Friday, April 29, 2011

Projek Donut Gebu

As salam..

Baru-baru ni adik sue yang masih dalam pantang tu balik... uiiks sempat jugak buat projek donut ngan dia. Adik pun dah masuk 25hari xsilap masa tu..

Hmm, ini lah hasilnya. Donut tu saiznya sangat tecik tau..bukan saiz donut biasa tu..saiznya macam biskut bentuk donut tu ahaaaa.. Si baby suka sangat..sekali makan dah 5ketui, sama ngan anak sulong adik si ikhmal tu haaa..suka mummy buat kalau ada yang makan ngeee ('',)

Sebelum

Selepas
Sosej Roll in da house.. en Patrick yang jaga tu..ada berani?

Friday, April 22, 2011

Mood : Rajin

As salam...

Waaacchaaa....tengok title pun dah tahu apa isi yang akan menghiasi blog pagi ni hehehe. Anak mamy sangat rajin pagi ni.. Pagi tadi, dia bangun dengan mood yang cantik..sebab nangis nak ikut mamy pergi toilet (nak terkucil ku tahan juga pegi dokong dia ke bilik air) ^-^

Hmm..lepas tu. Dia allowed mamy pergi buat breakfast lagi..good. Mak tok boleh relaks pagi ni ahaha..tengahari jangan lupa masak mak tok, mamy nak balik tumpang makan..huhu. Maka terhasillah Sosej Roll mamy di pagi hari Jumaat hehe. Tak leh nak lawan Sosej Roll abang Mat Gebu.


Nak cerita pasal si baby ni..
~Semua bantal mamy & dia dalam bilik mak tok di alihkan, disusun dalam bilik sendiri. Pastu baju2 dia yang belum bersimpan dalam almari..semua dikutipnya simpan & susun dalam almari..thumbsup dear! Mamy dah malas haha. Baju mamy atas katil yang bersepah pun di susun dalam almari mamy jugak haha..(mamy blushing malu). Yang mana baju yang dia cium musyuk2 tu..dia baling masuk bakul basuh.. Huwaaaaaa tudung yg mamy nak pakai pergi kerja pagi ni pun terkena sekali hak hak. Then..guess apa dia buat? dia tolong mamy sapu dapur.. thanks dear...

Kesimpulan boleh dibuat.. Baby & Mamy mood rajin di pagi Jumaat hokkay...
Opps lagik satu..mamy rajin update blog muahhaa!

Thursday, April 21, 2011

Anak Mami

As salam..
Cepatnya masa berlalu..dari si kecik dah menjangkau 4tahun 3bulan saat mamy menulis.. Alhamdulillah waktu kecil tak banyak sangat ragam menjaganya..


Baby~
Tido malam tak bangun menangis pun. Kalau bangun pun cuma nak susu jap then tido balik. Good girl..

1 Tahun~
Dah besar sikit pun tak naughty..muka innocent je.. hehe

2Tahun~
Hmm dah mula nak merabut itu ini..maklumlah dah ada kaki :)
Still tak cukup naughty..

3Tahun~
Dah sibuk nak g sekolah..suruh Mamy hantar school. Pergi school tak nangis pun..good for 2month. Lepas tu kena marah cikgu sebab 'ter uk uk' dalam seluar terus taknak pergi school (adakala rasa macam nak gelak pun ada). Terbang duit mamy bayar yuran hehe. Takpelah..

4tahun~
Alhamdulillah..daftar school & untill now still rajin pergi school & belajar kat rumah..good girl. Mengaji pun dah habis buku 1.. Sometimes bila dia tanya huruf-huruf jawi pun dah lepas semuanya..Baca doa pun dah okay..even Al-Fatihah..Alhamdulillah.

Sayang musyuk mamy...
satu je mamy kurang berkenan sikit..cepat tul naik angin..adduhh. Garang sangat especially dengan su (maksu Umie). Kadang-kadang mamy pun boleh naik angin tau bila dia mengamuk-ngamuk tak tentu hala..(ala2 darah tinggi dah huhu).. Kesabaran tu tinggi lagi..tapi kekadang tu sepit ketam berjalan jugak hahaha..dah tu naughty sangat..lepas tu kesian pulak.

Kalau nakkan sesuatu tu..ayat dia 'saya nak sekarang jugak'. Itu yang mamy xleh tahan tu.. Cuba lah belajar bersabar sikit anak...hmm. Mungkin umur dah bertambah sikit lagi nanti, anak mamy lagi bertambah pandai menilai hokkay..

Aiiisshh...walau naughty macamamana sekali pun..dia tetap sayang musyuk mamy !

Wednesday, April 20, 2011

Dalca Oh Dalca

As salam...baru-baru ni lepas join Karnival Kerjaya Sekolah Menengah Dato' Biji Wangsa..sekolah ada buat jamuan ringan. Tak menyesal la rasa nak makan.. sebabya sedap sangat lauknya (atau Sue yang dah lapar hehehe :)

Simple aje lauknya.. dalca perut.. ayam goreng ngan sambal belacan..dan buah tembikai. Tapi rasa lazatnya tu lain macam..rupa sedap sangat, cukup rasa. Maka...perasaan tak cukup makan membuak-buak dalam diri hahaha. Pe lagik..projek hari cuti COOKING!!

Hmm..rasanya xyah cakap memang best...(dah namanya buat sendiri, puji melambung tak hengat hehehe). Belasah jer..janji namanya Dalca kan kan..kan..

Petang pulak bawak si tecik baby nih pergi gunting rambut..bila rambut dia panjang, dia cepat hangin satu badan hahaha. Itu teori ntah buleh pakai atau tidak tapi memang sesuai kat dak baby nih..hihi. Eh pesal pulak ayam goreng ni ada kat sini? sebab xcokop ruang masak...so masukkan dekat ngan si baby hehehe..

Alah alah tomei2 musyuk mamy rambut pendek ngeee :D

Saturday, April 16, 2011

Bekerja Untuk Hidup

As salam...
Hmm..penat bekerja? Sue ni jenis yang suka bekerja dan tak pernah penat bekerja..Alhamdulillah Allah beri rasa yang sebegitu rupa. Cukup tenaga dan upaya nak bekerja untuk dapatkan rezeki yang halal untuk Sue & baby amin... Daripada kerja office hinggalah kerja di rumah..part time buat cup cake semuanya mudah. Terima kasih Allah.

Baru-baru plan nak buat Intel Learn Program 2nd Batch di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Terbok, mula-mula sambutan mak aiii kurang hangat..ingatkan kena cancel dah plan tu. Finally, we make it...almost 15 pax join..Alhamdulillah. Jom share sikit gambar peserta and tenaga pengajar. Kak Rose dari DANAWA turut hadir memberi semangat dan nasihat kepada kami di PJK Kg Terbok.

Hope all of you get something dari ILP selain dari sijil..wish all of you the best of luck. Thanks..

Wednesday, April 13, 2011

Kelahiran Kedua

Assalamualaikum...hmm dah lepas 13hari baru nak update. Kesibukan melanda diri...what to do... Congrats to my little sister..baru je deliver her 2nd baby boy named Muhammad Izham :). Well..putih melepak macam mak dia..memang xleh lawan. Sama jugak macam Muhammad Ikhmal, her first boy.

Alhamdulillah, dapatlah menemani my sis kat Poliklinik Umra berdekatan dengan Stadium Shah Alam walaupun pukul 2.30petang baru sampai dengan train (Keretapi Tanah Melayu) laluan Ekspres Senandung Timur sedangkan waktu sepatutnya sampai di KL Sentral 9.30pagi walllaaa... You know what kawan2..train rosak, hampir 3jam kami bergelap di Tanah Merah pergh..tak tau nak cakap dah. Nak tido pun tak larat tido dah... pasrah..pitam haha.

Tak payah cakap banyak..jom layan gambor dak tecik comel nih..

Teringat si Ikhmal..

Ikhmal : Mummy, amik tu nak cakap. Cakap la..cakap..
Mumy : Nak cakap..ha cakap je la (aku dok confuse la..pebenda dak ni nak nie. Pastu dia tunjuk benda atas meja..)
Ikhmal : Tu ha..tu nak cakap..

Aku pun amik la benda yang dia nak tu bagi kat dia..sambil fikir apa dia nak buat ni..xfaham eh... (ooo..dia nak Breast pump tu rupanya..apabenda dia nak buat???) Pastu dia terus buat BP tu macam microphone tu utk cakap2..hahahaa. Mak dia yg baru operate semalam tu pun xleh tahan nak tergelak sambil pegang2 perut..waaa xtahan penangan si Ikhmal..

Wednesday, April 6, 2011

Disaat Aku Mencintaimu

Assalamualaikum...
Pertama kali dengar lagu ni ..sayunya rasa..

Umpama kita mengharapkan seseorang agar menjadi milik kita..
mengharapkan dia sebagai teman untuk menemani,
melayan suka duka kita sepanjang kehidupan,
menumpang kasih & sayang,
tapi akhirnya dia pergi meninggalkan kita..

Namun kita masih berharap agar satu hari dia kembali..
dan kita masih mempu untuk mengucapkan pada dia
bahawasanya kita masih menyintai dia.. :(
uwaaaaaaa.....




Tuesday, April 5, 2011

Apa ada...

Apa ada di sebalik pemberian..?

Adakah menghitung mengharapkan pembalasan
Menagih harapan untuk masa depan..


Atau...
Sekadar hanya,
Melahirkan rasa kasih sayang yang terpendam..
Membuai rasa rindu yang terlepas terbang..
Mengutip kembali sisa kenangan yang jauh tercicir di belakang..

Atau hanya..
Sekelumit rasa keikhlasan di hati jauh nan dalam..


P/s: Terima kasih
Friendship Remain..

Maafkanlah Saya

''Satu perkara yang U jangan larang saya ialah untuk terus mencintai U..please don't stop me, at least I have some hope in my life instead of emptiness most of the time. Just let me love U till the end of my days..''

What a nice phrases from somebody (guy of coz) who wrote it up especially for you..speechless.. Dia memang penuh dengan sifat penyayang & pemurah..even dari segi duit ringgit. Really appreciate whatever pertolongan dan pemberian selama perkenalan.. May Allah bless U dan melimpah ruah rezeki lagi InsyaAllah. Saya sentiasa mendoakan awak..

I'm happy to see a great improvement in your life..u personally..and also your life..work and all about u. Although we have experienced a bad day before, i hope it will become a guide and also benchmark for us to move forward..more smarter and more be careful in what ever we do. It almost 4 years we haven't met..I'm really surprised when u said that u still love me...speechless. Saya cuma insan biasa yang serba kekurangan..before & after. Saya tak rasa yang saya adalah calon yang sesuai untuk awak..u have everything..me? Keep burden u in any situation.. Sometime i can feel that i'm just there.. take for granted of your love..arrgh. Maafkan saya.. bukan niat sebenar saya macam tu. Till today..i can't find out what make us together and what make tear us apart..please just forgive me.


Sangat payah untuk saya terima cinta lagi. Mungkin saya tersilap dulu dan tersilap lagi..dalam keadaan yang berlainan dan dalam perasaan yang berbeza. Perasaan atau rasa yang tak tahu which one..ntah keliru..ntah rindu.. ntah cinta.. atau hanya mengisi kekosongan saya.. I don't even know if i still need someone to love yang bergelar SUAMI. Atau saya hanya perlukan teman untuk saya berkongsi suka duka.. bercerita.. di saat saya sunyi.. di saat saya bersedih..saya sendiri tak pasti. Maafkan lah saya...

Ampunkan aku Ya Allah..
Semoga Engkau sentiasa memerhatikan dan memberi hidayah kepada hambaMu yang hina ini..amin.

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking