab dia pakai baju putih..alamak!! hati aku dah gundah gulana.. Mana taknya..betis aku dah le kena kepit ngan cik kerusi urut tu..macamana nak keluar..errk !! En hubby pulak lamanya berteloq dalam tandas addoooiii.. Time tu geram.. nak ketawa pun ada.. malu pun ada huk huk! nak tak nak..tarik kaki sendiri kuat2 sebab nak bangun masuk bilik Doktor kah kah..haddooiii..dasyat !

Borak2 cerita2 dengan doktor.. Doktor pun ambik BP..tet tet tet. Tetiba muka doktor tu berubah ! "Darah puan tinggi sangat ni..180/100! Saya kena tahan puan kat wad dulu..rehat. Lepas ambil ubat..rehat dalam wad dulu." Errkkk..aku terkedu..macamana BP naik tinggi sebegitu sekali..aiishh. Yang encik hubby pulak tak sampai2 lagi. Bila hubby masuk..dia pun terkujat2 dan terkulat2 bila doktor bagitau kena rest kat ward dulu. Redha je la..kata hubby !!

Apa lagi..kami berjalan berdua2 an ditemani adik nurse ke wad..ececeh ayat tak bole blah..sebab sangat terkujat ! Hasilnya..dapat la dok dalam ward tu dari pukul 5ptg sampai 8.30mlm.

Ni lah rupanya !

Setengah jam sekali..Nurse datang ambil BP..okay tak ??..hm pitam..

Hamekk kau.. Hubby takde kerja..memetik HP ambik gambar. Siap buat lawak pulak tu ngan cik nurse..katanya 'nak upload kat FB'. Hangin satu badan jek mendengarnya..huh ! So..kena makan ubat then datang balik appointment 2/4/2012.

Aku kena berubah..untuk en hubby dan my little kakak !!

2 comments:

  1. lawak lah akak nih =)
    suka bca entri akak.
    naseb baek lah dapt nurse sporting.
    ngggeeeee~

    ReplyDelete
  2. ehehe...muka cuak dah dikkk..takut !

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking