Saturday, December 31, 2011

Dari Ikan Bakar ke Pasembur

As salam...

Kenapa tajuk entry macam tu? apa kaitan ikan bakar ngan pasembur hik hik. Al kisah percutian yang langsung tanpa di rancang...main boh je ehehe..tapi menjadi & happening ! Kami ke KL tanpa dirancang.. malam tu sempat makan2 di Muara Ikan Bakar then esoknya berkonvoi ke Penang. Together with my hubby... waahhh suka kakak..abah ada sekali..mamynya lagii suka ehehe..
Nampak sangat kan..bila makanan dah datang..lupa ngan camera. Satu pic pun xsempat nak snap..keje melantak la apa lagi ahaha..ampunkan beta wahai tuan hamba hik hik...

Esoknya..kami melawat bapa saudara di Penang yang akhirnya sekali bercuti..two in one gitu eheh best ! Apa pun kami sekeluarga doakan semoga Pak Lang cepat sembuh & ahli keluarga lain dapat beri sokongan yang takkan henti untuk dia..insya Allah, amin.

Kat hiway ke Penang tu sempat singgah beli durian.. sambil2 berenti rehat sebab kereta abang ada something wrong ngan enjin turbonya..ehehe. Jom rehatt.. Abang & family sebuah kereta.. abah & mak sebuah kereta, sue & hubby sebuah kereta..konvoi 3 buah kereta. Adik kat Shah Alam xdapat ikut..dia plan minggu depan so xleh saja nak tukar2 sebab hubby dia xdapat cuti...kalau dia dapat ikut lagi sonok 4 buah keta gitu :)

Abah berenti rehat..cucu semua dok ngan atok & maktok..pening org2 tua ehehe... Mak & bapak budak senang lenang ahaha...dassaattt !

Perjalanan diteruskan..kami singgah kat rumah ipar duai belah hubby di Taiping. Alhamdulillah...everything seems okay :).. sempat jugak singgah di Taman Tasik Taiping weeehuuu..sangat cantek seyyy kat situ.. meh sue share sekeping gambor..lebih xleh ehehe..

Si kakak dah start malas nak jalan..nak dokong addoooiiii... kakak dah besar..no more dokong2 hokkayy !

Esok sambung ngan gambar2 percutian di Bukit Bendera...xsempat nak edit gambar lagi ehehe.. Lagipun ni dah hampir pukul 7ptg..sue masih kat office. Nak beransur balik dulu.. Dua malam lepas bersengkang mata menyiapkan oder cupcake..hmm malam ni nak tidoq awai sikit.

Note : Abang...please call me awal sikit ya..serious mengantuk sangat.

Friday, December 23, 2011

Best Buddy

As salam..
Banyak sebenarnya nak diluahkan dan nak ditulis disini untuk tatapan dan memori. Sekurang2nya kita tahu apa yang terjadi pada kita pada sekian2 haribulan dan tahun apabila kita dah upload pic dan cerita kita disini. Blog dah merangkap diary harian..(cuma tak sempat nak ceritakan semua disini..). Gathering bersama kawan2 memang best kann... Semuanya berlaku dalam bulan December 2011..memang bulan bersahabat barangkali ehehe :)

Gathering dengan sahabat2 lama di Public Mutual..
Thanks to Arni.. Aina & Nurul (Tan & Nani tak dapat attend sama).. Menu kami Chicken Chop ehehe..menu menaikkan beraat badan. Tengok lah kami semua yg chummel2 kih kih..

Satu petang..terasa nak makan chim chum.. Gathering bersama rakan2 PJK. Tak semua yang hadir maklumlah semuanya jauh2 belaka. So, kami berkumpul setakat mana yang ada je lah. Anyway sangat happening & kenyang..al maklumlah buffet ehehe..belasah..

Oppss...terima kasih kepada encek Hubby kerana bagi kebenaran join this gathering & angkut anak sekali malam2 bute..lepas tu kami merayap ke Pasar Wakaf Che Yeh lagi. Addoiii...kakak paw mamy baju tidur Bobo Boy & Mamy pun beli tudung :)

Saturday, December 10, 2011

Lagenda November 14-11-2011

As salam..Kesinambungan lagenda semalam..November in memory !
After breakfast, kami checkout dari hotel yg paling best..bye Tanjung Sanctuary Langkawi ! Hari ni plan nak ke Tasik Dayang Bunting..walllaaa sound nice.

Tak sangka dengan bayaran RM30 per person kami dapat ke 4 tempat..new experience for me. Tak sabar nak naik bot..tapi bila mengenangkan kejadian ngeri waktu di Tasik Danau Toba sewaktu ke Indonesia dulu...rasa cuak tetap ada. Harap2 harini xda apa yang mengerikan huhu..terkandas di tengah2 tasik yg amat luas sebab bot rosak serious satu pengalaman yang amat dasyat. Encek hubby pun tau sue nervous ahaha..malu seyyy ~

Bot jalan pukul 2ptg.. bot no 8 ! Sekumpulan kami dalam bot tu dalam 9 orang sekali dengan pemandu bot..eh pemandu ke namanya? hantam je laaa ehehe... Nak naik bot dia ada sediakan macam ala2 tangga..so senang la nak panjat..saya suka :)

Journey start ~
Safety jacket jangan lupa.. Selepas bot menyusur dengan lajunya ke tengah tasik.. tiba2 bot tu berhenti kat tengah2 huhu..jantung berdegup kencang dahhh. Rupa2nya abg bot tu nak bagitau..kenapa tasik kat situ namanya Tasik Dayang Bunting?. Oooo..ingatkan enjin bot rosak addoiiii..nervous i ahaha..

Nampak tak bentuknya seakan seorang wanita yang tengah hamil @ mengandung.. hebatnya ciptaan Allah.. Subhanallah.


Kami
dah berlabuh di Tasik Dayang Bunting waaaaa... perjalanan bermula :)

Ni signboard dia ya...sila tenung dan tengok betoi2.. Dari label 'Anda Disini' tu nak ke Tasik Dayang Bunting tu jauh hokkayyyy addoiii...berjalan lagi, meredah hutan. takda lah hutan mana pun sebab dah ada jalan yang disediakan macam gambar sue kat bawah ni ya... Beware of encik & cik monkey! dia suka copet kita punya barang..& suka sangat nak ambik benda yang kita pegang, maybe dia ingat makanan kot... So, hubby yg pegang camera..sue xkuasa ahaha. Buatnya cik monkey datang rebut tak ke terkujat2 pastu terbagi kat dia...feetam mak ehehe :)


Ini rupa pandangan dari atas tangga..nak rasa air tasik ni kena la turun ya... nak berendam ke jom turun :)

Haaa..ini le lebih kurang kawasan Tasik Dayang Bunting ni.. Lagenda kata, kalau nak cepat pregnant, sila la berendam dalam tasik ni ataupun minum air tasik ni sikit...hmm kesahihannya tu hanya Allah yang tahu ya.


Lepas berada di Tasik Dayang bunting dalam 1jam tak silap sue..kami pun balik ke jeti kat mula2 sampai tadi sebab kita nak p tempat lain pulak. Hmm ini nak ke Fish Garden..so abang bot...jalannn zassss !

On da way tu ada nampak satu pulau lagi kata abg bot..namanya Pulau Buaya..eh ke Tasik Buaya tapi memang buaya lah ehehe sebab bentuknya sebijik macam buaya..sila perhatikan kat bawah ni ya..ehehe.


Yeah...dah sampai ke Fish Garden ni ya..ada banyak kolam2 ikan kat sini. Jom kita berkenalan dengan encek2 ikan dan apa yang ada kat sini.


Oooo...kita kena bayar dalam RM3 rasanya beli makanan ikan.. So, kita boleh masuk ke dlam ni bagi makan segala jenis ikan yang ada kat sini. Makcik tengah bagi makan ikan ehee..sila sila makan, jangan malu2 :p


Macam2 ikan ada dalam sangkar kat sini..antaranya ikan haruan tasik dan ntah ikan apa lagi xhengat makcik.. pastu ada lagi ikan pelik2. Gamat pun ada...selalu tengok gamat kaler ala2 brown kan..hari ni dapat tengok gamat hitam. Boleh pegang lagi..abang2 kat situ angkat kan then bagi kita pegang. Geli? geli jugak tapi buleh pegang la ehehe. Yang sue pegang ni pulak namanya Ikan Buntal Kotak. Peratikan badannya macam kotak 4 segi ya ehehe...


Lama jugak kami kat situ menerokai ikan2.. Lepas tu naik bot lagi..kata abg bot kita nak ke Pantai Beras Basah. Rasanya dah nak dekat pukul 5ptg masa tu..perot dah bergelora ni..mula la mengendeng hubby. 'Abang, nanti sampai kat pantai tu kita makan ya...lapar sangat dah ni.'..ayat orang lapar xhengat ahaha. Hubby senyum je..ok!

Dah sampai..teruja tengok pantai cantik ni...serius! canteeeek tak?


Tapi perut lapar..xleh concentrate menikmati pemandangan pantai ahaha. Selidik punya selidik rupanya kat sini xda restoran mahupun kedai makan ataupun TANDAS ahahaha. Maklumlah tak ada bekalan air bersih.. Rasa macam nak nanges je dengar. Nasib baik xda rasa nak ke toilet adddddooooiii....~

Ada la satu kedai jual air kotak atau air tin. Aim nak air Milo je untuk tahan lapar. Tup2 cuba teka sue nampak apaaa? MAGGI wow!.. 'Abang...pleaseeeee' ahahaa maggi pun maggi laaa..sila jangan kutuk saya..menikmati maggi dengan rakusnya ahahaha ! Tak sanggup nak tengok gambar ni ahahaha..sambil buat entry ni tersengeh2 ahaha. Encek hubby lagi la terpegun tengok bininya melantak maggi..sluuurrrp habis keh keh.


Tamatla sudah sesi sehari bersama bot harini... Lepas tu kami naik bot balik semula.. Time to say Good Bye to Pulau Langkawi.. Kami nak naik feri ke Kuala Kedah! Jom kejar feri...

Eh, lupa pulak..terima kasih abang for a great day!

Thursday, December 8, 2011

Lagenda November 12-11-2011

As salam...
Lagenda bersambung lagi :)

Mula2..singgah kat one of the resort..rumah dia dari luar macam buruk sangat tapi deco dalam bilik phewww sangat vouge.. Bon Ton Resort namanya. Owner resort ni maybe cat lover.. banyak gila encik dan cik tucen kat sini. Yang paling best..sekor cik putih ni haa.. Ya Allah besarnya, demok, gebunya dia...geram gila nak ramas2 perut dia..dan saya tidak melepaskan peluang itu ahaha...tak caya? sila tengok bawah :)


Tercari2 lagi hotel yang the best for tonite..tau apa yang me & my hubby dapat. Rasanya so far the best hotel we ever stay Tanjung Sanctuary Langkawi wow! Serius sangat best.. Apa yang ada sini yang sue kata sangat best..sila lawat laman web dia ya.. ada private beach.. just 32 bilik yang seakan2 bungalow ..memang sangat cantik viewnya. Bukak je sliding door dah menghadap pantai.. This is our room :)


Jom tengok bilik & view Tanjung Sanctuary langkawi ni ya..sue share kat sini :)

Interprem sikit..ni baru je kat Balai Pengawal kat depan nun...masuk ngan buggy ya :)

King Size bed :)

Dining Room & TV :)


Toilet yang sangat besar & santekk :)

Wardrobe yg juga cantekk :)

Balkoni yang menghadap pantai..tidur pun boleh dengar bunyi ombak ! Tapi bila dah start dengkur..noo more ombak hokkay ehehe

Tenang & nyaman :)

Matahari baru nak terbit bertugas :)

Private beach..


Pandangan dari cafe..serius rasa macam breakfast atas kapal huhu..nak pergi lagi.. (kalau en hubby dengar..botak le kepala aku katanya huhu..)


Sekian untuk entry kali ni..semoga keindahan ini berkelalan ke akhir hayat.. kembali dengan lagenda November 13-11-2011 esok !


Lagenda November 11-11-11

As salam...

Harini nak berkisah tentang percutian kunun ala2 honeymoon gitu..hehe. Tak ada niat riak..cuma my blog is my diary..so sue akan update apa saja selagi terdaya untuk tatapan sendiri dan juga org2 tersayang around me. Maybe satu hari nanti.. kita mampu kembalikan kenangan indah kita tu dengan hanya melewati setiap hasil nukilan dan cerita di blog..who knows?

Sebenarnya xda plan nak honeymoon after our kenduri. Semua datang dengan tiba2..hubby ajak g Langkawi wow!..sangat suka sebenarnya sebab xpernah pergi..Langkawi here we come !!! ..over excited hehe :)

11-11-11
Flight dari KRB-Penang (sebab xda flight direct KBR-Langkawi) jam 8.45pagi kalau xsilap.
Disebabkan menunggu flight Penang-Langkawi yang dijadualkan pukul 7ptg..maka kami merendek sekitar Penang by bus..ahaha jangan xtau. Lama benar dah xnaik bas dalam bandar kan..redah je. Sempat habiskan masa tengok movie Don't Scared In The Dark di Prangin Mall, Penang.

Abis tu je g makan Nasi Dalca dekat ngan Bangunan Tabung Haji near Airport Bayan Lepas.. sedap sangat. Mana2 kawan2 yang tengah tunggu flight nak fly tu boleh le lajak sikit ke Nasi Dalca ni. 7.00ptg fly to Langkawi.. Ayoyoyo...hotel semua penuh. Mana datang semua orang. Hubby xdapat hotel yang diidamkan ahhaa...tidoq tanpa rela. Mulutnya pok pek..membebel dari mula sampai la dia tidoq ahhaa... Me? Okay je asalkan hubby ada sebelah ahhaa :p

12-11-2011
Pagi2 lagi hubby kejutkan ajak naik cable car..waaaa. Seronok! jom layan..

Sue beratur beli tiket.. hubby memetik camera je kerjanya :)

Ni la rupanya bila sampai kat nuuun atas ya :)

Teringin sangat nak ke Sky Walk tu..waaa akhirnya setelah berpenat lelah memanjat sampai jugak. Penat seyy..serius penat.

Nampak tak muka penat makcik keh keh. Lagi teruk masa nak balik..sebab nak kena panjat bukit batu2 tu walaupun batu dah jadi tangga huhu.. Berpeluh ooii..hehe. Tq hubby for a great day !

Tuesday, December 6, 2011

~ Impian ~

As salam...
Pernah tak dulu kita punya impian? impian untuk majlis perkahwinan waaaa..sukka !

Sue nak share la sikit impian perkahwinan sue dulu ahaha :p
Nak buat majlis perkahwinan dalam taman la... kat hotel la (bajet dapat kawen ngan orang kaya keh keh) konon xyah la susah2 nak basuh pinggan kan.. pastu yang penting nak pakai gaun ala2 wedding dress putih tu..macam princess kunun keh keh. Ala2 macam dalam gambar ni ha ..copet kat Google..makasih pakchik hehe :)


Tapi..kesebenarannya, kita perlu berpijak dibumi yang nyata.. Hadapi laluan yang telah tersurat untuk kita dengan redha & ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan. Kesabaran memang menjadi teman sepanjang jalan meredah onak dan duri hidup.. Alhamdulillah penghujungnya pelangi indah menanti.

Walau tidak sehebat majlis mewah pasangan lain di hotel.. Walau tak secantik pengantin2 lain..
Kami diraikan dalam majlis sederhana..dan 7hb November 2011 menjadi hari bermakna untuk kami berdua..di serikan kehadiran tetamu serta saudara mara.

Terus terang..amat membahagiakan. Doa kalian mengiringi kami, agar segalanya kembali indah.. dalam menjalani hidup berpasangan & berkeluarga seperti insan lain..amin.
Terima kasih kepada semua :)


ada macam princess tak..? ehehe

Kenangan 18-10-2011

18hb Oktober 2011 ~ Selasa
Walau tiada erti buat sesiapa..
walau tiada peristiwa besar buat negara..
walau tiada tertulis dalam lipatan sejarah..
namun tarikh itu amat bermakna untuk kita..

Kita yang ketika itu menjadi satu..
diabadikan dalam sebuah kisah cinta..
Cinta yang dulu..
entah dari mana ia bermula..
entah akan bila akan berakhir....]

Pastinya bermula 18-10-2011..
Semoga menjadi permulaan baru yang indah..
buat selama-lamanya..
Tiada apa dapat memisahkan kita..kecuali ajal.

Cintailah aku seadanya aku.
Sayangilah aku seadanya aku &
Terimalah aku seadanya aku.. sebagai isterimu..
dunia akhirat ~

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking