Tuesday, January 25, 2011

Intel Learn Program..again

Salam..

Aiiissshhh...penat otak. Rasa penat sangat...otak banyak berfikir. Nak do something..kita kena keep thinking. Sometimes kena paksa otak berfikir bila kita deal dengan peserta-peserta yang pelbagai lapisan umur dalam komuniti. Insyaallah..cuba buat yang terbaik hendaknya. Then memang kena banyak sangat bagi idea untuk mereka.

100% commitment dicurahkan for ILP members..1st Group. InsyaAllah..March coming for the 2nd group. Will update later details ya..kol 2ptg masuk kelas lagik... adios..

Friday, January 14, 2011

TIADA CINTA

Salam sahabat..
Semalaman tak dapat tidur lena..asyik terjaga. Rupa2nya otak berfikir & bekerja secara kritikal.. Cuba merungkai misteri hidup.. Situasi & pengalaman bergabung lantas menghasilkan

TIADA CINTA
==========================================

Pertama kali
Saat cinta dihamparkan
Tulus hati diserahkan
Kesetiaan yang tak pernah pudar
Hanya untuk dia
Namun aku dibohongi...
Hina dan keji menguasai diri
Membuat aku melangkah pergi

Menyepi..
Jauh dari cinta..sayang & rindu
Yang tinggal cuma satu
Rasa untuk terus bernafas
Mengharungi sisa2 hidup

Tanpa disedari..
Hadirnya sebuah cinta
Jauh disudut hati.. curiga
Namun atas dasar ketelusan
Pintu cinta kembali terbuka
Mengangankan yang terindah
Untuk kesekian kalinya

Namun
luluh hati akhirnya
Bila cinta itu kembali pudar
Sinarnya malap kerana kepuraan
Kerana cinta dibohongi lagi
Sekali lagi..

Dalam kepayahan
Melupakan bait2 indah
Yang baru dibina
Cuba bangkit dari kekalahan
Memaafkan kekhilafan

Semoga tersirat keindahan
Disebalik sebuah kegagalan
Tiada istilah dendam
Hanya menginsafi kejadian semalam..
Yang akhirnya.. TIADA CINTA..


Thursday, January 13, 2011

Sometimes i wish i could runaway.. far away from anybody.
Clear my mind.. no office work.. no financial.. no homework.. no family matter.. no love.. no & no for everything...anything!

Just wonder...can i stop my mind from..
keep thinking of her.. my Baby???
Oh NO.. Say No Pleeezz.. :)

Wednesday, January 12, 2011

Dialah Putri

Salam sahabat..
Sedikit luahan rasa dicatat untuk hari ini..
Sedikit kata2 untuk Putri tersayang..
===================================


Saat merenung matamu..saat melihat jauh ke dalam matamu..
Terdetik di hati kecil..Betapa bertuahnya bila bergelar seorang ibu.
Walaupun hadirmu tanpa diduga..Disaat hati ini dilanda gelora..

Melihat telatah dia semasa bayi..
Comel dipakaikan dengan pakaian yg putih bersih
Mengira jari jemari halus..mulus
Rambut yg halus melitupi kepalanya yg kecil..
Matanya bersinar bulat..
Mulutnya yang merah..wajahnya..
Dia semakin membesar..
Terdengar kembali tangisan & rengekan..
Hanya terbaring tapi cukup membahagiakan..
Hati seorang bergelar ibu..

Tatkala mula merangkak.. Memaksa mengejar..
Sana sini sesekali jatuh terduduk bila cuba berdiri..
Dia semakin bertenaga bila cuba bertatih.
Akhirnya dia berjaya berjalan..
Jauh..semakin jauh dan akhirnya
Dia berlari..!

Semuanya jelas di mata
Saat indah melihat dirimu membesar..dan semakin bijak..
Tahu meluahkan rasa..
Membesar dengan penuh kasih sayang.

4hari lagi genap usiamu 4..
Ia bukanlah satu masa yang pendek
Masa emas kita bersama..
Dipenuhi dengan limpah rahmat Tuhan..
Alhamdulillah...

Mummy sentiasa doakan dirimu..agar bahagia selalu..
Semoga tiada apa yang merintangi usahamu..
Semoga tiada yang membuatmu bersedih..
Semoga menjadi anak yang solehah..

Tiada apa balasan dipinta..
hanya doamu Putri..
Bila Mummy tiada lagi di sisi.

Dia lah Putri...

Wednesday, January 5, 2011

She's back to school again..


Salam...
Sedar tak sedar...tahun 2011 ni Putri kesayangan mummy dah masuk 4tahun.
She grows well i guess.. This coming 16th January is her 4th Birthday. InsyaAllah..mumy will plan something for you dear because you are my everything.. Bercerita pasal back to school..today is the 3rd day she's going to school..weeeee! Mummy is the happiest person to experienced it. Berbanding ngan dulu, she is more exited & happy than before. Hopefully no more problems after this.

Teringat masa 1st school dia..actually dia ter'tuuut' dalam seluar than maybe teacher marah la sikit.. start from that she don't want to go to school dah. Jangankan sebut perkataan school..nampak school kat tepi jalan pun paling muka xnak tengok. Tersangat hebat penangan kena marah ngan teachernya hihi.. majuk samapai macam tu sekali. Sekarang feel nak g school tu datang balik berkat ikut atok & maktok beli barang2 baru maksu dia nak naik sekolah..Alhamdulillah.Nowdays..mummy dah ada new task.
Need to send you to school early morning at 8am. Good for mummy jugak coz..dapat punch card awal..weeeee! Selalunya after 9am baru la terkial2 nak punch card. So.. dapat buat planning early morning before start kerja..good.

InsyaAllah semua berjalan lancar hendaknya..amin.

Monday, January 3, 2011

Sekolah Tahun 2011

Salam...
Waaa pagi2 tadi tengah sembahyang subuh je dah dengar budak baby tu nangis huhu. Nape la pulak..? Rupanya dia nak ngikut maksu dia g sekolah. Sabar la anak oooiii...

2minggu lepas memang dia nak g sekolah dah.. dah siap suruh beli bag.. nak baju sekolah sebab dia tengok kawan2 dah g sekolah. Hmm bukannya apa..mumy ni takut nak hantar g sekolah balik.. dulu dah g school pastu 2month after tu dah xnak dah huhu. Lebur duit pendaftaran anak oooiii hihi. Apa nak kata...anak la katakan,apa2 on je laaaa.... Ni tanya yuran pendaftaran masuk tadi...woooww terbeliak biji mata mamy hampir RM500 tu all in.

Hmm..apa2 pun tunggu je pe status bila dia dah balik nanti. Harap2 ada positive improvement nanti. Mamy harap bb nak g school & belajar rajin2..no ponteng2 school & no kena teman2 kat school lagi ok..wish u all da best anak..

Saturday, January 1, 2011

Corat Coret 2010

Salam..
Hik hik..teringat lak tgk konsert semalm kat TV Ambang 2010..hihi ni nak buat utk diri sndiri pulak haha. Xda lah saja2 jer nak mengimbau apa2 cerita d sebalik tahun yg berlalu. Pasti ada suka dukanya..Tapi xleh bcerita byk2..kita upload gambow je hihi...

Allah memang hebat kan..!
Bila melihat je gambar2.. otak kita secara automatik dapat recall balik semua memori di sebalik gambar tu. Macam filem je berputar2 ikut track & jalan ceritanya.

Apa apa pun...Alhamdulillah syukur ke hadratNya kerana masih memberi peluang untuk kita bertaubat & hidup di atas muka bumi Nya. Sesungguhnya..terima kasih Allah. Semoga Kau menempatkan kami semua sentiasa dibawah lindungan dan payung rahmat Mu. Amin...

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking