Thursday, March 31, 2011

Minggu Sibuk

Assalamualaikum..

Plan dan cantek.next week naik KL sebab my sis nak deliver. Tup tup..baby berkalih kedudukan kaki kat bawah lah pulak..adduhai. Dah tu nak kena operate kuar ikut tingkap huhu. Kita yang bercakap ni senag je..orang yang menanggung tu Ya Allah..speechless. Never experienced that.. Nasib baik apply cuti semalam approved.. So dapat temankan my sis Friday, Satu sambung cuti Sunday & Monday..Alhamdulillah.

Tiba2 teringat pulak tempahan kek yang member tempah. Due nya 1hb April 2011...errrkkk ketar lutut jap..ni lah akibatnya tak nengok jadual baking haha. Bergegas ke KB dalam ujan lebat beli barang..sampai umah dah jam 8malam. Si baby pulak nak manja..ala ala muchuk muchuk mummy haha. Suruh tunggu dia sampai dia tido. Maknanya mummy start baking pukul 10malam la gamaknya :( What to do...permintaan dia susah nak kata NO huhu..

Tepat jam 10malam..baking time. Orang lain dah berdengkur kita dok tong tang2 kat dapur haha. Jap senduk jatuh, jap sudu jatuh keh keh. Nak kena siapkan 3 biji kek tu by tonight, so esok buleh deliver. Esok malam/petang jugak dah kena naik bas/train/flight..see how tomorrow. Siap deco kan sekali malam tadi jugak. Guess jam berapa finished everything???

4.30pagi...DONE. Terbuntang biji mata abah..abah dah nak bangun mandi pagi..anaknya lum tido dok main buttercream haha. Tapi hasilnya alhamdulillah..jom nengok sini hik hik...budak2 Barbie celup dok menari ngan skirt kembang. Nak tempah klik sini yer Sufe Home Recipe nggeeeeee :)


Wednesday, March 30, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Assalamualaikum...

Sebut je Jalan Jalan Cari Makan mesti dok terbayang Maria Tengku Sabri makan dengan selera sekali..i like hehe. Sue ni pun kalau berjalan ngan kawan-kawan ataupun family trip, sukanya makan....xhengat dunia. Sebab tu la badan pun ala ala je MTS tu haha...kita serruuupaaa...hik hik.


Meh kita layan gegambar kat atas ni ha.. Hanya gambar saja lah untuk tatapan umum ya. Tuannya yang tengah makan tu dah jadi 18SG bila nampak makanan.. Ganas tak hengat hik hik..layan..

Hari tu ada makan kat First Station, Kota Bharu. Alaaa...tempatnya tu dekat sangat ngan WS Handicraft Kota Bharu :) Dah mengular menengok barang2 hantaran & pelamin..bunga-bunga.. rasa macam nak kawin je hahaha...gatttaaaiii. Honeymilk sedap sangat..rasa fresh milk & madu tu perrgghhh sedap sangat (untuk sesapa yang suka minum susu ya adik2..hehe). Layannnzzzz....

Friday, March 18, 2011

Rezeki Lagi..

As salam...
hehe tenet di office sangat tenat sampai 2minggu tak dapat online. Yang mana nak tanya kabar kawan2 pun susah..nak buat kerja pun susah jugak..huhu. Macamana lah ya dengan sahabat2 kita di Jepun yang ditimpa malapetaka Tsunami tu? Tak dapat berhubung..makan pakai tak terurus..dengan cuaca sejuk. Kita xdpt online 2weeks pun dah bersungut.. Tak dapat nak bayangkan macamana mereka di sana. apa-apa pun hanya doa je lah yang dapat dikirimkan utk kesejahteraan mereka di sana.. semoga Allah merahmati dan melindungi mereka semua..amin.

Baru-baru ni pun sue sibuk sangat. Alhamdulillah..ada tempahan dari sahabat jugak dari Kuala krai untuk buat cupcake sebagai doorgift tetamunya. 11hb Mac 2011 majlisnya..jadi by 10hb Mac tu dah kena hantar dan siapkan tempahan dah. Walaupun sikit-sikit tapi cuba buat jugak untuk menambah pendapatan sampingan.

Dari 9hb Mac lagi sue dah tak tido malam menyiapkannya..Alhamdulillah. Ini lah hasilnya..

500cuppy untuk majlis perkahwinan sahabat baik jugak. Terima kasih Ita.. Pada sahabat2 yang tinggal di Kelantan berminat nak rasa air tangan sue..jemput lah buat window sopping di SUFE HOME RECIPE ya. Banyak lagi jugak gambar2 yang belum di update.huhu xsompek.

Disebabkan tenet xda kat office..kerja2 mengedit menjadi2..haha. Dapat hasilkan logo Sufe Home Recipe dahh..alhamdulillah.. So..any sticker utk SHR ni akan gunakan logo ni weeee :)


Rezeki

Ya Allah..lamanya xbasuh kereta. Jgnkan org lain..sue yg tengok sendiripun geli hak hak. Bayangkan hujan panas2x akhirnya lepas balik dari FD di DBali Resort 6hb pun xberbasuh.

Harini dah 10hb baru terhegeh2 basuh..cian suesephia mammy hihi. Tengok tu..mammy bawak g snowy2 lagi hehe..sowy ya.Mamy xpernah sangka mamy akan memilikimu,tapi Alhamdulillah rezeki dr Allah utk mammy & baby.
Dalam sedar tak sedar..rupanya dah lama jugak kita bersama ya. Mammy xpenah lupa RM 650 every month utk mu..harus..wajib hehe. Semoga jodoh kita berpanjangan..amin.

Wednesday, March 2, 2011

Isyarat Hati

'mummy..nanti saya nak g main wau ya..mummy bawakkan ya?'
what should i say?? dah semestinya kena jawab OK hehe...

Menemankan anak kat taman permainan..kebiasaan ibu atau ayah kalau hari minggu tu. Kalau bukan hari minggu nampaknya si bibik je lah jadi peneman. Bukan salah sesiapa.. dah menjadi tuntutan ibu dan ayah mencari nafkah untuk membesarkan anak..sudah sedia maklum hidup dibandar yang memang sentiasa sibuk. Alhamdulillah..bertukar kerjaya dan lokasinya sangat dekat dengan rumah.

Macam-macam ragam budak di taman ni. Ada yang nak berkongsi..ada yang tak nak. Baby ni ada masa dia nak berkawan..ada masa tu dia nak dok sorang je. Kekadang tu..dia cuma main buai sambil tengok kawan2 lain main..hmm macam-macam. Ada parent yang bawak anak2..ada bapaknya sekali main buai ngan anak..(macam mummy jugak ahaha..)

Serius cakap memang cemburu terdetik dalam hati.. melihat pasangan lain temankan anak di taman. Isyarat hati nan dalam seorang wanita dan juga ibu.. Just wondering, ntah apalah perasaaan seorang anak pula bila dia dah cukup dewasa untuk mengerti nanti...? kalau dapat mummy lari dari menjawab persoalan itu semua nanti arrh...

Pasrah kepada Allah isyarat hati itu.. Semoga apa yang telah di lalui oleh kami.. akan sentiasa dibawah perhatian Nya...& mummy akan cuba membahagiakanmu selagi terdaya..amin.

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking